Jangan beli ayam di Giant!





PCK Processing and Marketing Enterprise

Sijil halal di tarik balik oleh JAIPk

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah mengesahkan sijil halal PCK Processing and Marketing Enterprise yang beroperasi di Seri Manjung telah ditarik balik.

PCK Processing and Marketing EnterpriseKeputusan tersebut telah dibuat melalui Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Negeri Perak Bil. 4/2015 yang telah dilaksanakan pada 29 Mei lalu.

Menurut satu surat bertarikh 1 Jun 2015 yang telah tersebar melalui aplikasi Whatsapp, penarikan sijil berkenaan disebabkan oleh syarikat tersebut telah melanggar Prosedur Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) setelah diberi notis NCR sebanyak dua kali.

Sehubungan itu, JAIPk telah melarang syarikat berkenaan untuk menggunakan logo Halal Malaysia pada produk dan premis-premisnya di semua cawangan berkuatkuasa serta merta.


Larangan tersebut dilakukan kerana ia boleh menjadi satu kesalahan dibawah Akta Perihal Dagangan 2011 sekiranya syarikat berkenaan masih berdegil untuk menggunakan logo halal Malaysia dalam apa cara sekali pun.


PCK Processing and Marketing Enterprise



logo halalNamun begitu, JAIPk menegaskan bahawa, PCK Processing and Marketing Enterprise boleh membuat permohonan semula daripada pihak JAIPk selepas menerima surat berkenaan.

PCK Processing and Marketing Enterprise adalah sebuah syarikat yang pembekal dan pengedar barang-barang sejuk beku serta barangan segar.










Image and video hosting by TinyPic
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
Mama Niza
AUTHOR
10 June 2015 at 05:04 delete

thanks beri info ni ya...

Reply
avatar
farisya
AUTHOR
11 June 2015 at 02:35 delete

gitu lah pulak....-(

Reply
avatar
Nur Arifa
AUTHOR
11 June 2015 at 15:05 delete

adehhh bahayanya sekarang ni was2 nk beli ayam kt mana-mana pun

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.