#Cabaran20Hari | Apa erti puasa pada anda





#Cabaran20Hari | Apa erti puasa pada anda

Okok. Apa erti puasa bagi anda. Rasanya, semua orang pun sudah maklumkan. Sudah faham erti puasa. Bukan sahaja tahan lapar, malah tahan diri dari melakukan apa saja dosa dan perkara membatalkan puasa.



Pengalaman Abe We dengan orang yang tak memahami erti puasa ni tak lah banyak sangat. Tapi adalah sikit-sikit.

Abe We ingat lagi, masa tu form 5, tengah exam SPM. Adalah seorang hamba allah ni, kalau kat sekolah nakal sikitlah. Dekat asrama pun sama. Suka kacau-kacau orang. Tapi tak de lah sampai suka gaduh.

Masa exam tu, kitorang tengah lepak dekat sebuah pondok ni. Masing-masing sibuk lah cerita pasal exam tadi. Tapi Abe We tak cakap banyak sangat. Malas nak fikir apa yang dah jawab.

Lantas datanglah si polan ni. Elok je dia duduk, dia pun buka beg.

Slurpp...slurppp....

Boleh pulak dia dengan selamba minum air dalam botol.

"Aku tak larat doh"

Lepas tu salah soeorang dari kitorang pun cakap.

"Pergkhhh...anak ustazah kot. Tapi tak puasa!"

Abe We pun pelik. Selama dia g sekolah, tak pernah dia bawa botol air. Tiba bulan puasa pula, dia bawa botol air.

Masa dekat U dulu pun ada kawan Abe We yang ponteng gak.

Masa tu nak daftar masuk sem baru. Sem 2 kot masa tu. Abe We terserempak dengan dia masa tu dia bawa mangkuk dia nak g cuci dekat toilet. Sambil tu dia menghirup la saki baki maggi dalam mangkuk.

Abe We pun tanya. "Eh, ko tak puasa ke?"

"Aku kan musafir."

Padehal, dari Aloq Staq ke Seri Iskandar je pun. Naik bas plak tu. Pedehal! Abe We lagi jauh kot. JB ke Seri Iskandar. Elok je puasa. Pedehal. Kan naik bas. Bukan naik unta pun. Kan?

Kesimpulannya, besar pengertian puasa ni bagi Abe We. Cuma terpulang kepada kita je. Nak ke tak nak puasa. Kalau tak larat sampai nak jalan pun dah tak boleh tu lainlah. Ni masih kuat lagi. Kan? Pedehal beb.

Kbai.



Image and video hosting by TinyPic
Previous
Next Post »

7 comments

Write comments
27 June 2015 at 10:45 delete

hihi..mcm2 ragam org kan..slmt berpuasa abe we..

Reply
avatar
27 June 2015 at 10:59 delete

be we join sekali kan teguk air tu

Reply
avatar
adk dayah
AUTHOR
27 June 2015 at 12:35 delete

Haha..paling tak tahan bila bukan bulan puasa, tak penah pulak bawak botol air..kan haishh macam2 ragam..paling rare dulu, penah dengar la kan, bukan sekolah dayah tapi jiran sekolah sanggup masak megi denga air sejuk sebelum ke sekolah sebab nanti balik sekolah baru megi tu kembang dan boleh makan..haha macam2

Reply
avatar
27 June 2015 at 14:14 delete

hahaha. harap2 kalau kawan abe we baca entry ni dia dah ganti puasa tu. MashaAllah , zaman memuda dulu suka buat bnda pelik2.

Reply
avatar
Ena
AUTHOR
28 June 2015 at 07:18 delete

singgah bw..selamat berpuasa

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.