Free Java Chips Starbucks





Free Java Chips Starbucks

Dek kerana kepenatan shopping di Ikea semalam, Abe We dengan Mama Harraz pun ingin melepaskan kehausan di Starbucks.


Kami sendiri pun tak tahu yang kami ni pembeli bertuah. Abe We selalunya order Dark Mocha, tetapi selepas menyerahkan not duit kepada penjaga kaunter, lantas dia berkata bahawa Abe We dapat 1 lagi air percuma! PERCUMA!!!

Wow!! Abe We bukannya ahli Starbucks atau membawa apa-apa kad diskaun, tetapi dengan tiba-tiba dapat air percuma! WOW!! Mama Harraz pun terkejut. Lebih kurang 16 ribu soalan di lontarkan dari Mama Harraz kepada Abe We. Malah di tambah 1 lagi soalan percuma, tetapi Abe We gagal menjawabnya. Hahahahaha.....

Dah dia bagi percuma, ambil je la. Actually lepas penjaga kaunter tu bagi tahu Abe We dapat air percuma, dia panggil manager dia dahulu. Then, manager dia pun keluar dan berborak 3-4 patah kata.

Dia sebenarnya nak suruh Abe We isi soal jawab dalam website Starbucks, tapi dia kata Abe We order la mana-mana air, nanti dia buatkan soal jawab tu. 

Dek kerana tekak yang segersang gurun sahara, Abe We tanya air apa yang best selain Dark Mocha. Dia kata, Java Chips pun ok. 

Dan kerana darah jawa mengalir laju di dalam badan ini, Abe We pun order lah Java Chips.

Thank you Starbucks!!




Image and video hosting by TinyPic
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
15 June 2015 at 20:50 delete

wah ! sedapnya, siapalah nak payung secawan ye?

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.