">

Mencari entri blog yang hilang

/
7 Comments

Mencari entri blog yang hilang

Assalamualaikum dan Salam sejatera. Bertemu kita lagi di dalam kelas Abe We. Kelas kali ni belum ada nama lagi macam Dapur Abe We.

Kali ni, Abe We akan cuba menolong rakan EFG iaitu +aswaleyla@gmail.com yang mengalami masalah hilang entri di blognya akibat tersalah delete semasa menukar template blog.

Cara-cara mencari entri blog yang hilang

Apabila entri kita telah di publish di internet, maka, entri kita masih ada berlegar-legar di ruangan maya walaupun kita tertekan butang delete di dashboard blog kita.

Untuk itu, apa yang kita perlu lakukan ialah:

1. Taipkan nama url blog kita di kotak carian google. Apabila jumpa, pergi ke arah anak panah (seperti di dalam gambar di bawah) klik, dan akan keluar Cached dan juga Similar. Sila tekan Cached.


2. Setelah tekan Cached maka akan keluar blog kita dengan template lama.


3. Perhatikan. Pada template baru, hanya ada beberapa entri sahaja. Namun pada template lama, ada banyak entri yang telah hilang pada template baru.


4. Untuk memulakan pencarian, kita pergi ke template lama tadi dan highlightkan entri yang kita cari dan tekan copy.

5. Kemudian kita paste di kotak carian google dan akan terpampang seperti di bawah dan kita akan lakukan sama seperti pada Langkah 1 tadi. 


6. Setelah kita tekan Cahced, akan keluar entri lama kita dan kita boleh copy dan paste semula ke dalam blog kita.


Langkah-langkah di atas tidak di jamin 100% berjaya. Tetapi sekurang-kurangnya kita berjaya mendapatkan 90% daripada entri yang hilang.

Akhir kata,

                   membangun bersama EFG
                   Abe We comel dan kacak sekali

Sekian sahaja kelas kita.


Image and video hosting by TinyPic


You may also like

7 comments:

  1. maksudnya kena copy satu per satu entry yg hilang tu..edit masuk mcm buat entry baru..camtubke...aduss lembabnya otak kau hari ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah pcl. copy 1 per 1 url. lepas dah jumpa. copy keselurahan content dan paste di dalam post entry.

      Delete
  2. nak cari entri-entri purba memang leceh, tapi sayanglah kalau hilang ditelan maya.


    membangun bersama EFG,
    Fendi kacak sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen abang FR memang win yang akhir tu. Ihiksss

      Delete
  3. abe we comel dan kacak 100 kali.tq tq tq . untung ade efgiers

    ReplyDelete
  4. Banyak kerja, tapi dapat balik juga entry-entry lama. TQ Abe We tak kacak

    ReplyDelete