Lajunya Myvi ni
Alkisahnya, semalam rasa macam nak memandu penuh berhemah. Tiba-tiba Abe We nampak sebuah kereta Myvi warna hitam. Laju betul dia bawa. Bawa pun ala-ala gila-gila sedikit.
Abe We cuba nak selidik pemandu Myvi ni. Abe We pun terus tekan sedikit pedal minyak. Selidik punya selidik, 140km/j Abe We dekat belakang dia. Boleh tahan gak lajunya.
Al maklumlah, jalan Putrajaya ni memang syok kalau bawa ala-ala Micheal Schumacher. Walaupun tak dapat kejar dan potong dia, tapi Abe We nampak dari cermin sisinya, pemandunya seorang wanita.
Pergkhhh....kalau Abe We dekat belakang dia bawa 140km/j, berkemungkinan dia juga memandu sama laju atau lebih laju lagi.
Memang jarang-jarang seorang wanita memandu selaju tu. Mungkin sakit perut agaknya.
Tempat dan waktu di rahsiakan supaya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan. heheheh
P/s: Minta-mintalah Mama Harraz tak baca entri ni...huhu.....
Jangan bawa laju-laju ye. Ingatlah orang yang tersayang.....

6 comments
Haha... Pmandu myvi... Biasa lah...
Dia tgh stress kot...sbb tu bwk laju
Ewan dah jd Polis Traffik pulak ha ha ha
140km/j.....??!! memang sakit perut tahap cirit tu.... :p
biasa la tu. manusia... lagi dia power, lagi dia rasa berkuasa. eh??
myvi dan viral nya . driver tu kejar toilet kot.