AirAsia Free Seats!





AirAsia Free Seats

Air Asia telah pun mengadakan promosi FREE SEATS sebanyak 3 juta. Bukan sedikit ya. Bayangkan 3 juta tempat duduk percuma. Banyak tuh. Promosi di buat sehingga 28 jun 2015 yang tinggal beberapa hari sahaja. AirAsia Free Seats!

airasia free seat

Jika Abe We di beri tiket percuma ni, teringin sangat nak pergi Jepun. Jepun antara negara yang Abe We paling teringin. Sebab apa? Sebabnya, masyarakat Jepun masih mengekalkan tradisi mereka di samping pembangunan pesat di sana. Banyak kita boleh belajar dari Jepun. Paling ketara dari segi displin mereka. Dan kerana displin tu lah, Jepun maju. Betul kan? AirAsia Free Seats!

Selain itu, banyak juga festival-festival di Jepun yang unik untuk di pelajari sambil-sambil jeling awek-awek Jepun yang kiut-kiut tu. hehehehe. AirAsia Free Seats!

Kalau Abe We tengok kalendar cuti di Jepun, memang banyak festival yang menarik. Terdapat lebih kurang 109 festival yang akan di adakan pada tahun 2016. Antara yang menambat hati Abe We ialah:-

Himeji Sakura Festival

Sudah tentu Abe We nak menikmati keindahan bunga Sakura! Bunga yang hanya berbungan setahun sekali. Pokok Sakura akan berbunga sekitar penghujung bulan Mac sehingga awal bulan Mei.


Cherry blossom viewing parties

Untuk pengetahuan semua, bunga Sakura juga di kenali dengan nama Cherry Blossom. Dan masyarakat Jepun telah pun mengadakan satu festival yang di kenali sebagai cherry blossom viewing parties atau dalam bahasa Jepun di panggil hanami.

Apabila pokok Sakura berbunga, orang ramai akan bersama keluarga atau teman-teman duduk berkumpul sambil menikmati cherry blossom viewing parties (hanami) di bawah pokok sakura ini. Salah satu tempat yang menarik sambil menikmati hanani ini ialah di Istana Himeji.


Aktiviti semasa Cherry blossom viewing parties

Mungkin ramai yang tertanya-tanya "Apakah itu Cherry blossom viewing parties?"

Yang sebenarnya, aktiviti ini ialah aktiviti santai. Pengunjung hanya berkelah atau berpiknik atau duduk santai bersama keluarga, teman atau rakan sambil menjamu selera di bawah pepohon sakura.

Aktiviti ini adalah untuk menghargai keindahan bunga Sakura dan juga menikmati keindahan alam semulajadi di samping mengeratkan hubungan.

Sejarah Cherry blossom viewing parties

Sejarah Cherry blossom viewing parties atau Hanami ini bermula pada tahun 710 - 794 Masehi semasa di zaman Nara. Namun pada tahun 794 - 1185 ianya mula menarik perhatian ramai.

Tempat menarik melihat Cherry Blossom viewing parties

Himeji Castle Cherry Blossom

Apa yang menariknya di Istana Himeji ini? Ok, Abe We nak cerita sedikit. Abe We pun bukanlah tahu sangat. Tapi ini berdasarkan info yang Abe We kumpulkan.

Istana Himeji ini di kelilingi oleh beratus-ratus pokok sakura di dalam dan juga di luar istana. Acara atau festival Cherry Blossom ini di lakukan di dalam dan juga di luar istana. Bagi mereka yang ingin mengikuti festival ini di dalam istana, bayaran masuk akan di kenakan kepada pengunjung. Pengunjung juga perlu datang awal bagi  mendapatkan tempat kerana beribu-ribu orang datang di Istana Himeji.

Lokasi Istana Himeji

Pemandangan sekitar Istana Himeji

Berikut adalah antara pemandangan di sekitar Istana Himeji semasa festivel Cherry Blossom.

 

 




Pengunjung juga di persembahkan dengan acara  pukulan gendang tradisional Jepun semasa berlangsungnya festival ini.


Tempat menarik lain melihat Cherry blossom

Selain Istana Himeji, terdapat beberapa tempat yang menarik untuk kita menikmati hanami ini:-

1. Takada Park di Joetsu city, Niigata


Di Takada Park, kita boleh menikmati hanami di waktu malam. Di dalam Takada Park ini, terdapatnya Istana Takada yang di terangi oleh 3000 biji tanglung yang tergantung pada 4000 pokok Sakura.

2. Hirosaki Park


Hirosaki Park juga merupakan tempat yang menarik bagi menikmati hinami. Di dalamnya juga terdapat Istana Hirosaki. Terdapat lebih kurang 2600 pokok sakura di sini.


Doa-doakan lah ye agar impian Abe We untuk ke Jepun termakbul. Amin....

Jom ramai-ramai kita book tiket AirAsia bersempena dengan promosi AirAsia Free Seats!. Pelbagai tempat menarik harus kita pergi. Jom!!!


sumber:
Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
Amy J
AUTHOR
24 June 2015 at 13:53 delete

good luck abe we. hehehehhe.. sama sama tengok bunga sakura nnti. hahahaha

Reply
avatar
Ummul Azkee
AUTHOR
24 June 2015 at 17:24 delete

walaupon org sibuk ngn korea..ummul pun teringin nak g jepun..dr zmn sekolah lg..bestnyerr

Reply
avatar
aswaleyla
AUTHOR
25 June 2015 at 09:49 delete

best nye kalau dpt g jepun abe we. gud luck abe we. lela doa abe we dpt ni. lepas tu bg ole ole kat lela. muahahaha

Reply
avatar
Nurul Shahira
AUTHOR
25 June 2015 at 16:52 delete

Kalau pergi Jepun, pergi tengok sekali castle diorang yang cantik gilos. Rasa nak tinggal kat situ je

Reply
avatar
adk dayah
AUTHOR
2 July 2015 at 23:33 delete

andai la dapat pergi..mesti best sesangat kan

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.