Review Aku Penghibur | Penghibur di kala sepi

Review Aku Penghibur | Penghibur di kala sepi

Review Aku Penghibur | Penghibur di kala sepi


Aku penghibur? Adakah ianya website tentang filem? Atau muzik?

Ya, itulah persoalan jika kita lihat di sebalik domain akupenghibur.com. Unik dan versetail. Mungkin juga, bila melihat nama domain ini, tanggapan pertama kita ialah ialah sebuah web yang berasaskan hiburan. Tapi hiburan apa yang cuba di sampaikan?



Aznil Hj Nawawi

Aku Penghibur bukanlah sebuah nama yang asing dalam dunia Blogging. Nama yang tercipta hasil dari kata-kata Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengatakan "awak boleh jadi penghibur yang baik". 

Pemilik yang mesra disapa acik ini selalu memberi tunjuk ajar kepada blogger yang masih hijau terutamanya tentang pentingnya ilmu untuk mengendali sebuah blog. Sebagaimana kata pepatah cina, 'jika mahu kuda yang laju berlari, berilah makan rumput yang berkualiti.' Acik berpendapat, untuk menjadi blogger yang baik harus bersedia untuk menerima kritikan, punyai semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif dalam penulisan.

Doa seorang ibu

Disebalik kejayaan dalam dunia Blogging achik sebenarnya ia adalah dari doa seorang mak dan keluarga yang tiada henti, sokongan dari kawan-kawan reality dan maya serta pembaca di blog. Achik juga seorang yang 'low profile' 

Ramah dan berbudi bahasa


Secara peribadi pula, Acik seorang yang ramah dan berbudi bahasa sehingga menyebabkan dia sering menjadi rujukan kami di EFG. 'Makan seorang' tiada dalam kamus hidup dia. Idea-idea bernas dan kritikan yang diluahkannya cukup berguna, bagai kata-kata seorang abang kepada adik. Bukan terlalu menghormati,tetapi blogger beginilah yang patut dijadikan role model, dahlah comel, boleh jugak bawak bergurau dan tegas pada masanya!

Jika tiba-tiba, dalam satu hari tu, anda macam tak tahu nak buka web apa. Cubalah pergi ke akupenghibur.com. Pelbagai input menarik yang boleh kita dapat.

Entri terbaik

Antara entri yang menarik di dalam blog akupenghibur ialah Sanggup Buang Emak,Buang Ayah Yang Sudah Tua
Ibu..Beliau menjadi jururawat, tukang masak, pembantu rumah, pemandu , guru, dan rakan yang terbaik. Beliau yang berjuang untuk anaknya, menangis demi anaknya, meletakkan dirinya untuk anak, berharap yang terbaik untuk anak dan kadangkala menjadi tidak tentu arah apabila kerisauan terhadap si anak. Tetapi, dia tidak pernah meminta sebarang balasan dari si anak kerana si ibu terlalu sayangkan si anak

Pemenang Malaysia Social Media Week 2015

Aku penghibur juga telah memenangi kejuaraan berganda di dalam Malaysia Social Media Week 2014 & 2015



Untuk bersaing dan memenangi anugerah ini memerlukan kerja kuat dan perlu bersaing dengan nama-nama besar lain dan ianya memerlukan pengorbanan.




Share this:

Disqus Comments