Perokok saman syarikat rokok AS$12 bilion





Perokok saman syarikat rokok AS$12 bilion


Bukan sebab artikel tu lawak, tetapi orang yang saman syarikat rokok ni lawak.



Cuba kita baca artikel ni. 

Sebuah mahkamah di Kanada mengarahkan tiga syarikat pengeluar rokok supaya membayar AS$12 bilion (RM44 bilion) sebagai ganti rugi kepada sekumpulan perokok.
Laporan National Post melaporkan, hakim, Brian Riordan mendapati syarikat Imperial Tobacco Canada, JTI-Macdonald Corp. dan Rothmans, Benson & Hedges Inc. bertanggungjawab terhadap penyakit dan ketagihan yang dideritai oleh hampir sejuta perokok di Quebec.
"Mereka (syarikat) mementingkan keuntungan daripada kesihatan.
"Mereka tidak memberi amaran bahaya rokok kepada orang ramai," kata Riordan.
Ketiga-tiga syarikat berkenaan bagaimanapun mengumumkan akan membuat rayuan, atas alasan perokok gagal menjaga bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka sendiri.
Menurut kenyataan dari JTI-Macdonald Corp, masyarakat tahu tentang bahaya rokok, sejak dari zaman 1950-an.
"Bahaya dan amaran rokok dicetak di atas kotak rokok selama hampir 40 tahun," kata kenyataan tersebut.
Sementara itu, jurucakap syarikat Rothmans, Benson & Hedges Inc., Anne Edwards memberitahu, tiada seorang daripada golongan perokok mengaku tidak tahu mengenai bahaya rokok, sepanjang perbicaraan dimulakan tiga tahun lepas.
"Tiada seorang pun (perokok) datang dan memberitahu kami mereka tidak tahu tentang bahaya rokok kepada kesihatan," katanya.

Adatlah bila orang yang menjual pasti mahukan keuntungan. Tapi, kita haruslah bijak. Kalau tak datang kan manfaat, buat apa nak beli.

Sama-sama kita ambil ikhtibar.


Image and video hosting by TinyPic
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
khaty aiman
AUTHOR
3 June 2015 at 10:12 delete

walaupun tertera merokok membahayakan kesihatan..akan tetapi sejauh mana keberkesanannya..urrmmm

Reply
avatar
Amy J
AUTHOR
5 June 2015 at 13:33 delete

lol. tu je mampu cakap... dah lama merokok pun xtahu lak. pelik betul. orang x merokok pun tahu derr

Reply
avatar
15 June 2015 at 21:00 delete

dkt kotak rokok tu terang2 tunjuk bahaya rokok, tp perokok tegar steady jer..hehe

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.