Tips Membeli Rumah Pertama





Tips Membeli Rumah Pertama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tips Membeli Rumah


Selama 1 minggu Abe We tak update entri di blog kerana sibuk membersihkan, mengecat, mencuci dan melakukan pelbagai kerja lagi di rumah baru Abe We.

Penat memang penat. sehingga hari ini, masih tak siap lagi. Huhuhuuuu

Tips membeli rumah

Ok. Kali ini, Abe We nak kongsi tips membeli rumah. Tips cuci rumah mungkin di entri lain ye.

Mempunyai rumah sendiri adalah idaman setiap orang. Tapi apakah ciri-ciri rumah pilihan kita?

Jika sebelum berkerjaya, kita mungkin telah menyenaraikan ciri-ciri rumah yang ingin kita miliki. Antaranya ialah rumah 2 tingkat, dekat dengan tempat kerja, mempunyai bilik air di setiap bilik dan pelbagai lagi.

Tapi apabila masa berganti masa, ciri-ciri rumah yang kita inginkan semakin terhad. Hanya 1 ciri sahaja yang mampu kita dapat iaitu harga yang berbaloi.

Harga rumah semakin mahal

Bagi mereka yang kurang memahami industri pembinaan, harga rumah semakin hari semakin tinggi. Tidak kira tempat sekarang. Rata-rata harga rumah bermula dari RM300,000.00 ke atas.

Kebanyakan kita mengambil masa yang lama untuk membuat pilihan membeli rumah dari satu kawasan kepada kawasan yang lain. Bermula  dari rumah pertama yang kita buat tinjauan hingga beberapa rumah yang kita tinjau, berkemungkinan harga boleh berubah ekoran dari masa dan permintaan. Jadinya untuk membeli rumah, kita perlukan decision yang cepat sebelum terlambat.

Simpanan untuk membeli rumah

Untuk membeli rumah yang berharga RM300,000.00 yang di anggap mampu milik, kita boleh membuat pilihan untuk membeli rumah apartment atau pun rumah teres yang mana lokasinya agak jauh. 

Jika rumah itu berada di prime area, harganya makin mahal. Kita ambil contoh rumah yang berharga RM300,000.00 untuk menilai simpanan yang kita perlu ada.

Booking fees


Jika kita telah menetapkan rumah yang kita hendak beli, kebanyakan developer meletakkan bayaran deposit ataupun booking fees antara RM500 sehingga RM5,000.00 bergantung kepada developer itu sendiri.

Downpayment

Setelah kita membayar booking fees, dalam masa 1 minggu hingga 1 bulan, developer akan mengarahkan kita membayar downpayment sebanyak 10% dari harga jualan rumah iaitu RM30,000.00 dan di tolak dengan booking fees. Andaikata kita perlu bayar booking fees RM2,000.00, kita perlu membayar lagi RM28,000.00.

Sebelum kita membayar downpayment ini, kita perlulah menandatangani perjanjian jual beli rumah atau pun Sales and Purchase Form atau dalam istilahnya SnP.

Terdapat permainan dari developer dan juga lawyer sebelum kita tanda tangan borang SnP ini. Kita boleh membuat panggilan telefon setiap hari kepada develepor supaya mereka menyegerakan proses menyediakan borang SnP ini. Jika tidak, tanpa kita sedar, develepor telah memperbodohkan kita yang mana sebelum penyerahan kunci rumah, kita perlu membayar Late Payment Charges.

Seeloknya, kita menekan developer untuk mempercepatkan proses kita tandatangan borang SnP ini.

KWSP

Apabila kita telah menandatangani borang SnP, MOT dan borang lain, kita perlu segera ke KWSP untuk mengeluarkan wang di akaun 2 untuk membayar downpayment rumah kita. KWSP akan mengeluarkan wang kita sebanyak RM30,000.00 ataupun 10% dari harga jualan rumah.

Tetapi cukupkah duit di akaun 2 kita berjumlah RM30,000.00? Tapi jika kita telah berkerja selama 5 tahun, dan kita membuat join loan antara pasangan kita, insya allah duit itu cukup.

Kesimpulan


Untuk permulaan bahagian 1 ini, anggaran wang permulaan yang kita perlu ada sebanyak RM2,000.00 - RM6,000.00 di dalam tangan.

Selain itu kita kena pastikan turutan ini semasa membeli rumah:-
  1. Booking fees
  2. Tandatangan borang SnP, MOT dll
  3. Keluarkan KWSP untuk melangsaikan downpayment
**Item No. 2 adalah sangat penting dan kita perlu tandatangan dengan cepat.


Tips ini adalah berdasarkan pengalaman Abe We sendiri


Image and video hosting by TinyPic
Previous
Next Post »

10 comments

Write comments
1 June 2015 at 17:24 delete

good tips!!!!....syok r dia duk rumah baru.....

Reply
avatar
1 June 2015 at 17:50 delete

tips ni juga utk rumah second hand??

Reply
avatar
Mirabeads azi
AUTHOR
1 June 2015 at 17:58 delete

tahniah..dapat rumah baru..
lepas ni semakin cekap mengatur budget..he
#clickclicknufnang

Reply
avatar
Ummul Azkee
AUTHOR
1 June 2015 at 19:07 delete

good tips untuk yg mahu beli rmh dan kurang arif ttg kos dan cara yang betul...tq

Reply
avatar
1 June 2015 at 22:37 delete

info yang bagus untuk dijadikan panduan bersama

Reply
avatar
anajingga
AUTHOR
2 June 2015 at 00:06 delete

tips yang baik,bersyukur jika kita dah membeli kediaman sendiri,kerana di masa hadapan harga rumah makin meningkat.

Reply
avatar
Inani Hazwani
AUTHOR
2 June 2015 at 09:19 delete

Bagus tips ni. Selamat duduk rumah baru. Ehh. Hahahha

Reply
avatar
Fendi Rocka
AUTHOR
2 June 2015 at 10:37 delete

memeningkan kepala nak cari rumah

Reply
avatar
mudahtakaful.com
AUTHOR
24 December 2015 at 16:41 delete

Jika merancang untuk memiliki rumah, ambil tahu apakah MRTT dan MLTT. Ketahui perbezaan keduanya dan apakah perbezaannya. Hubungi mudahtakaful.com untuk mendapatkan nasihat perundingan percuma.

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.