Halaman

    Social Items


Lelaki tak faham bahasa?

Sedang Abe We memotong ikan di dapur malam tadi.

foto kredit ke kakinakl.wordpress.com

"Pa, ambil kan mangkuk nak masak"

"Mangkuk yang kecik ni ke?"

"Bukan, mangkuk yang untuk masak tu lah..."

"Owh yang atas meja ni eh? Yang ada sup bunjut?"

"Bukanlah...yang untuk masaklah..."

Pergkhhh... Termangu sekejap Abe We. Apa yang Mama Harraz cuba sampaikan ni? Mangkuk kecik salah, mangkuk lagi kecik salah.

Mangkuk mana satu yang nak guna untuk masak ni?

"Yang ni ke ma? Mangkuk Vision ni?"

"Haaa...mangkuk tu lah......"

Adoi....sekarang ni sape yang salah?

Lelaki tak faham bahasa ke perempuan salah bagi arahan?



Image and video hosting by TinyPic

Lelaki tak faham bahasa?

Senarai Perserta Giveaway bersama Wayne Harraz

Wayne Harraz

Assalamualaikum dan salam sejatera semua. Akibat dari kesibukan duniawi, Abe We akhirnya dapat juga update senarai peserta GA Abe We yang pertama kali. Alhamdulillah, pencapaian yang membanggakan untuk kali pertama. Sape-sape yang tak join, mai lah join tittew. Kot-kot boleh menang. Mai lah. Jangan malu-malu.

  1. http://khatyaiman.blogspot.com/2015/06/giveaway-bersama-wayne-harraz.html
  2. http://www.shamieraosment.com/2015/06/giveaway-bersama-wayne-harraz.html
  3. http://www.amysyeera.com/2015/06/giveaway-bersama-wayne-harraz.html
  4. http://www.nuhahayati.com/2015/06/giveaway-bersama-wayne-harraz.html
  5. http://www.papaglamz.com/2015/06/giveaway-bersama-wayne-harraz.html
  6. http://housewifearts.blogspot.com/2015/06/giveaway-bersama-wayne-harraz.html
  7. http://adnan-daughter.blogspot.com/2015/06/giveaway-bersama-wayne-harraz.html
  8. http://kumahuitu.blogspot.com/2015/06/syarat-penyertaan-1.html
  9. http://mamadarwiish.blogspot.com/2015/06/giveaway-bersama-wayne-harraz.html
  10. http://theathra.blogspot.com/2015/06/giveaway-bersama-wayne-harraz.html
  11. http://ciklapunyabelog.blogspot.com/2015/06/giveaway-bersama-wayne-harraz.html
  12. http://www.nazlee.com/2015/06/giveaway-bersama-wayne-harraz.html
  13. http://suriaamanda.blogspot.com/2015/06/giveaway-bersama-wayne-harraz.html
  14. http://www.akifimtiyaz.com/2015/06/giveaway-bersama-wayne-harraz.html
  15. http://syahirahvaliant.blogspot.com/2015/06/giveaway-bersama-wayne-harraz.html
  16. http://muslimahsejati96.blogspot.com/2015/06/giveaway-bersama-wayne-harraz.html
  17. http://theaniss.blogspot.com/2015/06/giveaway-bersama-wayne-harraz.html
  18. http://www.miazain.com/2015/06/giveaway-bersama-wayne-harraz.html
  19. http://www.azhafizah.com/2015/06/giveaway-bersama-wayne-harraz.html
  20. http://projekabc.blogspot.com/2015/06/giveaway-bersama-wayne-harraz.html
  21. http://cikmanissweet.blogspot.com/2015/06/giveaway-bersama-wayne-harraz.html
  22. http://www.efaothman.com/2015/06/giveaway-bersama-wayne-harraz.html
  23. http://umikasum.blogspot.com/2015/06/giveaway-bersama-wayne-harraz.html
  24. http://notaharianmama.blogspot.com/2015/06/giveaway-bersama-wayne-harraz.html
  25. http://loveyoucontest.blogspot.com/2015/06/giveaway-bersama-wayne-harraz.html
  26. http://www.dramaticuniq.com/2015/06/giveaway-bersama-wayne-harraz-jom-pizza.html
  27. http://emyyyyemyyyy.blogspot.com/2015/06/giveaway-bersama-wayne-harraz.html
  28. http://www.nikainaa.com/2015/06/giveaway-bersama-wayne-harraz.html
  29. http://farinahashari.blogspot.com/2015/06/giveaway-bersama-wayne-harraz.html





Image and video hosting by TinyPic

TERKINI: Senarai Perserta Giveaway bersama Wayne Harraz

#Cabaran20Hari | Menu Wajib Bulan Puasa

Hari ke-4 #Cabaran20Hari, kita bercerita pasal menu wajib berbuka puasa. Lain belalang, lain padang, lain padang, lain bola, lain bola, lain player salah pantun sudah.....

Foto kredit to amysheera.com

Berbicara  mengenai menu wajib berbuka puasa ni, kalau nak ikutkan hati, macam-macam menu nak di jadikan menu wajib.

Tapi kali ni, Abe We nak kongsi menu yang super duper handal bila kita berbuka puasa. Kalau pekena menu ni, confirm memang puas.

Resipinya mudah sangat. Bahkan budak sebaya Upin dan Ipin pun boleh melakukannya. 

Nak tak kalau Abe We kongsikan resipi Murtabak Cheese macam dalam blog Amysheera? (Abe We yang orang Johor ni pun tak pernah makan lagi!!!!)

Okok. Ni resipi wajib Abe We bersempena Ramadhan. Tapi kena rahsiakan resipi ni ye. Sebab, resipi ni turun temurun. Bukan senang nak dapatkan resipi ni. Untuk dapatkan resipi ni, ikuti cara yang di sediakan di bawah ini.

Mula-mula, ambil cerek dan tadahkan air di dalamnya. Bila sudah penuh, tutup paip air. Bagi mereka yang menggunakan cerek elektrik, masak gunakan elektri. Bagi yang menggunakan dapur gas, sila masak dengan dapur gas.

Kemudian, bila air sudah mendidih, tutup dapur gas tadi.

Ambil mug atau gelas. Tuangkan air panas tadi sebanyak suku gelas/mug.

Kemudian campurkan dengan air masak biasa bagi mendapatkan suhu suam-suam.

Pastikan air tadi di sediakan 5-10 minit sebelum waktu berbuka.

Apabila azan sudah berkumandang, boleh berbuka dengan air suam dahulu.

Sekian, menu wajib Abe We untuk bulan Ramadhan. Jumpa kita pada episod yang akan datang




Intro
Erti puasa
Pengalaman sahur
Hidangan sahur paling ringkas


Image and video hosting by TinyPic

#Cabaran20Hari | Menu Wajib Bulan Puasa

Giveaway bersama Wayne Harraz

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersempena bulan Ramadhan ini, Abe We nak melancarkan segmen Abe We yang pertama kali dalam sejarah iaitu

"Giveaway bersama Wayne Harraz"


Klik banner di atas untuk sertai

Syarat penyertaan"

1. Buat entri bertajuk 
"Giveaway bersama Wayne Harraz"

2. Copy dan Pastekan Banner/Gambar yang kat atas tu dan link kan ke entry ni

3. Follow blog

4. Follow Instagram

5. Add friend Facebook
ewentostylo

Penyertaan di buka dari:


18/6/2015 sehingga 30/6/2015

Pemenang yang bertuah akan memenangi:

2x Kupon RM10 OFF Papa John


Manakala yang lain akan di masukkan ke dalam bloglist Abe We. Selain dapat menambahkan ukhwah, bolehlah kita saling berblogwalking.

Oleh kerna hanya ada 2 baucer sahaja, makanya hanya seorang pemenang bertuah sahaja yang akan menang.

Lain kali kalau ada yang sudi nak sponsor boleh la PM Abe We ye.



Image and video hosting by TinyPic

Segment : Giveaway bersama Wayne Harraz

#Cabaran20Hari | Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas

Cabaran20Hari untuk hari ke-3. Resipi hidangan sahur paling ringkas.

Okok. Rasanya tajuk ni paling sesuai untuk kaum adam. Hahaha... Rata-rata kaum adam suka kalau di ajukan soalan ni.

dominos pizza Spicy Sambal
foto kredit to http://wahidayatulaswa.blogspot.com/

Zaman duduk kanak-kanak

Kalau masa zaman kanak-kanak, rasanya paling koman pun pagi-pagi mesti dan confirm Abe We makan nasi. Tapi dulu, masa kecik-kecik, Abe We cukup kurang suka aroma nasi yang baru di masak masa nak makan.

Bau nasi tu semacam je bila melekat kat hidung ni. Tu kalau nasi baru masak lah. Tapi kalau nasi yang di panaskan ok je. Takde masalah. Bila nasi yang baru tu, rasa tekak ni macam loya. 

Tapi, dalam loya-loya tu, habis gak sepinggan.

Zaman duduk hostel

Masa zaman duduk hostel sekolah teknik dulu, sahur sampai pukul 2 pagi (kot). Rasanya lah. Lupa pulak. Masa duduk hostel, bukanlah makan berat pun. Biasanya roti cicah air milo je. Ok je. Kenyang je. Tapi tu Abe We la. Yang mana member Abe We yang duit diorang ada terlebih, diorang beli la nasi goreng atau bubur. Sedap sikit lah dari Abe We.

Masa diploma dulu pun, makan sahur sedaplah sikit. Kalau rajin pergi dewan makan, boleh lah di katakan kenyang. Kalau malas? Nin dia jawapannya:- 



Resipi Maggi Kari Terbaik Se-alam Semesta:

1 pek maggi kari yang di pinjam dari kawan
1 mangkuk @ gayung (sebab kawan da cilok mangkuk. Terpaksa pakai gayung. Wajaq punya kawan. Dah makan malas basuh pulak tu)
Air panas.

Cara masak:
Boh semua dalam mangkuk. Lepas tu BEDAL!!

Zaman kerja

Zaman kerja ni lah zaman paling best. Kalau rajin, ajaklah member pergi McD.

Kalau tak kerja dan Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas ialah:-


Ehh..salah ni. Sedap sangat kot Mee Rebus ni.

Sekali lagi. Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas ialah:-

foto kredit to miszsephia2011.blogspot.com

yang di cicah bersama:-


Perkghhh....Terbaek derrr.......Sungguh menyelerakan makan roti cicah air nescafe. Tapi sekarang Abe We modify sikit hidangan ni. Abe We tambah :-


Perkhhh....tip top bhai!!!! Selamba je 5 6 keping masuk mulut tanpa sedar.....




#Cabaran20Hari, #Day03
#exchangefeedgroup
#kelabbloggerbenashaari

Image and video hosting by TinyPic

#Cabaran20Hari | Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas

#Cabaran20Hari | Pengalaman Sahur

Cabaran hari ke-2. 

Cabaran hari ke-2 ini kita bercerita pasal pengalaman sahur.


Seingat Abe We, tak ada lah pengalaman yang dahsyat pernah Abe We lalui.

Abe We ni kategori senang bangun tidur. Biasanya mak Abe We kejutkan 2-3 kali, Abe We bangun dah.

Tapi masa kecik-kecik dulu, Abe We dengan Adib dan Zul iaitu jiran Abe We, kitorang suka lepak lepas sahur.

Elok je pkul 6 biasanya, kitorang terus keluar rumah. Tapi malam tu kitorang da pakat dulu. Kalau tak, kompem tak dapat keluar pagi tu. Nak keluar pun senyap-senyap je. Tolak pintu tak de bunyi kau! Hahahaaa.....

Ala, kitorang lepak pun dekat depan rumah adib je. Kadang-kadang baring je atas rumput tu. Bukan buat apa pun. Kadang-kadang, pergi jalan-jalan kawasan dekat situ. Agak-agak dah pukul 7 pagi baru balik. Hahaha....

Tapi tu lah kenangan masa kanak-kanak paling best. Sekarang memang tak ada nak rasa lah.


Image and video hosting by TinyPic

#Cabaran20Hari | Pengalaman Sahur

Restoran 24 jam penyumbang gejala sosial?

Aiyakkk... Ni alasan paling pelik dari menteri. Restoran 24 jam penyumbang gejala sosial.

Hello bang. Berapa persen sangat lah kedai makan 24 jam ni sumbang gejala sosial.

Orang datang nak makan. Bukan nak buat maksiat.

Kalau nak tutup, pergilah tutup disko sana. Tu yang disko tu tak nak pulak tutup.

Kalau berani, haramkanlah pembukaan disko. Jual arak. Jangan tutup kedai makan.

Adoiiii..... Pening!





Image and video hosting by TinyPic

Restoran 24 jam penyumbang gejala sosial

Jaga penglihatan semasa puasa.

Masya Allah. Pagi-pagi lagi Abe We dah tertengok.


Masya Allah....Masya Allah.....


Sekali Chef Ammar masak nasi mendi pagi-pagi ni.....Masya Allah....

Kejam sungguh Astro.....

Chef Ammar ni pandai cakap kedah. Dia cakap "Biaq p"

Tapi kita tak pandai-pandai cakap Arab....huhuuu




Image and video hosting by TinyPic

Masya allah. Awal sangat ni.

#Cabaran20Hari | Apa erti puasa pada anda

Okok. Apa erti puasa bagi anda. Rasanya, semua orang pun sudah maklumkan. Sudah faham erti puasa. Bukan sahaja tahan lapar, malah tahan diri dari melakukan apa saja dosa dan perkara membatalkan puasa.



Pengalaman Abe We dengan orang yang tak memahami erti puasa ni tak lah banyak sangat. Tapi adalah sikit-sikit.

Abe We ingat lagi, masa tu form 5, tengah exam SPM. Adalah seorang hamba allah ni, kalau kat sekolah nakal sikitlah. Dekat asrama pun sama. Suka kacau-kacau orang. Tapi tak de lah sampai suka gaduh.

Masa exam tu, kitorang tengah lepak dekat sebuah pondok ni. Masing-masing sibuk lah cerita pasal exam tadi. Tapi Abe We tak cakap banyak sangat. Malas nak fikir apa yang dah jawab.

Lantas datanglah si polan ni. Elok je dia duduk, dia pun buka beg.

Slurpp...slurppp....

Boleh pulak dia dengan selamba minum air dalam botol.

"Aku tak larat doh"

Lepas tu salah soeorang dari kitorang pun cakap.

"Pergkhhh...anak ustazah kot. Tapi tak puasa!"

Abe We pun pelik. Selama dia g sekolah, tak pernah dia bawa botol air. Tiba bulan puasa pula, dia bawa botol air.

Masa dekat U dulu pun ada kawan Abe We yang ponteng gak.

Masa tu nak daftar masuk sem baru. Sem 2 kot masa tu. Abe We terserempak dengan dia masa tu dia bawa mangkuk dia nak g cuci dekat toilet. Sambil tu dia menghirup la saki baki maggi dalam mangkuk.

Abe We pun tanya. "Eh, ko tak puasa ke?"

"Aku kan musafir."

Padehal, dari Aloq Staq ke Seri Iskandar je pun. Naik bas plak tu. Pedehal! Abe We lagi jauh kot. JB ke Seri Iskandar. Elok je puasa. Pedehal. Kan naik bas. Bukan naik unta pun. Kan?

Kesimpulannya, besar pengertian puasa ni bagi Abe We. Cuma terpulang kepada kita je. Nak ke tak nak puasa. Kalau tak larat sampai nak jalan pun dah tak boleh tu lainlah. Ni masih kuat lagi. Kan? Pedehal beb.

Kbai.



Image and video hosting by TinyPic

#Cabaran20Hari | Apa erti puasa pada anda

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni, Abe We nak sahut cabaran #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015. Bukan sahaja Abe We sorang-sorang sahut, tapi Abe We nak semua yang baca pun sahut. Ada bran??? Jom la kita sahut cabaran ni.

Abe We tau, kalau puasa-puasa ni, kita imbas kenangan raya masa kecik-kecik dulu mesti best. Pengalaman puasalah, main mercunlah. Macam-macam lagi. Pengalaman ni lah yang menghidupkan kehangantan raya nanti.

Intro #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Sebelum tu, meh sini Abe We perkenalkan #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 ni.

Sesungguhnya cabaran dan dugaan itu hadir untuk menguji kekuatan kita. Kali ini, #Cabaran20Hari untuk menguji adakah anda blogger TEGAR?
#Cabaran20Hari adalah cabaran selama 20 hari di mana setiap hari anda perlu membuat entri menggunakan tajuk yang di beri beserta kata kunci atau keyword   #Cabaran20Hari di dalam setiap entri.

Cabaran akan bermula pada 27 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015. 

Moh mengkome-mengkome semua, jom sahut cabaran ini!

Tajuk entri #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Tajuk entri #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 ini adalah seperti di bawah ni. Ala, bukan susah pun. Soalan sempoi mempoi yempoi je. Pedehal. Kata blogger. Tak sahut cabaran blogging bukan blogger namanya. Pedehal......

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 1 - 6

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 7 - 13

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 14 - 20

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Cara meletakkan kata kunci

Dalam intro tadi kita di beritahu adanya kata kunci #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015. Kan? 

Jadi, guane kita nak letak kata kunci ni?

Ok, kata kunci ni di letakkan di tajuk Post kita. Macam ni. Kita ambil contoh cabaran yang 1st k. Cabaran yang 1st tu tajuknya Apa erti puasa pada anda. Caranya begini:-

#Cabaran20Hari Apa erti puasa pada anda
Lepas tu, baru kita tulis isi perutnya. Tulis la pengalaman atau apa je yang nak tulis.

Ada HADIAH!!

Beb!!! Ada hadiah tu. Tak kan nak dok saja? Kalau nak dok saja, dapat hadiah memang tak la....

Saguhati akan diberi kepada 10 peyertaan awal yang berjaya menghabiskan ke semua cabaran mengikut tajuk dan tarikh yang diberi. Penyertaan terbuka kepada semua Blogger.
Saguhati akan diberitahu kemudian. 

Apa tunggu lagi??

Jom mula sekarang!

#pedehal





Image and video hosting by TinyPic

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Minions Language

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bila sebut sahaja minions, rasanya ramai juga yang tahu. Memang kelakar watak ni. Cakap pun ada bahasa sendiri.

Dan kerana lagu Banana yang di mainkan sebelum bermulanya tayangan filem di pawagam, maka, makin popular lah watak minions ni.

Sampaikan Danish pun suka gak. "Baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa" kata dia kalau nampak gambar minions ni.



Pis yooooo...
Sebenarnya, ada isu sikitlah dengan pengeluar filem minions dan watak Stuart ni. Tapi kita lupakan seketika. Mari kita tengok bahasa Minions ni.






Image and video hosting by TinyPic

Demam Minions....

Skinny jeans merbahayakan kesihatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ini adalah info terbaru Abe We dapat. Tanpa di sangka-sangka, pemakaian seluar skinny adalah merbahaya kepada kesihatan kita.

Menurut info dari pelbagai sumber, seluar yang menjadi trend sekarang ini, boleh menyebabkan penyakit berkaitan saraf kaki dan juga lutut.

Telah terjadi 1 kes di mana seorang wanita tidak boleh bergerak selama 4 hari kerana masalah saraf kaki, pada buku lali dan juga pada pehanya.

Wanita itu sebelumnya telah menolong keluarganya berpindah. Dia mencangkung terlalu lama untuk membersihkan almari. Akibat dari itu, dia tidak boleh bergerak.

Daripada pemeriksaan doktor, ianya di sebabkan oleh seluar skinny yang di pakainya menjadi terlalu ketat dan otot-ototnya tidak boleh mengembang dan menguncup seperti azali.

Trend seluar skinny ini memang semakin popular kebelakangan ini. Tidak kira lelaki atau perempuan, rata-rata ramai yang memilih seluar skinny.

Dan percayalah, hampir 100% pemakai seluar skinny tidak tahu hal ini dan kes ini agak terpencil.

Oleh itu, bertukarlah kita kepada seluar yang lebih selesa.


sumber:
http://jnnp.bmj.com/content/early/2015/05/27/jnnp-2015-310628.full
http://edition.cnn.com/2015/06/23/health/skinny-jeans-nerve-damage/
http://www.dailymail.co.uk/news/article-3135299/Careful-girls-skinny-jeans-health-hazard-Doctors-highlight-case-woman-35-spent-four-days-hospital-trousers-tight-cut-circulation-feet.html



Image and video hosting by TinyPic

Skinny jeans merbahayakan kesihatan

Resipi Teh Halia Madu

Di dalam bulan puasa ni, tentunya perut kita akan menunjukan ciri-ciri ketidakselesaannya.

Kadang-kadang, lepas berbuka puasa, terasa angin penuh satu perut.

Untuk itu, apa kata kalau kita cuba resipi ni. Abe We jumpa resipi ni dari Che Mat Gebu.


BAHAN-BAHANNYA :-)
Air panas secukupnya
2 sachet teh boh
1/2 inci halia, hiris nipis dan ketuk sedikit
Madu secukup rasa
1 helai daun pandan (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)

Rendam teh dalam air panas, anggaran 800 ml bersama2 daun pandan serta halia. Biar sekurang2nya 20 minit. Tuang dalam cawan sesuai, letak madu secukup rasa. Kalau suka boleh tambah 2-3 keping lagi hirisan nipis halia dalam air teh tadi. Hidangkan panas....


Image and video hosting by TinyPic

Resipi Teh Halia Madu

AirAsia Free Seats

Air Asia telah pun mengadakan promosi FREE SEATS sebanyak 3 juta. Bukan sedikit ya. Bayangkan 3 juta tempat duduk percuma. Banyak tuh. Promosi di buat sehingga 28 jun 2015 yang tinggal beberapa hari sahaja. AirAsia Free Seats!

airasia free seat

Jika Abe We di beri tiket percuma ni, teringin sangat nak pergi Jepun. Jepun antara negara yang Abe We paling teringin. Sebab apa? Sebabnya, masyarakat Jepun masih mengekalkan tradisi mereka di samping pembangunan pesat di sana. Banyak kita boleh belajar dari Jepun. Paling ketara dari segi displin mereka. Dan kerana displin tu lah, Jepun maju. Betul kan? AirAsia Free Seats!

Selain itu, banyak juga festival-festival di Jepun yang unik untuk di pelajari sambil-sambil jeling awek-awek Jepun yang kiut-kiut tu. hehehehe. AirAsia Free Seats!

Kalau Abe We tengok kalendar cuti di Jepun, memang banyak festival yang menarik. Terdapat lebih kurang 109 festival yang akan di adakan pada tahun 2016. Antara yang menambat hati Abe We ialah:-

Himeji Sakura Festival

Sudah tentu Abe We nak menikmati keindahan bunga Sakura! Bunga yang hanya berbungan setahun sekali. Pokok Sakura akan berbunga sekitar penghujung bulan Mac sehingga awal bulan Mei.


Cherry blossom viewing parties

Untuk pengetahuan semua, bunga Sakura juga di kenali dengan nama Cherry Blossom. Dan masyarakat Jepun telah pun mengadakan satu festival yang di kenali sebagai cherry blossom viewing parties atau dalam bahasa Jepun di panggil hanami.

Apabila pokok Sakura berbunga, orang ramai akan bersama keluarga atau teman-teman duduk berkumpul sambil menikmati cherry blossom viewing parties (hanami) di bawah pokok sakura ini. Salah satu tempat yang menarik sambil menikmati hanani ini ialah di Istana Himeji.


Aktiviti semasa Cherry blossom viewing parties

Mungkin ramai yang tertanya-tanya "Apakah itu Cherry blossom viewing parties?"

Yang sebenarnya, aktiviti ini ialah aktiviti santai. Pengunjung hanya berkelah atau berpiknik atau duduk santai bersama keluarga, teman atau rakan sambil menjamu selera di bawah pepohon sakura.

Aktiviti ini adalah untuk menghargai keindahan bunga Sakura dan juga menikmati keindahan alam semulajadi di samping mengeratkan hubungan.

Sejarah Cherry blossom viewing parties

Sejarah Cherry blossom viewing parties atau Hanami ini bermula pada tahun 710 - 794 Masehi semasa di zaman Nara. Namun pada tahun 794 - 1185 ianya mula menarik perhatian ramai.

Tempat menarik melihat Cherry Blossom viewing parties

Himeji Castle Cherry Blossom

Apa yang menariknya di Istana Himeji ini? Ok, Abe We nak cerita sedikit. Abe We pun bukanlah tahu sangat. Tapi ini berdasarkan info yang Abe We kumpulkan.

Istana Himeji ini di kelilingi oleh beratus-ratus pokok sakura di dalam dan juga di luar istana. Acara atau festival Cherry Blossom ini di lakukan di dalam dan juga di luar istana. Bagi mereka yang ingin mengikuti festival ini di dalam istana, bayaran masuk akan di kenakan kepada pengunjung. Pengunjung juga perlu datang awal bagi  mendapatkan tempat kerana beribu-ribu orang datang di Istana Himeji.

Lokasi Istana Himeji

Pemandangan sekitar Istana Himeji

Berikut adalah antara pemandangan di sekitar Istana Himeji semasa festivel Cherry Blossom.

 

 




Pengunjung juga di persembahkan dengan acara  pukulan gendang tradisional Jepun semasa berlangsungnya festival ini.


Tempat menarik lain melihat Cherry blossom

Selain Istana Himeji, terdapat beberapa tempat yang menarik untuk kita menikmati hanami ini:-

1. Takada Park di Joetsu city, Niigata


Di Takada Park, kita boleh menikmati hanami di waktu malam. Di dalam Takada Park ini, terdapatnya Istana Takada yang di terangi oleh 3000 biji tanglung yang tergantung pada 4000 pokok Sakura.

2. Hirosaki Park


Hirosaki Park juga merupakan tempat yang menarik bagi menikmati hinami. Di dalamnya juga terdapat Istana Hirosaki. Terdapat lebih kurang 2600 pokok sakura di sini.


Doa-doakan lah ye agar impian Abe We untuk ke Jepun termakbul. Amin....

Jom ramai-ramai kita book tiket AirAsia bersempena dengan promosi AirAsia Free Seats!. Pelbagai tempat menarik harus kita pergi. Jom!!!


sumber:

AirAsia Free Seats!

Serlahkan Kecantikan Kejelitaan Dengan Helenz Signature


Anda ingin kelihatan lebih anggun bergaya di Aidil Fitri ini? Anda mempunyai kulit muka kusam?Malu dengan masalah jerawat anda? Jika anda ada masalah itu,


jangan pergi dari sini


Jawapannya ada di sini!!


Lihat apa yang terjadi pada kulit muka mereka ini. Semakin bersinar dan berseri.

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature

Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Logo Helenz Signature

Memperkenalkan Madeena Skincare by Helenz Signature. Produk yang disahkan Halal, mendapat jaminan KKM dan juga diformulasikan dengan teknologi terkini dengan menggunakan bahan semulajadi.



Manfaat Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Madeena Skincare by Helenz Signature mempunyai pelbagai manfaat yang mampu:-
  1. Mencerahkan dan Melembapkan Kulit
  2. Mengecutkan Jerawat dan Menghilangkan Jeragat
  3. Menghilangkan Whitehead dan Blackhead
  4. Menghilangkan Kulit Kusam dan Tidak Bermaya
  5. Menghilangkan Kesan Lebam di Bawah Mata
  6. Menyingkirkan Minyak Berlebihan Pada Wajah
  7. Merawat Tekstur Kulit dari Dalam
  8. Melindungi Kulit Muka dari sinaran terus UV
  9. Menghilangkan Garis-Garis Halus dan Kedutan Pada Wajah
  10. Menjadikan Wajah Lebih Cantik, Berseri dan Tampak Muda!

Harga Madeena Skincare by Helenz Signature

Dengan hari raya yang akan datang tidak lama lagi, marilah kita mempersiapkan penampilan kita. Helenz Signature mampu menambahkan seri muka anda di samping meningkatkan kejelitaan wajah anda.

Harga yang ditawarkan oleh Helenz Signature amat berbaloi. 5 in 1 complete set dengan harga RM150 dan mampu menaikkan seri muka anda. Ianya sangat BERBALOI

Khas untuk pembaca blog wayneharraz.com yang disayangi, saya ada sesuatu yang ISTIMEWA untuk anda di bawah ini. Teruskan membaca!

Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Madeena Skincare by Helenz Signature

Testimoni Madeena Skincare by Helenz Signature


Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
Testimoni Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan

Voucher Percuma


Seperti yang saya katakan tadi, saya ada sesuatu yang ISTIMEWA untuk anda! Saya ada kuota voucher diskaun RM20 untuk mereka yang pertama kali ingin mencuba Helenz Signature. Harga biasa ialah RM150. Selepas tolak diskaun, jadi RM130 sahaja. SANGAT BERBALOI!! Dengan harga tersebut, boleh dapat 5 in 1 Helenz Signature Skincare Set berserta Free Poslaju.

Namun, anda harus tahu, voucher ini Khas untuk 5 Pembeli terawal Sahaja. Anda harus cepat bertindak.. Jangan sampai HQ reply 'Maaf, kupon diskaun dah habis'. 

Whatsapp kod ini sekarang: HSD130 dan hantar ke 013-3155 373

Jom jadi yang terawal untuk mendapatkan diskaun Khas ini.

Helenz Signature, Menyempurnakan Kejelitaanmu....

Jadi, apa tunggu lagi?

Cara pembelian Madeena Skincare

Pembelian boleh di buat terus dengan menghubungi:

1. Helenz Signature HQ
013-3155373 (Aishah) (Whatsapp/call)

2. Facebook page

3. Instagram

4. Website

Agent & Stokis diperlukan

Disamping wajah anda menjadi lebih cantik dan berseri, anda juga boleh menjana pendapatan bersama Helenz Signature. Jom Whatsapp segera ke 013-3155373 (Aishah)


Testimoni Helenz Signature Produk Kecantikan Madeena Skincare Terbukti Berkesan
As seen on

Nantikan juga kemunculan

MADEENA SKINCARE
by
HALENZ SIGNATURE
pada 
13 JUN 2015
didalam
NASI LEMAK KOPI O




Image and video hosting by TinyPic

Serlahkan Kecantikan Kejelitaan Dengan Helenz Signature


carian di sini



Subscribe Our Newsletter