Breaking


carian di sini



Wednesday, 27 May 2015

Friday, 22 May 2015

18:00:00

Kacak berseri dengan baju EFG

Kacak berseri dengan baju EFG

T-shirt rasmi EFG

Berhati-hati jika anda ternampak seseorang memakai T-shirt seperti di bawah. Ini kerana berkemungkinan 99% orang itu seorang yang kacak berseri. Heheeee


Setelah hampir 5 bulan penubuhan EFG atau dalam erti kata lain Exchange Feed Group dan berkat bersatu padu ibarat peluru berpandu, ahli EFG kini sudah mempunyai t-shirt yang menonjolkan  url blog masing-masing.


Usaha keras pengetua EFG merangkap ketua wanita cawangan iaitu +irra yyan dan usaha lembut dari ahli EFG yang lain, maka salah satu objektif utama EFG tercapai.

Objektif lain pula yang bakal di capai ialah sambutan majlis hari jadi Abe We (muahahahahaha). Gurau je.

Objektif selepas ini ialah majlis gathering barangkali yang akan di atur pada suatu tarikh yang masih belum di kenalpasti.

Bagi yang mempunyai niat dan cita-cita untuk membuat baju seperti ini, boleh hubungi +irra yyan  untuk sebarang urusan.





Image and video hosting by TinyPic
11:00:00

Review SayidahNapisah | Awek terlampau

Awek Terlampau

Review SayidahNapisah | Awek terlampau

Membaca tajuk Abe We pagi ni, memang kontroversi. Kenapa Abe We berkata begitu? Ikuti kisah ini.

awek cute

memburucintamu


Bermula dengan nama blog yang masih mumaiz, memburucintamu.blogspot.com dan tajuk blog pula Love Choc, agak membingungkan pembaca. Jika kita baca dan teliti, tajuk blog memburu cintamu, berkemungkinan penulis blog ini telah putus cinta dan berkemungkinan blog ini berkaitan cinta. Dan kenapa pula tajuk blog ini Love Choc? Membingungkan bukan?

Cita-cita


kim jong kookMenggelarkan dirinya sebagai Kak Cik, Sayidah Napisah seorang yang bercita-cita besar walau tubuhnya agak comel. Bercita-cita untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah ataupun Universiti, cita-cita Kak Cik yang paling besar dan jarang-jarang penduduk Malaysia dapat mengotakan cita-cita mereka iaitu berkahwin dengan Kim jongkook. 


Running Man


Siapakah Kim jongkook ini? Peminat Running Man mesti 200% kenal dan Kak Cik juga sering memuatnaik siri Running Man di blog nya dan antara link nya ialah http://www.sayidahnapisah.com/2015/05/eng-sub-running-man-ep-247-download.html.

Motto menulis blog


Berblogging seawal umur 17 tahun, motto utama Kak Cik di dalam dunia blog ialah untuk menyampaikan maklumat yang berguna dan bermanfaat kepada pembacanya.

Sayidah Napisah

Matematik


Bagi yang tidak tahu, Kak Cik sedang melanjutkan pelajarannya di dalam bidang Matematik dan dia memang cintakan Matematik! Matematik antara subjek yang di kelaskan sebagai subjek susah semasa kita di peringkat persekolahan, namun Kak Cik membuktikan bahawa Matematik itu sebagai suatu cinta sejati yang mengelilingi dan mendampingi kita seharian. Persoalan juga bermain di fikiran Abe We jika Kak Cik sudah berkahwin. 

"Adakah Kak Cik akan menjadi seorang yang calculative?"

Di harap Kak Cik boleh menjawab persoalan ini........

Pelajar Cemerlang

Kak Cik Matematik kita ini seorang pelajar cemerlang di kolejnya. Namun sikap merendah diri menebal di dalam dirinya.

sayidahnapisah.com


Selepas bertahun Kak Cik menggunakan url blog memburucintamu, akhirnya Kak Cik menukar kepada satu nama yang feminin sesuai dengan penampilannya iaitu Sayidahnapisah.com

Jawapan daripada persoalan tajuk Abe We ialah KC seorang yang terlampau mengaku Comel untuk di sesuaikan dengan KC iaitu Kakcik Comel. Nyampah nyah!! Selain itu, Kak Cik juga penggemar coklat dan sebab itu tajuk blognya Love Choc.



Image and video hosting by TinyPic
08:00:00

Fabulous Friday : Hidup Ini Bernafaskan Cinta Kasih

HIDUP INI BERNAFASKAN CINTA KASIH

Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Perkataan rahmat yang digunakan dalam bahasa kita berasal dari bahasa Arab. Rahmah dari katarahima yang bermaksud kasih atau kasihan belas. Dari perkataan ini lahirnya perkataan rahim (womb), perkataan ar-Rahman dan ar-Rahim dari akar rahima ataupun rahmat dalam bahasa kita dan lain-lain lagi.

love

Hidup ini dibina atas cinta dan rahmat. Tanpa cinta dan kasih hancurlah kehidupan. Justeru surah-surah dalam al-Quran kesemuanya –kecuali Surah at-Taubah- bermula dengan basmalah iaitu ‘dengan nama Allah ar-Rahman (Yang Maha Pengasih) Lagi ar-Rahim (Maha Penyayang)’. Hubungan Tuhan dengan manusia serta alam keseluruhannya berasaskan cinta dan kasih. Hubungan manusia dengan Tuhan juga berasaskan cinta dan kasih. Mencintai Tuhan adalah asas dalam keimanan. Sesiapa yang membenci Tuhan maka dia tidak beriman.

Dakwah Atas Rahmat

Tuhan jadikan belas kasih dan sayang sebagai asas kehidupan yang sejati. Ketika membicarakan tentang Nabi Muhammad s.a.w, Allah menyebut: (maksudnya)
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) dia pula kepada orang-orang yang beriman sangat belas sayang dan sangat rahmat (kasih) (Surah at-Taubah, 128).
Ertinya, dakwah Nabi s.a.w tidak bermula kebencian kepada mana-mana kumpulan yang tidak melancar permusuhan kepada ajaran Allah. Tidak seperti anggapan bahawa kebencian adalah asas hubungan antara muslim dengan Barat ataupun Timur, dengan Yahudi ataupun Kristian, dengansecularist ataupun agnostic ataupun selain mereka. Asas hubungan muslim dengan pihak lain bukan dengan slogan ‘permusuhan’ ataupun ‘kebencian’ seperti yang difahami oleh sesetengah pihak. Sebaliknya ia berasaskan misi Nabi s.a.w : (maksudnya)
“Kami (Allah) tidak utuskan engkau (Wahai Muhammad) melainkan rahmat untuk sekelian alam” (Surah al-Anbiya 107)

Suami Isteri

Hubungan suami isteri dibina atas cinta dan rahmat. Ia tidak dibina atas selera seks semata tanpa rasa kasih dan rahmat. Tidak juga atas kehendak wanita yang mahukan nafkah dan tempat tinggal semata. Jika hanya atas selera seks, atau atas keperluan untuk makan dan pakai ataupun kepentingan yang lain tanpa ikatan cinta dan rahmat, kehidupan suami isteri tidak akan bahagia. Itu sebenarnya hubungan untuk mengambil kesempitan atas kepentingan tersendiri antara pasangan. Akhirnya ia akan melahirkan rasa tidak puas hati dan kebencian. Rasa cinta dan kasih simpati dalam hubungan pasangan adalah fitrah alam ciptaan Tuhan. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan di antara tanda-tanda kebesaranNYA, bahawa Dia menciptakan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang mesra dengannya, dan dijadikannya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan rahmat (belas kasihan). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berfikir”. (Surah ar-Rum, 21)
Sesiapa yang kononnya mencintai ataupun dicintai pasangannya hanya kerana kedudukan ataupun hartanya maka sesungguhnya dia sedang hidup di luar dari ‘natural design’ yang Tuhan tetapkan untuk kehidupan pasangan suami-isteri. Sesiapa yang disayangi kerana harta ataupun kedudukannya semata, hakikatnya dia tidak disayangi ataupun dicintai tetapi sedang dikhianati. Apabila kedudukan dan hartanya hilang, maka dia akan melihat kepalsuan kehidupan.
Maka isteri yang hanya mementing harta dan pangkat dalam hubungan, bukanlah isteri dalam ertikata sebenar. Dia tidak patut menduduki tempat ‘seorang isteri’ dalam kehidupan seorang lelaki. Isteri yang seperti itulah yang telah merosakkan reputasi ramai pemimpin dunia ini. Wanita yang seperti itu patut ‘dipecat’ dari kerusi isteri.
Begitulah juga jika sesiapa yang memiliki suami yang hanya mahukan seks semata, tanpa memberikan belaian kasih sayang. Tubuh diratah rakus, disetubuhi sepuasnya tapi dalam masa yang lain dimaki hamun, ataupun dipukul dan dihina semahunya. Lelaki yang seperti itu tidak layak menduduki tempat sebagai suami dalam kehidupan. Jika seorang wanita memiliki suami seperti itu, dia sepatutnya menggunakan peruntukan syarak seperti khulu’ dan fasakh agar lelaki seperti itu tidak hadir dalam hidupnya dan tidak lagi menjamah tubuhnya. Andainya ada pegawai yang menasihati ‘jangan minta cerai, sabar!’ itu menunjukkan dia pegawai agama yang malas membuka fail, ataupun jahil tentang tabiat penciptaan kehidupan yang Allah jadikan. Sabda Nabi s.a.w mengherdik lelaki seperti ini dengan menyatakan:
“Sengaja seseorang kamu memukul isterinya bagaikan hamba sahaya kemudian menyetubuhinya di waktu lain” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ibu bapa

Hubungan antara keluarga juga hendaklah atas cinta dan belas kasih. Seorang anak hendaklah dibesarkan atas belas kasih, bukan kebencian ibubapa. Untuk itu dalam al-Quran, Allah mengajar kita berdoa kepada kedua ibubapa dengan menyatakan (maksudnya)
“Katakanlah: Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua seperti mereka mendidikku semasa kecil” (Surah al-Isra, 24).
Walaupun arahan ini ditujukan kepada anak, tetapi ia pengajaran buat ibubapa agar mendidik anak dengan belas kasihan. Jika ibubapa tidak mendidik anak dengan belas kasihan semasa kecil, maka bagaimana mngkin doa ini akan sesuai untuk mereka nanti?!
Bapa ataupun ibu yang zalim, memukul ataupun menyeksa anak dengan cara yang salah adalah manusia yang tidak layak memikul gelaran ibu ataupun bapa. Ibu bapa yang menengking anak bukan pada tempatnya atau memaki hamun anak dengan bahasa yang buruk dan jelik bukan pendidik yang layak mendapat doa al-Quran tadi. Mereka inilah yang merosakkan masa depan dan kehalusan budi serta akhlak anak-anak. Hubungan asal anak dan ibubapa yang berasas cinta dan rahmat bertukar menjadi dosa dan kebencian.
Maka tidak hairan jika ibubapa yang cuai itu dilupai oleh anak mereka apabila dewasa nanti. Perbuatan melupai ibubapa itu tidak baik, tetapi kehilangan rahmat akan menghilangkan segalanya. Apabila melihat Nabi s.a.w mencium cucu baginda al-Hasan bin ‘Ali, Al-Aqra’ bin Habis berkata bahawa dia mempunyai sepuluh orang anak, tiada seorang pun dia pernah cium. Nabi s.a.w berkata kepadanya:
“Sesungguhnya sesiapa yang tidak kasih, dia tidak akan dikasihi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sahabat

Hubungan antara sahabat juga demikian. Sahabat sejati bukan sekadar kerana ada kepentingan tertentu, tetapi hubungan kasih dan rahmat. Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?”. Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan ruh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita”. Lalu baginda membaca ayat al-Quran: (maksudnya) “Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita” (Hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

Pemerintah

Hubungan rakyat dan pemerintah juga demikian. Ia bukan hubungan pihak yang kuat menentang pihak yang lemah. Bukan hubungan kuasa, cukai, harta dan ketaatan membabi buta. Ia hubungan kasih dan rahmat. Di atas kasih dan rahmat, ketaatan diberikan dan kuasa dilaksanakan. Sabda Nabi s.a.w
“Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang kamu cintai mereka dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka, mereka mendoakan kamu. Pemimpin yang jahat ialah pemimpin yang kamu benci mereka, mereka juga membenci kamu dan kamu melaknat, mereka juga melaknati kamu”. (Riwayat Muslim).
Marilah kita memastikan cinta dan rahmat itu sentiasa subur dan berkembang dalam masyarakat kita. Kita tidak boleh hidup dengan kebencian, kita hanya boleh dan wajar hidup dengan cinta dan rahmat. Kehidupan yang dibina atas kebencian hanya akan merosakkan fitrah insani yang Allah ciptakan. Kembali kepada syiar Nabi s.a.w: “Sesungguhnya sesiapa yang tidak kasih, dia pula tidak akan dikasihi”




Image and video hosting by TinyPic

Thursday, 21 May 2015

16:10:00

Teks ucapan perdana menteri bentang RMK11

Teks ucapan perdana menteri bentang RMK11



Teks ucapan perdana menteri bentang RMK11


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Teks ucapan perdana menteri bentang RMK11


Alhamdulillahi Rabbil A’lamin, wa bihi Nastai’n
Selawat dan Salam kepada Rasul Junjungan, Nabi Muhammad SAW, suri tauladan sepanjang zaman.

Tuan Yang Dipertua,

Saya dengan penuh ta’zim berdiri dalam Dewan yang mulia ini, untuk mengemukakan satu usul:

Bahawa Dewan ini,

Menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh;

Merestui usaha Kerajaan untuk meneruskan Dasar Transformasi Nasional atau DTN dalam merangka dan merencana Rancangan Malaysia ke 11 seterusnya;

Meluluskan pelaksanaannya bertunjangkan falsafah Dasar Transformasi Nasional dalam ikhtiar menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020, menurut Kertas Perintah 23 Tahun 2015; dan

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Ke-11, Dewan yang mulia ini menyeru agar semua pihak bersama-sama dan berusaha menjayakan matlamatnya.

Tuan Yang Dipertua serta Ahli-Ahli Yang Berhormat,

1. Beberapa hari yang lalu, kita baru sahaja meninggalkan bulan Rejab. Hari ini pula, Khamis 21 Mei, jatuhnya bersamaan 3 Syaaban 1436 Hijrah, pada salah satu bulan yang mulia, sampailah masa dan ketika yang ditetapkan oleh Allah SWT, bahawa, sebuah lagi dokumen penting lagi bersejarah akan dipersembahkan.

2. Sepertimana tercatat dalam kitab suci Al-Quran, Surah Ali-Imran Ayat 26 dan Ayat 54. Mafhumnya, naik turun atau jatuh bangun sesebuah kerajaan itu adalah dalam rahsia dan kekuasaan penuh Pemilik semesta raya, bukannya di tangan makhluk.

3. Begitulah juga, kemampuan manusia merancang, amat terbatas, kerana sebaik-baik Perancang adalah Tuhan seru sekalian alam.

Tuan Yang Dipertua,

4. Menyusur titian masa, semenjak tahun 1971 hingga 1990, kita telah melalui Dasar Ekonomi Baru atau DEB, dipelopori oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, yang mengutamakan pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

5. Di mana ketika itu, untuk mencapai sasaran sosio ekonomi yang lebih saksama, sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan dalam negara, yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama.

6. Kemudiannya, bermula tahun 1991, sampai kepada tahun 2000, diperkenalkan pula, oleh Tun Dr. Mahathir, Dasar Pembangunan Nasional yang berfokuskan pembangunan seimbang dan membawa kepada lahirnya Wawasan 2020.

7. Dalam pada itu, Dasar Wawasan Negara dilaksanakan, melewati tahun 2001 hingga 2010. Dasar ini pula, memberi penekanan kepada pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan dan mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif lagi makmur, menuju negara maju menjelang 2020.

8. Selanjutnya, dalam episod-episod bersilih ganti, diperkukuhkan lagi dengan beberapa gagasan dan misi nasional oleh Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tuan Yang Dipertua,

9. Sebelum itu, elok saya menjelaskan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, khususnya, dan rakyat dikasihi di luar sana, tentang pelbagai dokumen yang dibentangkan oleh pihak Kerajaan, sama ada dalam parlimen atau, di majlis-majlis rasmi.

10. Pertamanya, saban tahun, dalam dewan yang mulia ini, kerajaan usulkan bajet-bajet negara, yang diselaraskan oleh Kementerian Kewangan.

11. Manakala, kira-kira 3 minggu yang lepas, di Angkasapuri, saya telah menyampaikan Laporan Tahunan, merangkumi Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi.

12. Dokumen itu pula, diseliakan oleh pasukan PEMANDU, bersama kementerian-kementerian dan agensi yang berkaitan.

13. Rancangan Malaysia ini pula, ianya di bawah kelolaan Unit Perancang Ekonomi atau EPU. Untuk pengetahuan ramai, semenjak Unit ini ditubuhkan pada tahun 1961, tugas utamanya adalah untuk menyediakan Rancangan pembangunan negara.

14. Jadinya, jika dihimbau semenjak 5 dekad lalu, melalui 10 rancangan Malaysia, kerajaan Barisan Nasional telah menempa dan mencipta pelbagai ceritera kejayaan yang dapat diperbanggakan.

15. Ini bermakna, Alhamdulillah, negara bertuah ini telah mencapai kemajuan yang dikagumi, dan terus berada di jajaran yang betul serta kukuh.

Tuan Yang Dipertua,

16. Di sinilah, satu hal yang perlu difahami baik-baik, bahawa, kesemua dasar dan wawasan,… setiap satu rancangan,… adalah tali temali, saling kait berkait dan lengkap melengkapi antara satu sama lain secara konsisten sejak puluhan tahun yang lalu.

17. Ertinya,… adalah tidak benar, jika sesetengah pihak menuduh kononnya, dasar Kerajaan hari ini terpisah daripada dasar-dasar yang sebelumnya.

18. Dalam konteks ini, ingin saya tegaskan bahawa, segala perancangan,… gagasan dan dasar kerajaan Perikatan, membawa kepada Barisan Nasional,… sejak meraih kemerdekaan,… bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman ketika itu,… hinggalah kini, kita terus berkesinambungan dan beristiqamah pada landasan dan menuju matlamat yang sama.

19. Jelasnya,… bertitik tolak dari Rancangan Malaysia Pertama yang dilaksanakan oleh pucuk pimpinan Parti Perikatan selepas Pilihanraya Umum Malaysia yang pertama tahun 1964, sehinggalah Rancangan Malaysia Kesepuluh, kita telah mampu memperoleh pelbagai nikmat kejayaan.

Tuan Yang Dipertua,

20.Antara 10 pencapaian dan kisah yang boleh diperbanggakan sepanjang sepuluh Rancangan Malaysia yang lalu adalah,… Pertamanya,… pada tahun 1970 nilai KDNK adalah 71.1 bilion ringgit, berbanding pada tahun 2014, ia telah meningkat kepada 1.1 trilion ringgit.

21. Malaysia juga boleh berbangga, kerana telah berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi, antara yang tertinggi di Asia, yakni secara purata pada kadar 6.2 peratus setahun sejak lima dekad yang lalu.

22. Kedua, dari sudut struktur ekonomi, kita telah beralih daripada sebuah negara dominan sektor pertanian, dengan sumbangan 31.8 peratus kepada KDNK pada tahun 1970, kepada sebuah negara berasaskan pembuatan dan perkhidmatan, dengan sumbangan pada kadar 76.5 peratus kepada KDNK. Walhal, sektor pertanian telah menguncup kepada paras 9.2 peratus pada tahun lepas.

23. Ketiga, pendapatan bulanan purata isi rumah, juga meningkat lebih 20 kali ganda. Yakni, daripada 264 ringgit sebulan pada tahun 1970 kepada 6,141 ringgit sebulan pada tahun 2014. Manakala, pendapatan penengah atau median income sebulan pada tahun 1970 daripada 166 ringgit, telah meningkat kepada 4,585 ringgit sebulan tahun lalu.

24. Keempat, setakat RMK-10, sebanyak 76.1 peratus daripada isi rumah keseluruhan sudah memiliki kediaman. Bagi isi rumah miskin pula, 75.3 peratus telah berjaya mempunyai rumah sendiri.

25. Kelima, sehingga kini, 95.1 peratus daripada penduduk di seluruh negara, telah mendapat akses kepada bekalan air bersih, dan 97.6 peratus pula, mendapat bekalan elektrik.

26. Keenam, jika pada tahun 1970, hanya 75 peratus rakyat Malaysia boleh membaca dan menulis. Syukurlah, hal ini, kadar literasi telah meningkat kepada 98 peratus.

27. Ketujuh, sebanyak 27 peratus daripada tenaga buruh kini mempunyai pendidikan tertiari, iaitu meningkat empat kali ganda berbanding 6 peratus pada tahun 1980 ketika penghujung Rancangan Malaysia Ketiga.

28. Kelapan, kadar pengangguran telah menurun daripada 7.4 peratus pada tahun 1970 kepada hanya 2.9 peratus pada 2014.

29. Kesembilan, hak milik ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat pula, telah meningkat sebanyak 10 kali ganda, yakni, daripada 2.4 peratus pada tahun 1970, kepada 23.5 peratus pada tahun 2011.

30. Dan kesepuluhnya, kadar kemiskinan telah berkurang daripada 49.3 peratus pada tahun 1970, kepada hanya 0.6 peratus pada 2014 yang lalu. Jadinya, bersyukur kita bahawa, kemiskinan tegar telah berjaya dibasmikan.

Tuan Yang Dipertua,

31. Sebermulanya saya mengambil tampuk kepimpinan negara pada 3 April 2009, Kerajaan telah melakarkan Dasar Transformasi Nasional, sebagai falsafah teras kepada pentadbiran negara dihitung dari tahun 2011 sehingga 2020.

32. Dasar Transformasi Nasional ini, dirangka sebagai satu peta halatuju negara, dengan tujuan mentransformasi Malaysia secara tuntas dan holistik, demi melonjakkan kita sebagai sebuah negara maju, High Income Advanced Economy.

33. Ia berasaskan kriteria-kriteria antaranya, untuk mencapai pertumbuhan yang bersifat inklusif, sustainable, growth with equity, kompetitif, progresif, rakyat yang bersahsiah dan morally strong, dalam satu kehidupan masyarakat yang saling berpadu, mengamalkan pula kesederhanaan yakni wasatiyyah, berpaksikan kepada prinsip 1Malaysia.

34. Ringkasnya, kita mahu mencapai satu bentuk kecapan kemakmuran dan kejayaan negara kepada seluruh rakyat, di mana tidak ada mana-mana golongan pun yang akan berasa tercicir atau terpinggir.

Tuan Yang Dipertua,

35. Di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional inilah, lahirnya setakat ini 6 program. Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Politik, Program Transformasi Komuniti, Program Transformasi Sosial dan Program Transformasi Fiskal. Hari ini, satu lagi kertas mustahak, akan saya sampaikan, yakni Rancangan Malaysia Kesebelas.

36. Berhubung rapat dengan falsafah tunjang Dasar Transformasi Nasional yang saya takrifkan sebentar tadi pula, sebelum saya meneruskan dengan pembentangan, moleklah diberi gambaran, bagaimanakah yang dikatakan rupa wajah sebuah Malaysia yang maju itu kelak, pabila tiba penghujungnya Rancangan Malaysia Kesebelas ini.

37. Sebagaimana kita perlu faham, Rancangan Malaysia Kesebelas ini merupakan pelonjak akhir sebelum kita memasuki gelanggang negara maju. Pada waktu itu, kita seharusnya telah mencapai beberapa perkara seperti:

38. Pendapatan Negara Kasar per Kapita telah mencecah 15 ribu dolar Amerika. Dari piawaian antarabangsa, nilai ini telah menepati tahap pendapatan sebagai negara maju. Walaupun demikian, sesebuah negara maju tidak boleh hanya didefinasikan dari sudut pendapatan per kapita.

39. Ringkasnya, pada hemah saya, kita perlu membangunkan sebuah tamadun holistik, di mana masyarakatnya memiliki nilai-nilai tinggi, berakhlak, mencintai pula ilmu pengetahuan, rajin membaca, menghargai seni budaya dan warisan serta memiliki minda yang mencerminkan pula rakyat sebuah negara maju.

Tuan Yang Dipertua,

40. Makanya, melangkah ke hadapan, buat julung kali setelah menerima mandat daripada rakyat secara demokrasi pada pilihanraya umum ke-13 yang lalu, dengan kehendak dan izin yang Maha Berkuasa, saya bentangkan di sini, Rancangan Malaysia Kesebelas dengan Enam Strategi Tumpuan :

Pertama : Inklusiviti;
Kedua : Kesejahteraan Rakyat;
Ketiga : Modal Insan;
Keempat : Pertumbuhan Hijau;
Kelima : Infrastruktur; dan
Keenam : Inovasi dan Produktiviti

41. Bagi mempastikan Enam Strategi Tumpuan RMK-11 ini berjaya mencapai matlamatnya, game changers berikut, akan dilaksanakan sebagai pemangkin ke arah lonjakan yang signifikan bagi menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat secara inklusif.

Pertama : Meningkatkan Produktiviti;
Kedua : Menjana Kekayaan Melalui Inovasi;
Ketiga : Mempertingkat peratusan masyarakat kelas menengah;
Keempat : Menteraskan Pendidikan dan Latihan Teknikal atau TVET;
Kelima : Melaksana Pertumbuhan Hijau; dan
Keenam : Melabur di Bandar-bandar Berdaya Saing.

Tuan Yang Dipertua,

42. Merujuk strategi tumpuan inklusiviti, Kerajaan akan berikhtiar bersungguh-sungguh agar tiada golongan rakyat yang akan tercicir daripada menikmati manfaat kemakmuran dan pembangunan negara.

43. Adalah hakikat, di dunia ini, bagaimana maju pun sesebuah negara itu seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun, there will always be vulnerable groups, mereka yang berpendapatan rendah,… golongan gelandangan dan yang tidak mempunyai pekerjaan.

44. Selain daripada itu, Malaysia akan terus menangani golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah yakni Bottom 40 percent, atau selepas ini saya akan sebut sebagai B40. Untuk makluman, menurut perangkaan, golongan B40 ini, kini adalah sekitar 2.7 juta isi rumah.

45. Oleh yang demikian, dalam tempoh Rancangan ini, kerajaan mensasarkan pendapatan purata isi rumah B40 meningkat daripada lebih kurang 2,500 ringgit sebulan pada tahun 2014 kepada lebih 5 ribu ringgit sebulan pada tahun 2020 kelak. Ke arah ini, Kerajaan akan mengambil usaha-usaha yang intensif antaranya merapatkan jurang pencapaian pendidikan dan kemahiran serta meningkatkan produktiviti.

46. Bahkan, kadar pekali Gini negara dijangka semakin mengecil daripada 0.401 pada tahun 2014, kepada 0.385 pada tahun 2020. Untuk makluman semua, dari sudut ekonomi, lebih kecil nilai pekali Gini, bererti kita makin berada dalam keadaan lebih baik, dengan pengagihan pendapatan yang lebih saksama di kalangan rakyat.

47. Bagi menangani kos sara hidup isi rumah B40 ini, inisiatif-inisiatif seperti Klinik 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia dan Kedai Agrobazaar Rakyat 1Malaysia akan terus dilaksanakan. Pelbagai lagi inisiatif baru akan dibuat dan diperkenalkan sepanjang tempoh Rancangan ini.

48. Pendapatan isi rumah B40 juga dapat dipertingkatkan melalui pendidikan dan kemahiran tinggi. Bagi yang berminat untuk berniaga pula, program sokongan keusahawanan akan ditambah baik khususnya, perusahaan mikro dan kecil.

49. Di samping itu, saya menyeru dan mahukan sektor swasta, terutamanya syarikat multinasional dan syarikat besar tempatan, supaya menyumbang kepada pembangunan golongan ini dengan cara menempatkan premis perniagaan atau kilang-kilang mereka, di kawasan majoriti penduduk B40.

50. Seperkara lagi, masyarakat kelas menengah seperti yang dihasratkan oleh kerajaan, dapat ditingkatkan saiznya daripada 40 peratus sekarang, kepada 45 peratus bila tibanya tahun 2020.

Tuan Yang Dipertua,

51. Dalam hal memperkasa komuniti untuk membina masyarakat yang produktif dan sejahtera, tentulah tumpuan akan diberikan kepada kanak-kanak, belia, warga emas, wanita dan kaum majoriti Bumiputera.

52. Bagi golongan wanita, peranan mereka bukan sahaja terhad kepada pembentukan keluarga yang bahagia tetapi juga menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi.

53. Kadar penglibatan tenaga kerja wanita akan meningkat daripada 54 peratus pada tahun 2014, kepada 59 peratus menjelang 2020.

54. Kerajaan juga akan terus melaksanakan dasar yang menentukan pembabitan wanita di peringkat pengurusan dan pembuat keputusan pada kadar 30 peratus di sektor awam dan swasta.

55. Kepada golongan belia pula, yang menjadi harapan dan aset penting negara, dengan Dasar Belia Negara yang baru, kerajaan mahukan potensi mereka dicapai sepenuhnya melalui pengupayaan, pendidikan dan latihan kemahiran, keusahawanan, sukan dan kesukarelawan.

56. Ke arah ini, seperti mana dalam Bajet 2015 yang lalu, Kerajaan telah mengumumkan cadangan pelaksanaan tiga projek perintis bagi 1Malaysia Youth City, iaitu di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan peruntukan sebanyak 100 juta ringgit.

57. Di bawah RMK-11 pula, 1Malaysia Youth City akan mempunyai ekosistem komprehensif, bagi membolehkan belia meningkatkan keupayaan dan memajukan diri dalam pekerjaan dan keusahawanan di samping menikmati kemudahan rekreasi, perumahan, termasuklah rumah transit.

58. Bagi golongan kanak-kanak pula, pusat penjagaan kanak-kanak berkeperluan khas akan diperbanyak. Sementara itu, bagi yang berumur 13 hingga bawah 18 tahun, dan tinggal di institusi kebajikan akan diberi peluang untuk mendapat pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional atau TVET.

59. Selanjutnya, sumbangan dan khidmat bakti yang telah ditabur oleh warga emas kepada negara ini akan senantiasa dihargai. Justeru, sebagai masyarakat penyayang dan prihatin, fasiliti penjagaan warga emas akan ditambah baik dan diperbanyakkan dari masa ke semasa sepanjang tempoh Rancangan ini.

60. Seterusnya, bagi golongan orang kurang upaya, kerajaan akan memperkukuh kesejahteraan mereka dengan memperluaskan lagi peluang pendidikan, latihan kemahiran dan keusahawanan kepada mereka.

61. Melalui Rancangan ini, Kerajaan dengan kerjasama sektor swasta mensasarkan penambahan 7 lagi pusat kehidupan berdikari baharu di seluruh negara, yang akan memberi manfaat kepada sejumlah hampir 11 ribu OKU.

62. Kerajaan juga komited mencapai sasaran penyertaan OKU untuk mengisi lebih 16 ribu jawatan dalam sektor awam melalui pertimbangan khas. Kini, seramai hampir 4 ribu OKU sedang berkhidmat dalam sektor awam.

Tuan Yang Dipertua,

63. Selaras dengan konsep inklusiviti, bagi mempastikan pertumbuhan ekonomi negara dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia tanpa mengira gender, etnik, status sosioekonomi dan kedudukan geografi, tumpuan turut diberikan kepada semua kumpulan etnik, sub-etnik dan kumpulan minoriti hatta rakyat Malaysia berketurunan Siam dan Portugis.

64. Antaranya, Program Skim Pinjaman Khas Kampung Baru Cina akan diteruskan dengan menumpukan kepada pinjaman mikro kredit.

65. Bagi masyarakat India pula, satu Blueprint yang menggariskan hala tuju pembangunan sosioekonomi mereka akan disediakan.

66. Untuk Orang Asli dan Bumiputera di Sabah serta Sarawak, tumpuan akan diberikan kepada pemberian hak milik tanah adat atau NCR bagi menggalakkan pembangunan tanah dengan teknologi moden melalui agensi kerajaan berkaitan.

67. Kepada masyarakat Melayu di perkampungan tradisi terutama nelayan dan petani serta isi rumah yang bekerja sendiri, akan disediakan kemudahan-kemudahan asas yang diperlukan termasuk memodenkan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan produktiviti serta pendapatan mereka.

Tuan Yang Dipertua,

68. Bercakap tentang pembangunan bandar dan luar bandar secara saling melengkapi, penyediaan prasarana asas luar bandar seperti jalanraya akan diteruskan, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

69. Kerajaan akan membina 3 ribu kilometer jalan berturap lagi di luar bandar bagi tempoh 2016 sehingga 2020. Akses kepada bekalan air dan elektrik di seluruh negara pula, akan dipertingkatkan kepada 99 peratus pada tahun 2020.

70. Bagi bekalan air bersih dan terawat melalui Projek Bekalan Air Luar Bandar pula, sukacita dinyatakan, lebih 10 bilion ringgit akan diluluskan.

71. Manakala, lebih 3 bilion ringgit lagi, turut diluluskan untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar. Ini,… akan memberi impak kepada hampir 40 ribu rumah.

Tuan Yang Dipertua,

72. Dari aspek pembangunan ekonomi wilayah, dalam tempoh 2011 sehingga 2014, lima koridor, iaitu Iskandar Malaysia, Koridor Pembangunan Sabah, Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Koridor Utara dan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak, telah berjaya menarik pelaburan komited sebanyak 307 bilion ringgit, dengan 57 peratus atau 175 bilion ringgit pelaburan. Jumlah pelaburan ini, menjana sebanyak lebih 427 ribu peluang pekerjaan.

73. Maka, untuk RMK-11 ini, kerajaan mensasarkan sebanyak 236 bilion ringgit pelaburan dan mewujudkan sebanyak 470 ribu pekerjaan lagi di kelima-lima koridor wilayah tersebut.

Tuan Yang Dipertua,

74. Berhubung hal pembangunan ekonomi wilayah juga, sukacita saya umumkan,… kerajaan akan mewujudkan Malaysia Vision Valley.

75. Malaysia Vision Valley ini yang terletak di bahagian barat Negeri Sembilan, meliputi Nilai, Seremban dan Port Dickson dengan cadangan kawasan seluas 108 ribu hektar.

76. Sebagai makluman, Malaysia Vision Valley ini merupakan satu lagi projek pembangunan bersepadu baharu, meliputi beberapa kluster strategik yang bertujuan untuk melengkapi pembangunan di Lembah Klang, khususnya di Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Tuan Yang Dipertua,

77. Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera pula, akan terus menjadi agenda nasional. Peratus Bumiputera kepada populasi negara kini, adalah 68 peratus berbanding 62 peratus 25 tahun yang lalu.

78. Maka dengan itu, inisiatif-inisiatif bagi Bumiputera bukan sekadar harus, tetapi wajib dilaksanakan. Kerajaan akan tetap memperjuangkan dasar-dasar Bumiputera, tetapi mestilah berasaskan meritokrasi sesama Bumiputera.

79. Seterusnya, ucapan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan pada 2013, kita komited dan berazam sepenuhnya, untuk mensasarkan kadar 30 peratus Pemilikan Ekuiti Bumiputera, berjaya dicapai menjelang 2020 nanti. Insya-Allah.

80. Seterusnya lagi, untuk meningkatkan pemilikan ekuiti korporat Bumiputera, sukacita saya ingin memaklumkan bahawa, pengeluaran wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera 2 akan dilancarkan, tertakluk kepada syarat penabungan minima.

Tuan Yang Dipertua,

81. Kesejahteraan rakyat adalah segala-galanya. Apa ertinya kemajuan tanpa sentosa dan bahagia mendatangi kehidupan.

82. Oleh itu, di bawah RMK-11 ini, tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan akan terus dipertingkatkan. Ke arah itu, antara inisiatifnya, bilangan katil di kedua-dua hospital awam dan swasta akan ditingkatkan sebanyak 25 peratus kepada 73 ribu katil pada tahun 2020.

83. Sasaran ini akan dicapai antaranya, menerusi pembinaan 6 hospital baru di Kemaman, Bentong, Baling, Pendang, Pasir Gudang dan Maran. Manakala, 2 buah hospital di Sabah iaitu Hospital Tawau dan Hospital Kota Marudu serta Hospital Miri di Sarawak akan dinaiktaraf. Selain pembinaan hospital baru, Kerajaan juga sedang giat menyiapkan hospital di Sri Aman, Sarawak.

84. Di samping itu, bagi menambahbaik akses kepada penjagaan kesihatan terutamanya di kawasan luar bandar, sebanyak 165 buah Klinik 1Malaysia akan dibina dengan kos sebanyak 33 juta ringgit.

85. Pada masa yang sama, lebih ramai pakar perubatan dan kakitangan kesihatan yang berkemahiran tinggi akan disediakan. Matlamat Rancangan ini, menjelang tahun 2020, nisbah doktor kepada penduduk dijangka meningkat kepada seorang doktor bagi setiap 400 penduduk.

86. Dalam perkara ini, sekalipun World Health Organization atau WHO, tidak menetapkan apa-apa nisbah khusus, namun sekadar perbandingan dan makluman, Ahli-Ahli Yang Berhormat, nisbah doktor kepada populasi kita kalau nak dibandingkan dengan negara Singapura 1 kepada 502, manakala di United Kingdom adalah 1 kepada 358. Ini adalah satu hal yang sungguh positif.

87. Bahkan, selain daripada perkhidmatan kesihatan awam kita yang hampir percuma, yakni bayaran hanya seringgit jika kita ke Hospital Kerajaan dan Klinik 1 Malaysia,…bagi rawatan pesakit luar.

88. Secara keseluruhannya lagi, WHO telah mengiktiraf bahawa, sistem perkhidmatan kesihatan di negara ini adalah antara yang terbaik di rantau Pasifik Barat.

89. Meskipun begitu, kita perakui hakikat bahawa kita masih perlu menangani kekurangan pakar-pakar perubatan khususnya, di kawasan-kawasan luar bandar.

Tuan Yang Dipertua,

90. Rumah tempat tinggal, dan bumbung tempat berlindung dari panas dan hujan, adalah antara 3 keperluan asas kehidupan kepada semua.

91. Seiring ini, bagi meneruskan agenda pemilikan perumahan rakyat, semenjak 2013, Kerajaan mensasarkan untuk membina 1 juta rumah mampu milik untuk rakyat.
92. Jadinya, bagi merealisasikan sasaran tersebut, pembinaan perumahan mampu milik kepada rakyat dibuat melalui kerjasama antara kerajaan negeri dan sektor swasta antaranya, menerusi program PR1MA, Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia, Projek Perumahan Rakyat dan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia.

93. Daripada jumlah 1 juta unit rumah yang dihasratkan tersebut, sebanyak 182 ribu unit rumah dijangka dapat disiapkan sepenuhnya pada akhir tahun 2015. Di samping itu, kira-kira lebih 23 ribu unit telah disediakan oleh kerajaan negeri dan FELDA.

94. Jikalau, dalam tempoh RMK-10, sekitar 74,300 unit rumah mampu milik telah dibina oleh sektor swasta di pelbagai negeri, di bawah RMK-11 pula, sejumlah 653 ribu unit rumah lagi akan dibina juga oleh pelbagai pihak.

Tuan Yang Dipertua,

95. Sebagai satu program baru lagi, yang akan mengubah wajah rumah-rumah di kampung dan luar bandar, sukacita saya mengumumkan bahawa, satu program baik-pulih secara besar-besaran melibatkan sebanyak 400,000 rumah dalam tempoh Rancangan. Sebanyak 5,000 ringgit hingga 10,000 ringgit akan diperuntukkan kepada setiap rumah.

Tuan Yang Dipertua,

96. Sememangnya bidang sukan merupakan medium perpaduan yang sangat diminati dan popular di kalangan rakyat. Oleh itu, Kerajaan akan menggalakkan bidang ini demi melahirkan atlet-atlet jagoan dan bertaraf dunia seperti Dato’ Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Sazali Abdul Samad dan Pandelela Rinong.

97. Lantaran itu, bagi melahirkan lebih ramai atlet yang cemerlang, di bawah RMK-11, Universiti Malaya dipilih untuk menumpukan kecemerlangan dalam sukan badminton, manakala Universiti Teknologi MARA akan menumpukan kepada kecemerlangan sukan bola sepak.

98. Di samping itu, Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari, di Gambang Pahang, yang telah dilancarkan pada tahun 2014 akan terus diperhebat demi mempastikan pembangunan pemain, kejurulatihan, kemudahan dan pertandingan secara berterusan, dilaksanakan pada peringkat usia muda.

Tuan Yang Dipertua,

99. Kemajuan juga bererti berkembangnya kesenian, kebudayaan dan ketamadunan. Sebab itulah, RMK-11 turut mementingkan golongan karyawan dan penggiat seni tanahair.

100. Untuk itu, aktiviti kesenian akan dipergiat dengan menaik taraf Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan atau ASWARA, daripada tahap akademi kepada status universiti dalam usaha menghasilkan penggiat seni dan budayawan yang berkaliber. Sehubungan itu juga, industri kreatif akan terus dipergalakkan.

Tuan Yang Dipertua,

101. Modal insan adalah sumber terpenting kepada pembangunan negara. Maju atau mundurnya sesebuah negara bergantung penuh kepada kekuatan dan kehebatan nilai, kompetensi dan kemahiran insaniah.

102. Berhubung ini, sukalah saya maklumkan, melalui RMK-11 ini sejumlah 1.5 juta peluang pekerjaan baharu, bakal diwujudkan.

103. Antara langkah yang akan diambil ialah, menambah baik produktiviti buruh dan gaji, serta mempertingkatkan kecekapan operasi pasaran buruh.

104. Selanjutnya, pada akhir tempoh RMK-11 kelak, Kerajaan mensasarkan peningkatan produktiviti buruh pada kadar purata 3.7 peratus setahun, berbanding 2.6 peratus setahun pada RMK-10.

105. Dalam Rancangan ini, Kerajaan juga mensasarkan agihan pampasan pekerja kepada KDNK meningkat kepada 40 peratus, berbanding dengan 34 peratus pada tahun 2013. Maksudnya, jika sesebuah syarikat menjana 10 ribu ringgit, agihan yang diberikan kepada pekerja adalah secara puratanya 4 ribu ringgit.

Tuan Yang Dipertua,

106. Merujuk kepentingan dan kebajikan warga kerja, Kerajaan akan memperkenalkan Indeks Gaji Nasional sebagai petunjuk dan penanda aras kepada majikan dalam menetapkan gaji yang setimpal dengan produktiviti, kemahiran, kelayakan dan kepakaran pekerja.

107. Dalam pada itu, paras Gaji Minimum akan terus dikaji secara berkala berasaskan persetujuan tripartite, yakni pihak Kerajaan, majikan dan kesatuan pekerja.

Tuan Yang Dipertua,

108. Realitinya lagi, dalam menuju negara maju, kita memerlukan lebih ramai pekerja yang berkemahiran tinggi. Oleh sebab itu, Kerajaan mahu supaya lebih ramai pelajar yang mendapat pendidikan berbentuk kemahiran dan vokasional dilatih dan dilahirkan, yang jumlahnya kini hanya 25 peratus daripada tenaga kerja.

109. Rancangan ini bermatlamat melonjakkan jumlahnya kepada 35 peratus, supaya dapat beriring dengan graduan akademik dan profesional.

110. Sebab itulah, dalam mengatasi dan mendepani keperluan ini, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau TVET akan diperkasakan.

111. Ke arah ini, sukacita saya mengumumkan antara lain, 1 bilion ringgit akan diperuntukkan kepada Tabung Pembangunan Kemahiran, berbanding 500 juta ringgit pada tempoh Rancangan yang lalu.

112. Melalui program ini, lepasan TVET berpeluang untuk mendapat pekerjaan dengan kadar pendapatan nilai tambah yang tinggi dalam sektor-sektor seperti minyak dan gas, kejuruteraan penerbangan, perkapalan serta automotif.

113. Selain itu, Program Sistem Latihan Dual Nasional disesuaikan daripada model latihan TVET di negara Jerman yang 70 peratus kandungan latihan adalah berorientasikan apprenticeship. Ianya dijangka meningkatkan jumlah pelatihnya daripada 164 ribu kepada 225 ribu pelatih pada tahun 2020.

114. Sehubungan ini, bagi menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam program apprenticeship ini, Kerajaan bercadang memberi insentif berbentuk geran dan pengecualian cukai pendapatan.

Tuan Yang Dipertua,

115. Laginya, dalam ikhtiar meningkatkan kualiti penyampaian pendidikan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 sedang dilaksanakan dengan rapi.

116. Daya saing sesebuah negara bergantung kepada penguasaan kita dalam pendidikan STEM atau Science, Technology, Engineering and Mathematics. Begitu juga, pentingnya penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dan bahasa kebangsaan sebagai pengukuhan jati diri rakyat Malaysia.

117. Di samping itu, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi serta pendidikan agama dan moral adalah di antara subjek yang perlu diberi keutamaan.

Tuan Yang Dipertua,

118. Seperkara yang mustahak lagi, ingin saya nyatakan kepada Dewan yang mulia, dalam tempoh Rancangan,… kadar penyertaan murid dari peringkat prasekolah sehingga sekolah menengah akan disasarkan kepada 100 peratus enrolmennya menjelang 2020.

119. Untuk pendidikan rendah dan menengah juga, sejumlah sekurang-kurangnya 80 buah sekolah baru akan dibina di seluruh negara dalam tempoh 2 tahun pertama semasa Rancangan, meliputi antaranya 2 buah di Perlis, 2 buah di Melaka, 5 buah di Sabah dan 5 buah lagi di Sarawak.

120. Ini tidak termasuk sebagai contoh, dua buah Maktab Rendah Sains MARA yang akan dibina di Sik, Kedah dan Tanah Merah, Kelantan, serta sebuah sekolah menengah yang majoritinya Orang Asli di Sungai Siput, Perak yang sudah hampir siap binaannya.

121. Manakala, beberapa buah Sekolah Berasrama Penuh akan dibina, seperti di Keningau, Sabah dan Manjung, Perak.

122. Menyentuh pendidikan tinggi pula, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) merupakan antara strategi utama RMK-11.

123. Langkah ini dijangka dapat menyokong pencapaian sasaran 80 peratus graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian.

Tuan Yang Dipertua,

124. Berbicara tentang pertumbuhan hijau, pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Copenhagen 2009, Malaysia telah dengan secara sukarela mensasarkan pengurangan intensiti pelepasan gas rumah kaca atau Greenhouse Gas daripada KDNK, sehingga 40 peratus menjelang tahun 2020.

125. Sehingga akhir tahun 2013, Malaysia telah berjaya mengurangkan sebanyak 33 peratus intensiti pelepasan Greenhouse Gas daripada KDNK, hasil daripada pelaksanaan langkah mitigasi.

126. Di sudut ini juga, senario global warming yang berlaku di seluruh dunia telah mengakibatkan pelbagai bencana alam seperti banjir, hakisan pantai dan tanah runtuh. Ini telah menjejaskan aktiviti ekonomi serta punca pendapatan dan keselamatan rakyat.

127. Selain itu, untuk projek Rancangan Tebatan Banjir atau RTB, antaranya, Kerajaan akan melaksanakan RTB Sungai Kelantan secara bersepadu melalui pembinaan empangan Nenggiri dan Lebir.

128. Projek-projek lain termasuklah RTB Sungai Kuantan, Pahang, Sungai Moyog di Sabah, Sungai Perak dan Sungai Kemaman di Terengganu.

Tuan Yang Dipertua,

129. Pembangunan infrastruktur adalah tulang belakang dalam melonjakkan kemajuan negara serta kesejahteraan rakyat.

130. Rancangan ini menarik perhatian kepada antaranya beberapa pembangunan infrastruktur yang akan memberi impak tertinggi dalam mencapai status negara maju. Ini, termasuklah pembinaan lebuhraya, kemudahan MRT dan LRT, loji janakuasa elektrik, loji rawatan air, dan inisiatif jalur lebar berkelajuan tinggi.

131. Bagi pembangunan rangkaian jalan raya, Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 2,239 kilometer yang sedang dibina, akan meningkatkan hubung-jalin di Sabah dan Sarawak.

132. Manakala, Central Spine Road, yang menghubungkan Kuala Krai ke Simpang Pelangai Pahang dan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai akan menambah-baik hubung-jalin di Semenanjung Malaysia dan memangkin pertumbuhan di wilayah pantai timur.
133. Kemudiannya lagi, Lebuh Raya Pantai Barat yang dijangka siap pada tahun 2019, akan menyediakan akses yang lebih baik kepada penduduk pantai barat di Perak dan Selangor.

134. Juga, Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru dengan jarak 197 kilometer akan dilaksanakan.

Tuan Yang Dipertua,

135. Bagi pengangkutan awam juga, suka saya kongsikan, pembinaan Klang Valley Mass Rapid Transit Laluan Sungai Buloh ke Kajang, Laluan Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya dan LRT3, kesemuanya akan berlangsung dalam RMK-11.

136. Pembinaan High Speed Rail juga untuk makluman Tuan Yang Dipertua, yang akan menjajari Bandar Malaysia di Kuala Lumpur, hingga ke Jurong East di Singapura, akan dilaksanakan.

137. Kemudahan ini bakal mempercepatkan perjalanan KL ke Singapura, pada hanya 90 minit. Setelah siapnya projek ini kelak, akan meningkatkan manfaat ekonomi antara kedua-dua buah negara yang paling pesat membangun di rantau ini.

Tuan Yang Dipertua,

138. Berkait perkhidmatan jalur lebar pula, Kerajaan akan meningkatkan liputannya secara menyeluruh, melalui Inisiatif Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi atau HSBB2, dan Inisiatif Jalur Lebar Pinggir Bandar untuk menyokong pertumbuhan ekonomi.

139. Dengan ini, sukacita dimaklumkan, menjelang 2020, semua isi rumah di ibu negeri dan kawasan pertumbuhan berimpak tinggi, akan mendapatkan akses perkhidmatan jalur lebar berkelajuan 100 megabit sesaat.

140. Manakala, saudara-saudara kita di kawasan pinggir bandar dan luar bandar pula akan dapat akses perkhidmatan jalur lebar 20 megabit sesaat…dalam kata lain, lagi laju daripada rumah kita sekarang ini.

Tuan Yang Dipertua,

141. Seterusnya, loji-loji janakuasa elektrik baharu untuk menjana 7,626 Megawatt kuasa elektrik akan dibina. Antaranya adalah 3 buah projek loji janakuasa elektrik arang batu di Johor, Perak dan Negeri Sembilan serta 2 buah projek loji janakuasa elektrik gas di Pulau Pinang dan Johor.

142. Ini semua, dengan anggaran jumlah kos pelaburan sebanyak 28 bilion ringgit dan akan mewujudkan lebih kurang 35,000 jumlah peluang pekerjaan baharu.

Tuan Yang Dipertua,

143. Loji Rawatan Air Langat 2 pula adalah penting bagi menjamin bekalan air yang berterusan. Margin rizab bagi Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada masa sekarang adalah lebih kurang 4 peratus.

144. Bagi mempastikan margin rizab di antara 10 hingga 15 peratus seperti yang digariskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, pelaksanaan ini perlu disegerakan. Kelewatan pelaksanaan projek ini akan menyebabkan integriti bekalan air dan kesejahteraan rakyat Selangor serta Lembah Kelang terjejas.

Tuan Yang Dipertua,

145. Di sudut lain, perkhidmatan pembetungan bersambung pula disasarkan meningkat daripada 63 peratus kepada 80 peratus di bandar utama. Oleh itu, Projek Loji Rawatan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan di Kinta Barat, Papan, Perak,… akan dibina dengan anggaran kos berjumlah 2 bilion ringgit.

Tuan Yang Dipertua,

146. Berhubung sumber gas asli, medan gas yang sedia ada, khususnya di Semenanjung Malaysia semakin matang. Dari itu, kemudahan pengimportan gas asli perlu ditambah untuk memenuhi permintaan gas asli pada masa hadapan.

147. Lantasnya, Terminal Regasifikasi 2 sedang dibina di Pengerang, Johor sebagai tambahan kepada Terminal Regasifikasi 1 di Melaka, yang mula beroperasi pada tahun 2013.

148. Selain itu, pembangunan Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang akan terus dilaksanakan dengan pelaburan sebanyak 53 bilion ringgit pada 2016.

149. Selain daripada itu, projek infra utama yang akan dilaksanakan dalam Rancangan ini, termasuklah pembinaan lapangan terbang Mukah dan Lawas di Sarawak, pembesaran lapangan terbang Kota Bharu dan penambahbaikan Pelabuhan Kuantan. Terminal Padang Besar juga akan dinaiktaraf dalam merancakkan lagi kendalian kargo dari Selatan Thailand untuk dieksport melalui Pelabuhan Klang.

Tuan Yang Dipertua,

150. Seterusnya, kajian empirikal membuktikan bahawa wujudnya korelasi yang kuat antara inovasi dan produktiviti. Survival dan berjayanya sesebuah organisasi atau negara itu, sangat bergantung kepada penekanan terhadap dua perkara ini.

151. Justeru, untuk sentiasa kekal mendepani kelok kemajuan, Malaysia akan terus membudayakan inovasi yang membawa kepada peningkatan produktiviti dalam semua peringkat, sama ada di peringkat nasional, industri mahupun perusahaan.

152. Sehubungan itu, satu Blueprint Produktiviti Nasional akan digubal bagi menggariskan hala tuju serta merangka tindakan komprehensif lagi spesifik dalam memacu produktiviti. Bagi maksud ini, Majlis Produktiviti Nasional akan diwujudkan.

153. Salah satu langkah untuk meningkatkan produktiviti, Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan akan ditubuhkan untuk menyelaras, dan memantau pelaksanaan Pelan Induk Logistik dan Fasilitasi Perdagangan.

154. Sektor industri pengangkutan dan penyimpanan dijangka berupaya mewujudkan sejumlah 146 ribu peluang pekerjaan baharu berkemahiran tinggi kepada rakyat.

155. Dalam usaha meningkatkan tahap inovasi negara lagi, Kerajaan akan turut mengambil pendekatan yang pelbagai. Umpamanya, peralihan daripada pendekatan secara Government-centric kepada pendekatan keseluruhan masyarakat dan memberi peluang kepada penglibatan organisasi berasaskan komuniti.

156. Selaras itu, kerjasama penyelidikan antara Kerajaan, industri dan ahli akademik akan terus diperkemas. Salah satu contoh sedia ada adalah, seperti Steinbeis Malaysia Foundation, SIRIM-Fraunhofer dan Jaringan Penyelidikan Awam Swasta yang ditubuhkan bagi meningkatkan pengkomersialan hasil penyelidikan.

157. Makanya, menjelang tahun 2020, pengkomersialan output R&D disasar meningkat kepada 10 peratus berbanding 5 peratus pada tahun 2013.

Tuan Yang Dipertua,

158. Melalui Rancangan ini juga, sektor-sektor utama seperti perkhidmatan, pembuatan, pertanian, perusahaan kecil dan sederhana, akan terus dipastikan signifikasi sumbangannya kepada KDNK negara.

159. Dalam sektor perkhidmatan, antara industri yang akan digalakkan adalah kewangan Islam, ICT, minyak dan gas, penjagaan kesihatan swasta, pendidikan tinggi swasta, pelancongan dan industri Halal.

160. Pada tahun ini, Blueprint Sektor Perkhidmatan yang mempunyai 29 pelan tindakan, mensasarkan peningkatan produktiviti buruh dari 68,111 ringgit pada tahun 2015, kepada 83,411 ringgit menjelang tahun 2020. Sektor ini, Insya-Allah, dijangka menyumbang sebanyak 55.3 peratus kepada KDNK.

161. Bagi sektor pembuatan pula, akan dipacu oleh beberapa subsektor pemangkin iaitu kimia, elektrik dan elektronik, mesin dan peralatan, peranti perubatan serta aeroangkasa. Yang penting, sektor ini akan membuka 2.8 juta lagi peluang pekerjaan.

162. Seterusnya, bagi merancakkan pertumbuhan eksport baru-baru ini, Majlis Eksport Negara telah ditubuhkan. Majlis ini bertanggungjawab bagi menggalakkan pertumbuhan eksport termasuk meningkatkan ekosistem eksport dengan menaik taraf infrastruktur, meningkatkan aktiviti dalam rantaian nilai, memaksimumkan peluang perdagangan terutamanya dengan negara-negara ASEAN dalam jangkamasa pendek dan sederhana.

Tuan Yang Dipertua,

163. Jika negara perlu melakukan inovasi, bandar-bandar utama kita juga perlu melakukan inovasinya supaya kekal relevan. Kini, bandaraya-bandaraya besar dunia, bukan hanya berlumba-lumba mencari pelaburan, tetapi ia menjadi persaingan bakat-bakat terbaik dunia untuk mentransformasikan bandar-bandar ini dan seterusnya negara mereka.

164. Jika dahulu, kalau berbicara tentang negara China, hanya bandar Beijing dan Shanghai diperkatakan. Namun kebelakangan ini, bandar-bandar lain di negara China seperti Shenzhen atau Guangzhou, menjadi sebutan di persada dunia.

165. Justeru, bagi meningkatkan daya saing negara, bandar-bandar Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu telah dikenal pasti untuk melonjak pertumbuhan ekonomi. Bandar-bandar ini akan merangka pelan induk persaingan masing-masing supaya selaras dengan aspirasi negara di bawah RMK-11.

Tuan Yang Dipertua,

166. Sesungguhnya, kita sentiasa menghargai jasa dan khidmat kakitangan awam dan anggota keselamatan. Untuk itu, dalam Rancangan ini, Kerajaan akan terus menjamin kebajikan mereka seperti pembangunan kerjaya, skim perkhidmatan dan perumahan dari masa ke semasa.

167. Di samping itu, penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat akan terus dimantapkan dari segi kepantasan khidmat, kecekapan dan integriti.

Tuan Yang Dipertua,

168. Bagi keseluruhan pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas ini, Kerajaan akan menyediakan siling peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak 260 bilion ringgit sepanjang tempoh 2016 hingga 2020.

PENUTUP

Tuan Yang Dipertua,

169. Seandai dan sekira diqabul dan diperkenankan oleh Allah jua, realitinya, dalam pada kita menongkah separuh jalan Rancangan ini, tinggal hanya setahun dua saja lagi, era yang disebut sebagai beyond 2020.

170. Meskipun dengan segala perencanaan yang kita perbuat ini, gambaran dan warna Malaysia pasca 2020 nanti, adalah amat penting untuk dijiwai suasana dan keadaannya kala itu. Barulah kita dapat berfirasat dalam meneruskan momentum pertumbuhan dan rentak perjalanan, sebuah kelana negara ini supaya tidak tersasar.

171. Ini bermaksud, bayangan dan corak Malaysia contohnya, pada tahun 2030, antaranya, jumlah penduduk mencecah kira-kira 36 juta, kadar urbanisasi meningkat kepada 80 peratus, KDNK sebanyak 2.6 trilion ringgit, KDNK per kapita pula melebihi 117 ribu ringgit dan perdagangan dunia dijangka menjangkau 44 trilion dolar Amerika.

172. Yang terlebih utama, kita mahu adalah, wujudnya National Consensus atau Kesefahaman Nasional tentang halatuju negara pasca 2020.

173. Berbalik dan berpasak kepada pelbagai prakarsa atau inisiatif besar, selama bertahun-tahun ini, seperti bajet 2015, telah dirangka atas keseimbangan antara capital economy dan people economy.

174. Tatkala, berdepan dengan ketidak tentuan harga minyak dan kemelut ekonomi global, pada awal tahun ini pula, kerajaan tanpa berlengah telah membuat pengumuman khas, untuk mengambil langkah-langkah proaktif mengubah polisi-polisi bagi mempastikan negara kekal berada di trajektori dan landasan yang betul lagi tepat.

175. Ini membuktikan, kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah Kerajaan yang pragmatik dan sistematik dalam menyusun dan mencartakan apa jua kepentingan rakyat,… sekalipun dalam banyak hal, kita telah berbuat sehabis baik begini-begini,… namun,… ditohmahnya pula oleh orang, begitu-begitu,…..

Tuan Yang Dipertua,

176. Dalam hal lain,… apabila Kerajaan dengan ikhlasnya pulak,… memutuskan supaya subsidi pukal diganti dengan subsidi bersasar agar bantuan dapat diberi terus kepada golongan yang sangat memerlukan melalui BR1M,… tiba-tiba,… dituduh dan diperkata pulak,… sekian-sekian.

Tuan Yang Dipertua,

177. Berkenaan GST, umum berpendapat ia adalah baik untuk negara. Namun, setelah mendengar rungutan dan hingga berlakunya kekeliruan kepada rakyat, kita perakui sistem ini, mengambil masa bagi proses pelaksanaannya yang lebih efisien dan memuaskan semua pihak.

178. Sehubungan ini, saya nak nyatakan dalam Dewan Yang Mulia, rakyat sekalian janganlah gundah dan runsing,… kerana,… pihak kerajaan akan memaklumkan tentang hasil kutipan GST ini, ke arah mana perbelanjaannya.

179. Kerana itu,… pagi ini,… saya bagi pihak kerajaan yang menepati janji, ingin menegaskan bahawa,… kita akan mempastikan hasil GST akan diperuntukkan kembali kepada manfaat dan keperluan rakyat keseluruhannya.

Tuan Yang Dipertua,

180. Walaupun, mutakhir ini, pelbagai dugaan dan rintangan dihadapkan, saya dan pihak kerajaan memilih hanya SATU jalan, iaitu terus melangkah ke hadapan dan sekali-kali tidak akan berbalik haluan.

181. Ternyata, benarlah kata-kata para alim dan pujangga, hidup ini sememangnya adalah sebuah perjuangan, laksana lautan yang jarang tenang. Sekali ombak naik, sekali ombak turun. Pergantian musim hujan dan musim panas, adakala masa susah dan adakala masa senang.

182. Justeru,… saya menyeru kepada rakan-rakan yang setia,… sekiranya kita bersabar,… seandainya kita terus kukuhkan kepercayaan,… juga keyakinan di dada,… bertawakal kepada yang Maha Kuasa,… kelak… akan terbentanglah jalan keluar dan kemenangan buat kita.

183. Begitulah, kita wajib menghitung doa dan berharap bahawa Rancangan Malaysia Kesebelas ini, akan disokong dan memanfaati semua lapisan.

184. Tak kiralah,… Pak Tani di kebun, Pesawah di bendang, para nelayan, golongan kolar biru dan putih, ahli-ahli korporat mahupun cendekiawan.

185. Hatta, kepada saudara-saudari kita,… di seberang sana, saya mengajak agar sama-sama mendokong usaha murni Kerajaan untuk menjulang Malaysia gagah dan megah di persada antarabangsa.

Tuan Yang Dipertua,

186. Sesungguhnya, perjuangan ini adalah perjuangan yang murni, demi bangsa Malaysia dan pertiwi. Sememangnya jua, beban dan amanah yang sedang digalas ini, adalah berat dan memerlukan jiwa-jiwa besar serta kekuatan dari segenap penjuru. Barulah sebuah negara bangsa yang maju dan berjaya dapat dijelmakan.

187. Pucuk pangkalnya, janganlah dipersiakan, apa yang sudah kita secara susah payah raih dan kecapi. Jauh sekali meruntuhkannya, nauzubillah,… kelak menyesal tidak berguna lagi,….

188. Lantas, marilah kita merenung bait-bait lagu Kebangsaan, “Negaraku, …. Tanah Tumpahnya Darahku,… Rakyat Hidup Bersatu dan Maju…” Itulah tema,… itulah rahsia,… kecemerlangan kita selama ini.

189. Disimpulkan kalam,… Ya Ilahi,… Ya Robbi,… satukanlah hati-hati kami,… berkatilah perjuangan ini,… seraya kita maktub dan keramatkan rancangan Malaysia Kesebelas ini.

Tuan Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,

190. Pastinya,…pastinya… setiap satu amal dan setiap satu usaha kita semua,… akan dipersaksi oleh masa dan dihakimi oleh waktu.…

191. Bak kata orang dulu-dulu,… Yang benar tetap benar,…. Buktinya kelak jadi sejarah.

Tuan Yang Dipertua,

Saya mohon mencadangkan.







Image and video hosting by TinyPic
09:42:00

Review Produk : RCC STEVIA SWEETNER

BERALIH KEPADA GULA SEMULAJADI | RCC STEVIA SWEETNER

Royal Stevia Sweetner (RSS) merupakan produk yang mengandungi ekstrak dari daun stevia. Kemanisan yang terhasil dari daun stevia merupakan Pemanis Semulajadi yang 300 kali lebih manis dari gula biasa. Kajian klinikal menunjukan STEVIA berguna sebagai pengganti gula. Lebih dari sifat pemanis, kajian juga menunjukkan kesan penurunan tahap kawalan Diabetes, penurunan tahap tekanan darah tinggi dan penurunan berat badan untuk pesakit obesiti. 

RCC Stevia Sweetner, gula semulajadi, sila sihat, dramaticuniq


RCC ROYAL STEVIA SWEETNER


Stevia merupakan 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ia secara rasminya ditemui pada kurun ke-19 oleh Dr.Moises Santiago Bertoni. Beliau menamakannya sebagai Stevia Rebaudiana Bertoni sebagai penghormatan kepada ahli kimia Paraguay. Ia merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis adalah stevia dari spesies Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf atau sweet herb

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan adalah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram. Daunnya berbentuk bujur, batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimum Stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil warna putih.

RCC Stevia Sweetner, gula semulajadi, sila sihat, dramaticuniq
ke arah satu rumah satu botol Stevia

KEBAIKAN STEVIA SWEETNER


  Mengimbangkan kandungan gula dalam badan.
  Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan.
  Melicin & memutihkan kulit serta awet muda
  Sebagai pemanis semulajadi sesuai untuk semua peringkat umur lelaki & wanita.
  Membantu menurunkan kadar gula dalam darah (sesuai untuk pesakit diabetis)
  Membantu menurunkan tekanan darah (untuk pesakit darah tinggi)
  Membantu sistem penghadaman badan.
  Membantu peminum yang mengalami masalah Isomnia
  Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan.(Obesiti)



RCC Stevia Sweetner, gula semulajadi, sila sihat, dramaticuniq
hanya TUKAR kan gula putih kepada STEVIA


KELEBIHAN STEVIA SWEETNER

  • Kandungan utama yang menyebabkannya rasa manis adalah bahan steviosides yang tidak mengandungi toksik
  • Steviosides yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan alternatif atau tambahan untuk pesakit darah tinggi.
  • Ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid (kekurangan gula dalam darah) dalam stevia mendapati steviol tidak menghasilkan glukosa, bermakna ia baik untuk penghidap diabetes / kencing manis. 
  • Pengkaji Denmark mendapati hipoglisemik in vitro yang dilakukan steviosid dan steviol berupaya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta.  
  • Ada kajian menyatakan Stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung dan berfungsi menstabilkan tekanan darah serta degupan jantung
  • Ekstrak Stevia Rebaudiana yang bebas kalori atau SIFAR KALORI sesuai digunakan bahan ganti gula biasa bagi golongan yang mengalami masalah obesiti yang ketagihan gula. 
  • Dua kajian dilakukan oleh Purdue University's Dental Science Research Group mendapati steviosides menghalang pembentukan plak (karat) gigi dan membantu menghalang gigi berlubang (cavities). 

RCC Stevia Sweetner, gula semulajadi, sila sihat, dramaticuniq

PAKEJ SEUMUR HIDUP...!!

PLATINUM (7 kotak/21 botol)
HANYA RM980

GOLD (3 kotak/9 botol)
HANYA RM420

SILVER (1 kotak/3 botol)
HANYA RM140

RCC Stevia Sweetner, gula semulajadi, sila sihat, dramaticuniq
jangan tunggu lagi.. mulakan langkah anda hari ini...! 

Pakej keahlian disediakan untuk mendapatkan harga yang murah dan menikmati manfaat yang lain. Antaranya ialah :-

Produk muslim
Menjana pendapatan yang tinggi
Keahlian seumur hidup
Harga yang lebih rendah
Bonus point
Khairat kematian

TESTIMONI RCC STEVIA SWEETNER


RCC Stevia Sweetner, gula semulajadi, sila sihat, dramaticuniq
Demam chicken pox teruk sembuh dalam seminggu dengan izin Allah s.w.t.

RCC Stevia Sweetner, gula semulajadi, sila sihat, dramaticuniq
Masalah sembelit dideritai selama 5 tahun, dengan izin Allah s.w.t. telah pulih

RCC Stevia Sweetner, gula semulajadi, sila sihat, dramaticuniq
Dapat mengawal paras gula dalam darah seterusnya tidak perlu bergantung kepada insulin lagi

Berubahlah kepada kehidupan yang lebih sihat demi masa depan anda dan orang yang tersayang.

<< bimbingan, kelas marketing, bahan iklan >> semua disediakan
anda tidak akan dibiarkan keseorang..!!
..ayuh sertai keluarga sihat RCC2U dan ubah masa depan anda hari ini...

HUBUNGI
agent berdaftar :

AIN : 0133572379
www.dramaticuniq.com







Image and video hosting by TinyPic