Halaman

    Social Items


AirAsiaMAKNA T-shirts
Jom kita pakat menang tiket flight dari AirAsia. Mana tau kot berjaya. Bukan susah pun. Syaratnya beli t-shirt ni dan berfotolah secara kreatif. Dan tiket penerbangan secara percuma bakal milik anda.....



We have brought the limited edition #AirAsiaMAKNA T-shirts at MAKNA’s online store! Log on to makna.org.my/airasiamakna to find out more! These T-shirts are available at a total of RM40 (inclusive of postage fee of RM10). 
Spread this news to your friends, family and readers as they are now able to grab their 'uniforms' at fingertips.
Don’t forget to take a creative photo with these T-shirts on and hashtag #AirAsiaMAKNA on Instagram to stand a chance to win flight tickets.
AirAsiaMAKNA T-shirts





comel plak model-model ni....eh silap...comel gak baju ni....

cane boleh silap taip tah.....adoiiii.....


Image and video hosting by TinyPic

Menangi tiket AirAsia dengan hanya berfoto

ahmad maslan

Tak nak mengumpat, kata apa-apa

Saja je Abe We share post ni. Tak nak cakap panjang-panjang. Tak nak cakap apa-apa. Jom kita baca. Rasanya Maharaja Lawak lambat lagi kot. Tapi baca je lah. 













Kalau ayat Abe We lak:

"Kalau esok lusa boleh jadi Perdana Menteri ke..." "Esok saya tak resign lagi, lusa pun tak resign lagi. Resign kena 3 bulan notis. Tak boleh esok atau lusa"

sumber:

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kenyataan-esok-ahmad-maslan-jadi-bahan-jenaka-67897


Image and video hosting by TinyPic

Patutkah keluar dari mulut seorang ketua

Harga Minyak Terkini
foto kredit ke www.thestar.com.my

Harga minyak bulan Ogos

Adakah harga minyak naik lagi

Kalau isu bab harga minyak ni, memang sensitif sangat. Rasanya ramai rakyat Malaysia kecewa dengan harga ntahapapantah ni. 

Lagi sedih bila menjelang raya, harga minyak pun naik. Hanya bulan Februari je harga murah. Itu pun 28 hari je.

Bulan
Ron 95
Ron 97
Diesel
1 Jan 2015
1.91
2.11
1.93
1 Feb 2015
1.70
2.00
1.70
1 Mac 2015
1.95
2.25
1.95
1 April 2015
1.95
2.25
1.95
1 Mei 2015
1.95
2.25
1.95
1 Jun 2015
2.05
2.35
2.05
1 Julai 2015
2.15
2.55
2.05
1 Ogos 2015
Belum di ketahui
Belum di ketahui
Belum di ketahui

Jadinya, adakah dengan rombakan kabinet yang telah di lakukan, harga minyak Malaysia akan turun?

Atau akan naik lagi?

Atau?

Atau?

Banyak betul misteri.....dan kebetulan.........




sumber:

https://www.wikiwand.com/ms/Harga_minyak_Malaysia



Image and video hosting by TinyPic

Harga Minyak Terkini

Tips mohon Google Adsense

Tips mudah mohon Google Adsense

Bagi yang tak berapa nak tahu, Google Adsense merupakan salah satu medium kita menjana pendapatan dengan memaparkan iklan yang di janakan oleh Google. Pembayaran adalah dalam bentuk USD. Wowww!!! Syok kan? 

Sebenarnya Abe We tak ada cara spesifik nak mohon Google Adsense ni. Tapi Abe We cuba upgrade blog ni. Blog ni pun usianya baru je beberapa bulan. Sepatutnya memang agak susahlah nak di approvekan oleh googel sebab requirement dari google, sesebuah blog tu mesti berusia 6 bulan dan mempunyai content yang mencukupi.

Ubah Template

Untuk memudahkan pihak google approve blog kita, kita perlu memilih template yang sesuai. Ini kerana, Google Adsense memerlukan ruangan iklan khas dan template yang mempunyai ciri-ciri SEO dan juga responsive.

Responsive SEO Friendly Blogger Templates
contoh pandangan responsive template

Bagaimanakah template yang sesuai

Persoalan ini sentiasa menjadi persoalan. Oleh itu, Abe We bagi tips sedikit. Untuk memilih template yang sesuai kita perlu cari template yang mempunyai ciri-ciri ini:-

  1. Responsive template
  2. SEO Friendly template
  3. Ads ready template
Antara 3 ciri template ini, ianya mudah untuk di approvekan oleh pihak google. Abe We sertakan beberapa sumber web yang mempu memberikan template seperti ini.


Email untuk Google Adsense

Antara kesalahan Abe We sebelum ini ialah kesilapan semasa menggunakan email untuk mendaftar Google Adsense.

Pada mulanya, Abe We menggunakan email yang pertama dan mendaftarkan wayneharraz.blogspot.com di adsense.

Namun, tanpa Abe We sedari, bila kita sudah tukar domain ke .com, kita perlu mendaftarkan email baru untuk adsense. Sebab, jika kita telah apply menggunakan domain .blogspot.com, kita tidak boleh menggunakan email yang pertama tadi untuk daftar di adsense. Kita perlu membuat email ke-2 dan apply adsense lagi sekali dengan menggunakan domain baru iaitu .com pula.

sebagai contoh : email matjeman@gmail.com telah daftar adsense matjeman.blogspot.com.

Tetapi bila di tukar ke matjeman.com, kita perlu membuat email baru matjeman02@gmail.com.


Tamat Bahagian 1

Tips Pertama : http://www.wayneharraz.com/2015/07/tips-mohon-google-adsense.html
Tips Kedua : http://www.wayneharraz.com/2015/08/tips-mohon-adsense.html



Image and video hosting by TinyPic

Tips Mohon Google Adsense

KRUNCHY KARAMEL ALMOND

Terjumpa dalam salah satu bekas kuih dekat ofis ni, buka-buka, tengok macam ni ha krunchy almold karamel dia.

Masya allah......

Mama Harraz pun pernah jual juga last year. Cuma tahun ni sibuk dengan rumah baru, jadinya Mama Harraz tak dapat nak jual pulak kuih ni.

Kalau nak di bezakan dengan Mama Harraz punya, jauh panggang dari api. Mama Harraz jual lagi penuh kacangnya berbanding dengan ni.

Bukan mahal pun, bekas 200gm baru RM20.00.

Kalau nak berbisnes tu, buatlah elok-elok. Janganlah kejar untung je. Kualiti tak jaga.

Manusia....manusia......




Image and video hosting by TinyPic

Jangan menipu kalau berniaga

cara daftar adsense

Terharu nampak iklan adsense

Wah...sebenarnya Abe We tak tahu pun Google Adsense dah approve permohonan Abe We. Dekat sebulan dah Abe We mohon. Tapi 2 3 kali gak di rejectnya.

So, macam malas gak mula-mula. Tapi Abe We try gak lah. Kot-kot dapat. 

3 email yang di reply adsense berbunyi begini:-

Site does not comply with Google policies: We're unable to approve your AdSense application at this time because your site does not comply with the Google AdSense programme policies or adhere to the Webmaster Quality guidelines. It's our goal to provide our advertisers sites that offer rich and meaningful content, receive organic traffic and allow us to serve well-targeted ads to users. We believe that currently your site does not fulfil this criteria.
Here are some recommendations to help you improve the user experience on your site and comply with AdSense criteria: 
  • It’s important for sites displaying Google ads to offer significant value to the user. As a publisher, you must provide unique and relevant content that gives users a reason to visit your site first.
  • Don’t place ads on auto-generated pages or pages with little to no original content.
  • Your site should also provide a good user experience through clear navigation and organisation. Users should be able to click through your pages easily and find the information that they’re seeking.

Abe We pun tak sure apa yang Abe We adjust dalam blog. Tapi Abe We try je submit sekali lagi. Last-last, tadi cek blog, keluar iklan adsense....huhuh....

Kot-kot lepas ni boleh menjana pendapatan dengan duduk dekat rumah je. Siapa yang tahu kan?


Image and video hosting by TinyPic

Adsense dah masuk

Resipi ikan yu

Seram pulak nak beli Ikan Yu

Ni lah first time Abe We jumpa ikan jaws aka ikan yu di jual dekat market. Kalau nak ikutkan hati, nak je beli.

Tapi, bila fikir-fikir, sambil membelek ikan tu, macam mana nak siang ikan ni? Da lah muka ganas, seram plak nak siang. Huhuuuuu....

Pada fikiran Abe We, kalau dia dah besor nanti dia makan kita, baik lah kita makan dia dulu sementara dia tengah kecik lagi ni. Kikikiiii

Setelah fikir-fikir tak jadi nak beli (walaupun nampak macam sedap di makan) Abe We pun membatalkan hasrat nak beli ikan jaws ni.

Lalu, sesampai di rumah, Abe We pun google kan diri mencari cara siang ikan jaws ni.

Cara menyiang ikan yu

Cara menyiang ikan yu ni Abe We ambil dari SINI

Cara untuk membuang kulit dan membersihkan ikan yu.

Letak ikan yu di dalam besen dan jurus ikan yu dengan air panas selama seminit.


buang air


lurut kulit yang kesat di bawah air paip


dah bersih


ikan yu dan isi anak ikan yu


***Anekdot
Ikan yu atau jerung ini nampak gagah, semua makhluk laut takut kepadanya tetapi jika terkena air panas sekitar tak sampai seminit, kulitnya telah mudah tertanggal dan jika direndam lebih lama isinya akan tertanggal - ingatkan gagah sangat! Ni ikan yu kecillah. He he he.

Tu cara siang ikan yu. Jom kita tengok resipi dia plak. Abe We sebenarnya teringin nak rasa sup ikan yu ni. Walaupun anak ikan yu, mungkin sedap maybe. Kan?

http://www.ecadwinkyasha.com/2012/06/resepi-sinagol-ikan-yu.html
http://izzahmansor.blogspot.com/2013/06/ikan-yu-masak-kicap.html
http://teratak-resepi-ummi.blogspot.com/2013/06/gulai-ikan-yu-dengan-terung.html
http://intaidapur.blogspot.com/2012/06/gulai-kuning-ikan-yu-dgn-kangkung-grg.html

Banyak juga resipi ikan yu ni. Di sebabkan jarang jumpa dan tak pernah masak, jadi kita pun tak tahu lah sangat kan.

Selain itu ada juga resipi semasa berpantang. Pantang apa? Pantang bersalin kot. Tak kan pantang jumpa plak kan?

Resepi berpantang


IKAN YU MASAK STIM

Bahan
1 ekor ikan Yu bersaiz sedang
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 batang serai
2 sudu kecil lada hitam ditumbuk
Sedikit garam
Serbuk kunyit

Cara memasak
1. Ikan yu dipotong dan dibersihkan
2. Didihkan air panas kemudian masukkan ikan yu kedalam air mendidih dan kacau sekejap, lepas itu keluarkan dari air panas. Lalukan air paip ke badan ikan yu yang berpasir sehingga bersih.
3. Lumurkan ikan yu dengan garam, kunyit serta lada hitam dan sediakan bekas untuk mengukus.
4. Taburkan serai yang sudah diketuk atau dihiris bersama bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang ke atas ikan.
5. Kukus hingga masak.

Sedia dihidangkan bersama nasi panas.




Image and video hosting by TinyPic

Resipi ikan yu

Maksud Made in P.R.C

Maksud Made in P.R.C

Ramai tak tahu maksud Made in P.R.C

Semalam macam biasalah, aktiviti orang bujang lepak kat Alamanda bersama Mama Harraz. Baru remaja. Tak gittew?

So, masa survey barangan gadis-gadis di Aeon Big, Mama Harraz pun tanya. "PRC ni apa?"

Masa tu Abe We dengan pantas menggunakan kepakaran dalam bidang Geografi Tingkatan 3 segera menjawab "People Republic of China kot."

Itu memang jawapan super spontan geografi tingkatan 3 dari Abe We. Sebab Abe We pernah menggoogle map ternampak perkataan People Republic of China dekat atas map tu. 

Lepas tu Abe We try search lagi sekali bagi mengkompemkan jawapan bernas Abe We tadi.

"Made in PRC" means "made in the People's Republic of China."Historically, products manufactured in this nation bore the inscription "made in China." Beginning in 2013, the use of "made in PRC" is becoming ever more common on products manufactured in that Asian nation
Chinese manufacturers have stopped using "made in China" labels on clothes sold in Japan in an effort to improve sales, it's reported.
Instead, clothes are being labelled "made in PRC" - the People's Republic of China - because many Japanese customers don't know what this stands for, the website says
Some import and export analysts suggest that China is making this change as means of improving its "brand." Some people perceive a label bearing "made in China" to be indicative of lower-quality or even counterfeit merchandise. China is a major manufacturer due to cheap labor costs and its generally lax regulatory environment when it comes to producing goods


sumber:

http://www.bbc.com/news/blogs-news-from-elsewhere-30694663
http://www.ask.com/geography/made-prc-mean-c83d5d2196bed6f1



Image and video hosting by TinyPic

Maksud Made in P.R.C

abang sado

Maksud Sado

Jangan terkejut maksud Sado

Kebelakangan ni perkataan Sado di kaitkan dengan badan yang tough macam Abe We ni. Dada ketul-ketul, muscle tangan ketak-ketak, perut 6 packs.

Nampak je mereka yang badan macam ni, semua orang panggil Sado

Sado kau hado

Dari mana dan siapa yang memulakan perkataan ni, tak pasti lah plak. Tetibe je perkataan ni wujud di bibir-bibir semua orang. Siapa yang cipta pun tak dapat di pastikan.

Maksud sebenar Sado

Abe We pun tak pasti dari mana datangnya perkataan ni. Maksudnya apatah lagi. Tapi bila Abe We menggooglekan diri, inilah maksudnya:-

A Malaysian slang, commonly used by teenagers. It describes someone who is strong and muscular. It was actually originated by the word 'Besar Bodoh' (meaning the person or it is huge) turn to 'Besar Do' ('Do' as in Bodoh as in Stupid) and lastly to Sado.

Wah...Besar Bodoh ke asal perkataan ni? Hmmm....tak dapat di pastikan.

Ada juga yang mengatakan ianya nama dari watak kartun jepun, Bleach iaitu Sado Yasutora atau Yasutora Sado.

Yasutora Sado
kredit to http://www.writeups.org/fiche.php?id=5083
Real Name: Yasutora Sado
Other Aliases: Chad
Height: 6’5” (1.95 meter)
Weight: 247 lbs
Eyes: Brown 
Hair: Black

Berdasarkan pengetahuan Abe We, pengikut cerita Bleach kat Malaysia ni boleh tahan gak. Agaknya bila diorang tengok cerita Bleach tu, dengan adanya watak Sado ni, diorang pun kaitkan dengan mereka yang berbadan sasa kot.

Pergkhhh mamat tu. Badan macam Sado seh....Besar tinggi. Sejibik macam Sado

Agaknya macam ni kot perbualan diorang. Tak pun ayat dia macam ni

Aku nanti nak buat badan macam Sado ni la. Ketak sana sini.

Tak pun ada mamat dalam gym yang minat cerita Bleach bergurau dengan kawan dia

Jom kita lawan badan sapa macam Sado nak? Sape kalah belanja air suam..... 


Lepas tu perkataan Sado pun berkembang.

Agaknya lah....




sumber:

http://www.urbandictionary.com/define.php?term=Sado
http://www.writeups.org/fiche.php?id=5083#sthash.MCLzuZDZ.dpuf


Image and video hosting by TinyPic

Bangga jadi Abang Sado

Kabinet Malaysia 2014

Kabinet baru bermasalah, kena pecah

Hari ni merupakan hari bersedih Abe We. Cerita soal kabinet ni, pada hari yang sama, kabinet Malaysia kena rombak, kabinet dapur Abe We pun kena rombak.

Adoi...masalah betul. Memang fobia cerita bab kabinet ni.

Masalah betul bila pasang jubin atau tiles dalam bahasa inggerisnya. Boleh pula diorang pasang senget-senget. Lepas tu simen dalam tiles tu kosong. Bila ketuk tiles tu bunyi kosong. 

Dah 2 3 kali komplen, ada je yang tak kena. Haishhh...lambat la lagi nak pindah.....

Kabinet ohhh kabinet....



Image and video hosting by TinyPic

Kabinet baru mengecewakan

Tips kupas bawang tak pedihkan mata

Tips kupas/potong bawang tak pedihkan mata

Tips 100% berjaya, tak pedih mata

Pagi ni Abe We nak kongsi rahsia dan tips yang paling ajaib di dunia pemotongan bawang di dapur. Bagi seorang lelaki, meneteskan air mata merupakan sesuatu yang agak sedikit kurang macho. Apatah lagi bila berada di dapur. Kerana naluri keegoan sang lelaki, setetes air mata tertumpah tanpa sebab dan musabab yang kukuh, kemachoaannya telah susut nilai.

Tips yang Abe We nak share ni simple je. Bahan-bahannya pun tak banyak. Semua basic. Oleh itu, mari kita lihat bahan-bahan yang boleh membuatkan mata kita tak pedih 100% semasa kupas atau potong bawang.

Abe We dah buat eksperimen ni. Memang 100% berjaya. 100% mata tak pedih.

Tips ni amat berguna kalau kita nak kupas atau potong bawang besar dan bersaiz besar dengan kuantiti yang banyak. Kalau setakat bawang kecik tu, tips ni tak berguna sangat.

Bahan-bahannya:-

Bawang (lebih afdal bawang besar macam bawang Holland dengan kuantiti yang banyak)
Pisau yang tajam
Alas pemotong

Cara-caranya:-

Mula-mula, kita perlu kupas bawang seperti biasa. Jika sudah kupas 1-2 biji, tetapi mata kita masih belum pedih, teruskan ke bilangan yang seterusnya. Jika sudah kupas 5-6 biji tetapi masih kurang pedih cuba kita potong pula.

Bila kita sudah potong bawang, maka secara otomatisnya mata kita mulai rasa pedih. Dan rasa pedih ni membuatkan kita sukar membuka mata kita.

Pada masa ni kita perlu cepat-cepat panggil kawan kita atau adik kita untuk meneruskan potong bawang tu. Dan apabila orang lain yang potong bawang, makanya mata kita tak pedih lagi. 

Nah, mudahkan cara ni. Mata kita tak pedih bila ada orang tolong potong bawang untuk kita. 

Wakakakaa....



Image and video hosting by TinyPic

Tips kupas/potong bawang tak pedihkan mata

Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015

Menang Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015

Yayyy...bertuahnya Abe We. 1st time menang Giveaway ni. Dapatlah Abe We topap raya. Hehehee... Entri penyertaan Abe We DI SINI. Abe We nak p.m. +Inani Hazwani untuk redeem. Yay....

Hadiah: Topup RM10 (Sila PM Inani Hazwani untuk tuntut hadiah)
Pemenang Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015




Image and video hosting by TinyPic

Menang Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015

roti nan sedap putrajaya

Roti Nan sedap di Putrajaya


Setiap hari Abe We amek mama Harraz dekat ERL Putrajaya. Dan selalunya kalau lapar masa tunggu tu, Abe We selalunya beli Hot n Roll ke waffle ke, tapi semalam pusing-pusing area situ nampak lah kedai mamak ni. Memang tak perasan kedai ni. Sebab dia menghala ke arah stesen bas.

Niat Abe We nak makan roti canai je. Tapi masalahnya, roti canai available lepas pukul 6.00 petang. Adoi....terpaksalah makan roti nan.

Selalunya Abe We order nan cis. Tapi entah kenapa order nan biasa je. Sebab Abe We kurang suka sangat nan biasa.

Tapi, bila makan nan ni, pergkhhhh....terbaik toqqq....lembut. kari dia pun sedap.

roti nan sedap putrajaya

Selain tu, Dunkin' Donuts pun baru je beroperasi dekat sini. Memang meriah  donut kat sini. Macam-macam pilihan.

dunkin donut erl putrajaya


Image and video hosting by TinyPic

Roti Nan sedap di ERL Putrajaya

 kota tinggi

Di sebabkan mood raya masih menebal dan semangat rindukan kampung halaman, meh Abe We cita sikit pengalaman balik kampung.

Sebenarnya tak de apa yang menarik pun cerita balik kampung ni. Tetapi dalam tak de yang menarik tu, ada yang menarik sebenarnya. Kita nantikan...jeng...jeng..jeng.....

Kampung Abe We tak lah jauh mane. Nun dekat atas tu. Biasanya ambil masa 5 - 6 jam kalau bawa kereta antara 110 kmj - 120 kmj. Ok lah kan. Menepati had laju kebangsaan. Hahaha.....

Kalau tak silap, Abe We bergerak dari Putrajaya pukul 3.30 petang. Terus masuk highway lalu Elite dan mencilok ke lebuh raya utara-selatan. Agak amazing juga lah, tattakala pukul 4.00 petang, traffic cun melecun ala-ala Neelofa dekat Nilai.

foto kredit ke www.matjoe.com

Bila dah lepas Nilai, lalu Seremban, mak aihhh, traffic cun melecun ala-ala Emma Maembong. Agaknya orang dah cuti awal kot. Lagi satu, jalan dekat r&r seremban tu dah jadi 4 lane. So, tak de lah sesak sangat.

Bandar-Ainsdale-Toll-Plaza

Bukan tu je, Bandar Ainsdale pun dah ada exit sekarang. Dekat area situ kemahin lagi rancak development dia. Ada Seremban 2 dari UM Land. Besor pulak tu development dia. Tapi harga rumah dia tak tahu lah berapa.

foto kredit ke rossitamz.blogspot.com
Drive punya drive, akhirnya Abe We terpaksa lah menidurkan diri dekat hentian sebelah Pedas Linggi. Sebab dah tak tahan sangat mengantuk. Rasanya dekat 1/2 jam kot tidur. Hahahaha...

So, dah segar bugar tu sambung lah perjalanan. Abe We target untuk sampai dekat Ulu Tiram untuk buka puasa dalam pukul 7.30 malam. Bila dah kereta tak berapa nak ada, di tambah pula tengah bulan puasa, Abe We membuat estimation bahawa polis tak akan buat speedtrap. Sebab polis nak pergi beli juadah buka puasa. Hahahaha...boleh tak gitu?

Bila masuk je highway Senai - Desaru, masa tu dah pukul 7.00 malam. Johor kan buka awal, memang kena speed lah jawabnya. Dan terpaksa lah Abe We bawa kereta dengan kelajuan yang sepoi-sepoi bahasa iaitu 130-140 kmj. Lapo kau. Laju Abe We bawak. hahahah....


Sampai je McD Ulu Tiram, setelah keluar kereta dan berjalan ala supermodel, ngam-ngam pukul 7.30 malam. Before tu Abe We dan Mama Harraz dah bedal air kotak Danish dulu untuk buka. Makanan memang tak de lah. Ada pun roti Danish je. Tak kan nak makan roti Danish.

Bila dah sampai McD Ulu Tiram, kena beratur pula. Dah la 1 kaunter je buka. Orang yang beraturnya panjang. Last-last pukul 8.15 malam baru dapat makan. Cisss!!!

Makan punya makan, suapkan Danish bubur lagi, pukul 9 lebih baru siap. Lepas tu terus menuju ke kampung halaman seperti di bawah ini. Sampai rumah dalam pukul 10.00. 

felda lok heng

 Seronoknya beraya di kampung................ Nyanyi sikit. Karok kasi gegar!!!!




Image and video hosting by TinyPic

Cerita balik raya


carian di sini



Subscribe Our Newsletter