Kedai Ukulele di Alamanda

Kedai Ukulele di Alamanda

Kedai Ukulele di Alamanda

Sebenarnya setiap kali pergi Alamanda, Abe We selalu juga lalu dekat stall ni. Tapi malam tadi, singgah sekejap. Geram pula tengok ukulele yang sebelah warna pink tu. Actually, dua-dua pun cantik juga.


Harga Ukulele

Abe We memang dah da satu ukulele dekat rumah. Murah je beli. Dalam RM75. Tapi, bukanlah jenama yang terkenal. Janji ada je. Nak try main. Tapi tak berjaya gak. Hahaha... Yang colourful depan tu harga dia RM95.00. Jenama Mahalo dengan jenama yang tak berapa pasti. Kalau jenama Mahalo, harga gitar yang colourful tu memang standard lah.


Tapi ukulele yang corak wooden tu, memang harga dia mahallah. Pergi mana-mana pun sama je. Harga boleh dapat sebiji gitar akustik atau pun gitar elektrik. Range harga dari RM200 ke atas. Tapi memang cantik. Siapalah yang sudi hadiahkan Abe We agaknya ye? Tunggu juga ni...


Selain ukulele, ada juga sebiji guitarlele. Barisan bawah, nombor 3 dari belakang. Yang ada 6 tali tu. Harganya kalau tak silap dalam RM400++. Ukulele, guitarlele dan pecel lele tidak sama ya. Nanti ada pula yang nak beli pecel lele dekat kedai ni. hehehe....

Cantiknya ukulele dengan guitarlele tu........

Siapa sudi hadiahkan birthday Abe We? huhuuuu............

Kalau ada ukulele cantik pun, tapi fail je main tak guna gak kan? Tapi tak kira, nak gak....

Share this:

Disqus Comments