Cara beli domain NetKL dan pasang di blog

Cara beli domain NetKL dan pasang di blog

Cara beli domain NetKL dan pasang di blog

Setelah berjaya memasang domain .com secara sendiri, Abe We sekali lagi mahu berkongsi cara membeli domain di NetKL dan juga cara memasangnya di blog. Selain dari Abe We buat sendiri, Abe We juga ikut tutorial dari tojiali.com. Tetapi kali ini, Abe We buat tutorial lebih padat sikit dan menggunakan/meminjam sumber dari tojiali.com.

Untuk pengetahuan harga domain ialah RM35. Manakala kos pemasangan oleh pihak NetKL ialah RM3. Ianya adalah optional. Yang mana kita perlu membayar RM35 dahulu bagi pengaktifan domain. Manakala RM3 untuk mereka yang tidak mahu peningkan kepala untuk set up domain secara sendirian.

Perlu di ingatkan juga, setelah membuat bayaran, emailkan bukti pembayaran. Dan apabila NetKL telah terima email kita dan dia akan hantar email sekali lagi menyatakan domain kita telah aktif, kita perlu membalas email itu dengan menyatakan kita mahu pasang di blog. NetKL akan memberikan nombor ip yang perlu kita gunakan dalam tutorial ini.

Hanya perlu ikuti langkah-langkah di bawah ini.

Cara beli domain NetKL

1. Masuk ke laman web NetKL dan klik Domains.


2. Masukkan nama blog kita


3. Kalau nama blog kita masih belum berpunya, klik Order Now.


4. Terus klil update cart sahaja. Atau boleh juga bayar RM10.00 untuk id protection. Ikut bajet anda.


5. Klik Checkout


6. Masukkan detail anda dan klik Complete Order


7. Cek email anda.


NetKL akan menghantar invois. Anda perlu bayar melalui bank yang di nyatakan di website mereka.


8. Apabila anda sudah membuat pembayaran, masuk balik ke website NetKL dan log in.


9. Pergi ke Submit Ticket yang berada di sebelah kanan.


10. Pilih Sales dan klik.


11. Masukkan subject (payment proof for namadomainanda). Di kotak Related Service, pilih opsyen Domain - namadomainanda.com. Masukkan bukti pembayaran dan klik submit.


12. NetKL akan menghantar email menyatakan anda telah membuat pembayaran.


13. Satu email akan di hantar sekali lagi dengan menyatakan domain anda telah aktif. Apa yang anda perlu buat ialah balas email ini dengan menyatakan anda ingin setting domain di blogspot. Anda perlu balas email ini. Kemudian anda perlu klik pada nombor 2 di dalam gambar itu.


14. Setelah itu NetKL akan membalas email anda dengan memberi email seperti ini.


15. Pada cara ke 13 tadi, setelah kita klik pada nombor 2, akan keluar seperti ini. Jika anda tidak boleh log in, anda perlu klik forgot your password dan cek email anda. Setelah anda set up password baru, masukkan alamat emal dan password baru di sini.


16. Setelah berjaya log in, pergi ke Manage Orders>List/Search Orders


17. Akan terpapar seperti di gambar bawah ini dan klik pada nama domain anda.


18. Skroll ke bawah dan cari Manage DNS


19. Lepas tu, akan keluar satu pop-up. Klik pada Add a Record. (Note *)

register domain name netkl

Dia akan keluar macam ni.

register domain name netkl

Untuk ruang Host Name, biarkan kosong. Biarkan nilai default pada TTL. Untuk IPv4 Address, masukkan 216.239.32.21

Tekan Add Record.

Kemudian ulang langkah 19 degan Tekan lagi Add A Record macam dalam langkah yang ditanda (Note *) di atas.

Masukkan nombor IP seperti di langkah 14 di Destination IPv4 Address berikut:

216.239.34.21
216.239.36.21
216.239.38.21

20. Selepas itu akan kelihatan seperti ini setelah anda memasukkan ke semua nombor ip tadi

register domain name netkl

21. Seterusnya klik pada CNAME Records. Klik pada Add CNAME Record. (Note **)

register domain name netkl

Untuk ruang Host Name taip www
Untuk Value, tick pada pilihan kedua dan taip ghs.google.com
TTL biarkan default macam tu.
Klik Add Record.

register domain name netkl

Cara pasang domain di blog


22. Sekarang pergi ke blog yang korang nak setkan domain name. Klik pada Settings, pilih Basic dan klik +Add a custom domain.

register domain name netkl

23. Masukkan alamat domain yang telah korang beli dan klik Save. Maka akan keluar la error seperti di bawah. Relax, jangan panik. Sila catit kod 1 dan kod 2 seperti di dalam gambar di bawah kerana kita perlu isi kod ini di langkah 21. 

register domain name netkl

PENTING
>>Pergi balik ke langkah 21 yang ditanda (Note **). Klik Add CNAME Record.
Kalau tadi kita masukkan www dan ghs.google.com, kali ni kita masukkan kod 1 dan kod 2 pula.

24. Pergi semula ke blog. Masukkan sekali lagi domain anda. Tetapi kali ini, masih juga keluar error. Jangan bimbang. Ini kerana domain anda belum di aktifkan lagi. Ia mengambil masa paling cepat 15 minit dan paling lambat 3 jam. Selepas 3 jam barulah ia aktif.

register domain name netkl

25. Selepas 3 jam, buka balik Setting>Basic dan masukkan sekali lagi domain anda. Kemudian klik save. Setelah klik save, klik edit dan tick Redirect namadomainanda.com ke www.namadomainanda.com seperti di bawah.

register domain name netkl

Share this:

Disqus Comments