Review Wayang : Hantu Bungkus Ikat Tepi





Hantu Bungkus Ikat Tepi

Malam tadi Abe We berkesempatanlah tonton cerita Hantu Bungkus Ikat Tepi di Astro First. Kalau nak tontong dekat wayang memang tak dapatlah. Al-maklumlah, ada si kecil tu.

Hantu Bungkus Ikat Tepi

Memang teruja lah bila keluar filem baru then terus tonton. Lagi-lagi bila ada Nora Danish. Huhuuu... Rasanya kumpulan jambu ni pun baru 1st time diorang berlakon filem.

Tapi bila dah tonton, rasa macam tak perlu kot nak pergi wayang. Bukan nak jatuhkan filem ni, tapi bila tengok ending filem ni, amatlah menyakitkan hati.

Intro filem

Intro filem ni bermula semasa Tauke, Yus dan Abam pergi jalan-jalan naik kereta. Semasa tengah memandu tu, mereka terserempak dengan sekujur tubuh di tengah jalan yang kaku dan berdarah. Kemudian mereka bertiga pun keluar kereta untuk melihat mayat tu. 


Lepas tu, Abam mencabut pisau yang terlekat pada mayat tu dan Yus menuduh Abam sebagai pembunuh. Kemudian Abam pass pisau tu kepada Tauke dan Yus dan berlaku tudun-menuduh. Start dari situ, mereka rasa bersalah dan nak kuburkan mayat tu.

Pertengahan filem


Mereka bawa mayat tu ke suatu tempat yang gelap dan kapankan mayat tu. Tauke bertindak sebagai penggali kubur. Kemudian Yus bertanya kepada Tauke "Kenapa kau ikat tepi mayat ni?". Tauke pun jawab "Kalau polis jumpa mayat ikat tepi ni, senanglah kita nak tahu mayat ni kita yang tanam". Kemudian mereka berempat bersepakat mencari pembunuh mayat itu dan bermulalah sebuah pencarian.


Dalam pencarian mereka itu, mereka berjumpa pelbagai klu atau kata penunjuk. Berhenti di kedai motorsikal, pekerja kedai tu suruh beli helmet. Di helmet tu ada kata kunci yang membawa ke suatu tempat. Dan di setiap tempat ada kata kuncinya sendiri.

Penghujung filem

Setelah jumpa kata kunci yang terakhir, mereka masuk ke satu rumah pangsa terbengkalai dan naik ke tingkat atas. Bila tiba sahaja di tingkat atas, mereka buka pintu dan tiba-tiba.......

Tiba-tiba.... Ada Faizal Ismail dan ramai orang dalam bilik tu. Rupa-rupanya, pencarian mereka sebenarnya di dalam sebuah game show untuk mencari pembunuh hantu bungkus ikat tepi tu. Dan mereka adalah kumpulan terakhir yang sampai. Dan Faizal juga berkata, Nora Danishlah yang membawa mereka menyertai game show tersebut tanpa pengetahuan Tauke, Yus dan Abam.

Ending yang agak menghampakan sebenarnya....

Nak tonton ke tidak, terpulanglah..............



kredit : broframestone
Previous
Next Post »

8 comments

Write comments
ahkak gojes
AUTHOR
24 April 2015 at 08:55 delete

haahha..bersemangat KG baca sbb nak tau siapa pembunuh hantu bungkus ikat tepi tu... tau2 game show erk...
tapi unik plak kena ikat tepi...

Reply
avatar
24 April 2015 at 09:04 delete

sy pun excited tengok. tapi part ending tu yg xbest

Reply
avatar
adk dayah
AUTHOR
24 April 2015 at 11:38 delete

macammmm x jadi jer nak pergi tengok..haha

Reply
avatar
DRAMATIC UNIQ
AUTHOR
24 April 2015 at 14:41 delete

hahahahahaaa... confirm arr tak nak tengok dah sebab Ewan dah citer semua... hahahahahaa...
tapi Abam Is Awesome.....!! :p

Reply
avatar
Eny Abdullah
AUTHOR
25 April 2015 at 10:15 delete

hahahaha nak tgk abam mesti best!!

Reply
avatar
Anizz Annisa
AUTHOR
25 April 2015 at 22:25 delete

laaa ni yg kate tapiii tapiii dalam group tu eh..ending memang tak best..huhu... baling popcorn kalau tengok kat wayang cenggini..hihi

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.