Buffet Ramadhan murah di Bangi





Buffet Ramadhan murah di Bangi

Buffet Ramadhan 2015 di Bangi Golf Resort


Bersempena bulan Ramadhan tahun ini, Abe We akan berkongsi rasa semasa berbuka di Bangi Golf Resort Restaurant. Bukan jauh pun dari Putrajaya ke Bangi. 10 minit je. Jom kita terjah Bangi Golf Resort Restaurant ni.


Bangi Golf Resort Restaurant (BGR) merupakan salah satu daripada hanya beberapa resort golf di Malaysia yang telah menerima perakuan Sijil Halal daripada JAKIM, Buffet Ramadhan BGR ini digemari ramai kerana kepelbagaian juadah dan kualiti masakan yang disediakan. BGR menawarkan pelbagai jenis sajian istimewa sehingga 200 pilihan!

Buffet Ramadhan murah



Dengan harga yang bermula dari RM55 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak-kanak, Buffet Ramadhan ini menyediakan berbagai jenis hidangan bufet termasuklah masakan Melayu popular, sajian Barat dan masakan Timur yang digemari ramai. 

Pada tahun 2015 ini, ‘pasukan dapur’ BGR telah menghasilkan pelbagai hidangan yang pasti ‘menggiurkan’ dan bakal membangkitkan selera para tetamu. Para tetamu BGR boleh menikmati Cooking Showcase BGR tahun ini yang menampilkan Kambing Bakar, iaitu kambing yang dipanggang secara perlahan di atas bara api dan Sup Kambing Mamak. 


Di stesen ini, chef BGR menghidangkan tetamu dengan hirisan daging kambing yang baru sahaja dipanggang dan menyediakan sup kambing panas yang akan menghangatkan selera.


Para pelanggan juga boleh menikmati Sate Daging dan Ayam yang dihidangkan dengan Kuah Kacang yang dibuat sendiri serta Kway Teow Goreng dan Mee Goreng Mamak yang digoreng panas di hadapan mereka. 

Di bahagian Western Appetizer pula, para tetamu disajikan hidangan dengan sentuhan gastronomi isitmewa seperti Krim Ayam Salai dengan Bawang Focaccia Panggang dan Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma.

HARGA BUFFET RAMADHAN BGR MURAH  BERBUKA PUASA BANGI GOLF RESORT
Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma

Hidangan ini sungguh menyelerakan dan chef kami dengan senang hatinya akan menyajikan hidangan tambahan atas permintaan tetamu! Bagi pilihan masakan Barat yang lain yang lebih enak dan klasik, kami mengesyorkan Beef Lasagna dan Grilled Boneless Chicken with Creamy Mushroom Sauce.
Grilled Boneless Chicken with Creamy Mushroom Sauce

Di sudut Menu Utama Tempatan dan Masakan Timur pula, pasukan dapur BGR menyediakan pelbagai pilihan juadah seperti Butter Prawns, Teriyaki Chicken, Black Pepper Beef dan Fish Fillet dengan Sos Serai dan tidak dilupakan hidangan popular kegemaran ramai seperti Sambal Sotong Kembang, Ayam Masak Ros dan Rendang Daging Tiak Minyak. 

Pada setiap Buffet Ramadhan di BGR sudah menjadi kemestian pelanggan untuk menikmati pencuci mulut di sini. Aiskrim Pacojet dengan rasa unik Teh Tarik, Tembikai Susu dan Bunga Kantan amat digemari oleh pelanggan kami tanpa mengira usia. 

Aiskrim ini dihasilkan menggunakan teknologi yang sering digunakan di restoran-restoran mewah dan ianya haruslah dicuba. Rasailah perbezaannya berbanding aiskrim-aiskrim lain! Para tetamu juga boleh mengakhiri jamuan mereka dengan juadah manis di ‘Live Station’ Spanish Churro dengan kuah coklat yang pekat.
Spanish Churro

Di sudut ini, terdapat pelbagai jenis kuih muih buatan kami sendiri, pudding, agar-agar dan buah-buahan tropika dan tempatan. Para tetamu juga akan rambang mata dengan pelbagai pilihan popular Barat seperti Italian Tiramisu, Chocolate Éclair, Blueberry Cheese Cake, Red Velvet Cake, Young Coconut Jelly, Crème Caramel, Mix Berry Panna Cotta dan ciptaan eksotik kami yang terkini untuk tahun 2015 – Infused Chocolate Ganache Tartlet. 

Infused Chocolate Ganache Tartlet

Pada Buffet Ramadhan tahun ini, sekali lagi Bangi Golf Resort akan memperkenalkan konsep ruang dapur terbuka. Ruang moden yang baru dibina ini akan memaparkan 'hiburan di dapur', yang membolehkan tetamu menyaksikan secara langsung chef-chef BGR menyediakan hidangan dan berinteraksi dengan mereka. 


Pada masa yang sama, tetamu akan dihiburkan dengan alunan muzik Melayu Tradisional yang didendangkan secara live oleh sebuah kumpulan kugiran dari pukul 6:30 petang sehingga 9:30 malam setiap hari. 

Bangi Golf Resort juga menyediakan sebanyak 800 tempat letak kereta secara percuma. Kemudahan lain seperti Surau Lelaki / Perempuan juga disediakan untuk keselesaan tetamu.



Seperti yang dikatakan oleh Chef Kamaruddin, “Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort Restaurant ini sentiasa menjadi pilihan kegemaran untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan dan kenalan perniagaan sepanjang bulan Ramadhan." 

"Kami sentiasa memperkenalkan hidangan baru untuk memastikan kepelbagaian hidangan yang ditawarkan dan pada masa yang sama, kami juga bekerja keras untuk mengekalkan keenakan rasa tradisi masakan kami secara konsisten agar pelanggan kami sentiasa datang kembali."

Ringkasan Maklumat:

Nama: Bangi Golf Resort Restaurant Sdn Bhd 
Alamat: No.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor, Malaysia 
Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E 
Tempahan & Pertanyaan : + (603) 8925 3728 / + (603) 8210 0265 
Laman Web : http://www.bgrrest.com 
Facebook : https://www.facebook.com/BangiGolfResortRestaurant 
Email : bgb.bangigolf@gmail.com

Apa lagi, mari kita serbu!! Makanannya memang terbaik. Di jamin puas hati.



Image and video hosting by TinyPic
Previous
Next Post »

8 comments

Write comments
mOoN IzzaN
AUTHOR
23 June 2015 at 10:49 delete

tak sabar nak pegi.. :)

Reply
avatar
Amy J
AUTHOR
23 June 2015 at 15:27 delete

syoklah dapat pergi makan dekat sana. sobs

Reply
avatar
Maria Firdz
AUTHOR
23 June 2015 at 17:06 delete

Menarik.... Mmg murah harga tu..

Reply
avatar
24 June 2015 at 15:37 delete

memang puas hati kalau pergi

Reply
avatar
24 June 2015 at 15:38 delete

memang menarik dan best

Reply
avatar
aswaleyla
AUTHOR
25 June 2015 at 10:03 delete

kambing kat atas tu sedapnye tengok...

Reply
avatar
Nurul Shahira
AUTHOR
25 June 2015 at 16:54 delete

Kambing tu yang paling seksi...

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.