">

Tips gosok gigi bayi

/
4 Comments

Tips gosok gigi bayi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Abe We nak cerita perihal ubat gigi bayi ni. First Teeth dari Aquafresh.

Kalau nak cerita bab gosok gigi ni, Danish memang menjerit tak pun tutup mulut kalau nak gosok gigi. Tak tahu lah kenapa. Mungkin sebab tak pakai ubat gigi agaknya.

Lantas pada suatu hari yang tenang, angin tiup sepoi-sepoi bahasa. Petang itu, Abe We pergi ke farmasi Guardian yang terletak di Presint 8.

Apabila sudah masuk parking di hadapan farmasi Guardian, dengan penuh bergaya, Abe We pun masuk mencari barang yang di cari.

Setelah mencari barang Abe We, Abe We pun mencari pula berus gigi Danish. Apabila sudah menjumpai berus gigi Danish, Abe We pun mencari la ubat gigi yang sesuai. Tengok Kodomo Lion....hmmm untuk budak besar pula.

Tapi bila tengok ubat gigi dari Aquafresh ni, terus macam cinta pandang pertama. Tengok pula perisa dia. WOW!! Elok ni! Tengok pula umur bayi pada kotak luar tu. WOW!! WOW!! Lagi lah ok. Sesuai dengan Danish. Bila tengok harga pula

WOW!! WOW!!WOW!!WOW!!! RM28.++. Kecik je pun, Tapi harga sampai RM28.++. Mahal gila. Tak pe. Abe We nak try gak.

Balik rumah tu, masa mandikan Danish, Abe We terus mengaplikasikan ubat gigi ni ke berus gigi Danish dan mula menyental di gigi Danish.

Menakjubkan!!! Terus Danish suka gosok gigi. Sampai nampak iklan berus gigi kat TV pun dia tunjuk gigi dia.

Apa yang best sangat ubat gigi ni?

Esoknya, Abe We try rasa. Memang sedap. Manis-manis gitu. Patut lah Danish suka benor.



Image and video hosting by TinyPic


You may also like

4 comments:

  1. bestnye ubat gigi baby... hahahah

    ReplyDelete
  2. WahWbestya danish ada ubat gigi

    ReplyDelete
  3. sampai disental gigi Danish tu ha. hahahaha... kalau berbaloi, budak2 suka xpelah.

    ReplyDelete
  4. mahalnya,cn pakai brand mukmin for kids jer..hehe

    ReplyDelete