Tahukah anda : SPRM isytihar nama pesalah rasuah

Tahukah anda : SPRM isytihar nama pesalah rasuah

SPRM isytihar nama pesalah rasuah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Melalui pembacaan Abe We dalam akhbar Sinar Online, SPRM telah pun menunjukkan identiti pesalah rasuah di laman webnya.

SPRM

Anda boleh layari di http://www.sprm.gov.my/name-and-shame.html

Dalil dari Al Quran tentang rasuah


Dalil dari Al Quran tentang rasuah :

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)." Al-Baqarah: 188

Dalil dari hadis Nabi SAW tentang rasuah :
Dari Ai'syah r.a., katanya: "Rasulullah S.A.W. melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah." HR al-Bazzar & Abu Ya'la

Di dalam sebuah hadis lain: Dari Thauban katanya, "Rasulullah s.a.w. melaknati pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantaranya," (HR Ahmad & Hakim).

Rasulullah s.a.w. pernah mengutus Abdullah bin Rawahah ke tempat Yahudi untuk menentukan jumlah cukai yang mesti dibayar. Kemudian mereka menyogok sejumlah wang kepadanya. Lalu Abdullah berkata kepada orang-orang Yahudi itu: "Wang suap yang kamu sogokkan kepadaku itu adalah haram. Oleh itu kami tidak akan menerimanya." (HR Malik)

Maksud Rasuah

Perkataan “rasuah” berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi “al-risywah”. Dalam Al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Dalam masyarakat tempatan telah wujud beberapa simpulan bahasa yang memberi makna rasuah seperti “tumbuk rusuk” dan “makan suap”. Sejajar dengan perubahan masa dan peredaran zaman, istilah-istilah baru telah digunakan bagi menggambarkan pengertian rasuah seperti “wang kopi”, “undercounter payment” dan “duit pelincir.”

Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga ada orang yang cuba menyatakan bahawa ini bukan rasuah, tapi upah'.

Takrif rasuah


"Iaitu sesuatu yang disogokkan kepada penzalim kepada penzalim untuk mengambil hak yang bukan miliknya, atau untuk menghilangkan hak dari yang empunya samada atas motif dendam atau penipuan dengannya, dan untuk mendapatkan satu kedudukan yang tidak sepatutnya atau pekerjaan yang dia tidak berkelayakkan." (Lihat al-Feqhul Wadhih, vol 2, Dr. Muhmad Bakr Ismail, hal.610)

"Termasuk memakan harta orang lain dengan cara yang batil ialah menerima rasuah/suap. Iaitu wang yang diberikan kepada penguasa atau pegawai, supaya penguasa atau pegawai tersebut menjatuhkan hukuman yang menguntungkannya, atau hukum yang merugikan lawannya menurut kemahuannya, atau supaya didahulukan urusannya atau ditunda kerana ada suatu kepentingan dan sebagainya." (Lihat al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof al-Qardhawi)

Begitulah huraian dan penjelasan yang menyentuh tentang perihal rasuah yang diharamkan oleh Islam, dan lebih jelas dari itu Rasulullah S.A.W. dalam hadis sahih menyebut yang bermaksud: "Pemberi rasuah, penerima rasuah & orang perantaraan menguruskan rasuah (orang tengah) semuanya sama akan dimasukkan ke dalam neraka."

Jenis - Jenis Kesalahan Rasuah


Berikut adalah beberapa bentuk kesalahan rasuah secara umum :-

Meminta/Menerima Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

Menawar/Memberi Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

Membuat Tuntutan Palsu
Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.

Menyalahguna Jawatan/Kedudukan 
Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.




Image and video hosting by TinyPic

Share this:

Disqus Comments