Misi mencari langsir





Misi mencari langsir

Oleh kerana Abe We hendak menjadi warganegara +Nazlee Ismail PCL  dan juga +Cikgu Norazimah makanya Abe We, Mama Harraz dan Danish Harraz pun memulakan misi pencarian LTA21DTM iaitu Langsir Terhebat Abad 21 Di The Mines!!!! (gaya cakap macam Papa Zola)

Langsir murah

Bermula Sebuah Cerita

Pada hari Sabtu lepas, Mama Harraz dengan nenek Harraz berdua pergilah ke Nilai 1. Abe We tak dapat ikut atas sebab-sebab kesihatan. Balik petang tu, Mama Harraz pun ceritalah......

Mama Harraz "Mama dah tanya 1 kedai ni, paling murah dekat Nilai. Dia nak RM3+++ siap pasang semua".

Abe We "Mahal gila RM3+++"

Mama Harraz "Ye lah. Nak pasang eyelet lagi. Lepas tu dia datang rumah pasang rail lagi"

Abe We "Siapa yang jahit kat kedai tu?"

Mama Harraz "Bangla"

Abe We "Errkkkk......"

Nenek Harraz "Sekarang mana-mana kedai pun Bangla tukang jahit"

Mama Harraz "Tapi kan Pa...."

Abe We "Ada tapi?"

Mama Harraz "Bangla tu boleh bagi murah. RM2,600.00."

Abe We "Aik...ape hal boleh bagi murah pula?"

Mama Harraz "Macam ni. Bangla tu kata, dia ambil upah jahit je. Tapi jangan bagi tahu kedai tu. Kiranya Bangla ni "curi" customer kedai tu la"

Abe We "Pulak dah...boleh plak gittew. Teruk Bangla ni."

Mama Harraz "Bangla ni cerita, dia sudah kerja kat sini 15 tahun"

Abe We memang tak percaya kalau Bangla buat kerja. Lagi-lagilah dalam kes ni.

Mama Harraz "Bangla tu cakap, kalau confirm bagi tahu dia. Nanti dia siap pasang semua, baru bayar dekat dia"

Hmmm...tak eloklah macam ni kan? Sian tokeh dia. Walaupun tokeh dia dah kaya, tapi janganlah tipu macam ni. Dosa....mati keras nanti...heheheee...

Pertengahan Cerita

Malam tu Mama Harraz sibuklah tekan kalkulator dia. Dok kira itu ini. Then, Mama Harraz approach Abe We. "Esok kita pergi Jakel nak? Tak pun The Mines"

Abe We pun ok kan aje lah. Dan esoknya kami ke The Mines sebab malas nak pergi Jakel.

Langsir murah

Masuk-masuk je Tewah ni terus bernafsu. Tengoklah. Macam-macam ada. Tahun lepas Abe We dengan Mama Harraz pergi sini belikan kain cadar untuk Danish. Tahun ni nak beli langsir pula.

Langsir murah


Langsir murah

Pakai langsir blackout ni mesti best. Mama Harraz cakap, masa dekat Nilai, dia pilih yang blackout ni. Tapi tak banyak pilihan. Kat sini ada 90% blackout, 100% blackout. Bila kira-kira, rasa macam kita pula nak blackout. hahaha

Langsir murah

Design dia pun cantik-cantik.

Syoknya bau bantal busyuk saya

Tengoklah Danish. Dari masuk kedai sampai keluar kedai, tidur je. Selamatlah dia tidur, senang nak pilih kain. Comelkan bantal busuk dia. Kain corak bunga U. Nenek cakap tak pe corak apa pun, janji kain cotton. Danish ada 2 corak. Satu yang bunga ni, 1 lagi gambar Paul Frank. Paul Frank ada 2 helai.


Jalan sempit. Macam main maze. 

Bagi best price ye bang

Satu yang Abe We suka kedai Tewah ni, pekerja dia memang bagus. Mula-mula kalau kita masuk, pekerja dia macam tak layan kita. Tapi bila kita panggil dia, masa tu diorang ni barulah cooperative. Memang baguslah diorang ni. Mama Harraz suruh dia kirakan total langsir yang nak gunakan, dia memang bagi total betul-betul. Mama bagi ukuran frame-to-frame je, tapi dia kira siap ada baki sekali. Mama cakap masa kat Nilai tu, Bangla tu kira, banyak gila baki kainnya. Tak macam kat Tewah ni. Diorang kira memang ngam-ngam untuk buat langsir. Tiadalah pembaziran amalan syaiton nir rojim berlaku.

Bila abang ni kira, total termasuk caj pemasangan RM2,600. Aik, sama macam Bangla tu. Tapi kalau dekat Tewah ni, kita boleh suruh dia repair kalau ada problem. Kalau buat dengan Bangla tu, entah macam mana rupa. Entah-entah, dapat duit, terus lesap

Selain langsir, kedai ni juga ada jual tinted tingkap. Tapi tengoklah bahasa dia tu. Rasanya macam spanish.

tinted tingkap rumah

tinted tingkap rumah

Pengakhiran sebuah cerita

Di akhir jelajah LTA21DTM, Mama Harraz pun ajak pergi Macy @ Minlon Serdang. Katanya harganya murah juga. Kualiti tip top. 


Masuk-masuk Macy je Danish pergi dekat sofa ni. Memang comel sofa ni. Untuk budak kecik. hehe...

Jumpa sales person Macy ni, sekali dia kira, hmmm...harganya hanya mampu dengar je la. Last-last kita orang pusing-pusing tengok je la sofa, katil, karpet dan meja makan.


Hmm...mana satu nak beli ni ek? Pening-pening.....

Previous
Next Post »

21 comments

Write comments
9 April 2015 at 13:33 delete

Wahhh untuk rumah baru...
kene serba baru yea tak ???? tak masuk nama bonde disitu... kita pon sempadan jer sebenonye he he he

Reply
avatar
Cikk Mimin
AUTHOR
9 April 2015 at 14:25 delete

mak aihh abe wee. sempat buat semua. betul2 macam papa zola ni. huhuhu

Reply
avatar
Nik Ainaa
AUTHOR
9 April 2015 at 14:54 delete

pergh. beriban harganya ya....

Reply
avatar
9 April 2015 at 16:09 delete

memang beriban aina....tak terjangkau dek akalku

Reply
avatar
9 April 2015 at 16:10 delete

betul tu wahai anak muridku

Reply
avatar
9 April 2015 at 16:10 delete

aah la. lupa nama bonda. next entri nnt sy tag nama bonda ye

Reply
avatar
anajingga
AUTHOR
9 April 2015 at 16:28 delete

semangat nak masuk rumah baru macam tu ewan... tu belum bab pilih lampu, cat, wall paper lagi... apa2 pun yang best tgk boss kecik dengan bantal bucuknya huhu :)

Reply
avatar
DRAMATIC UNIQ
AUTHOR
9 April 2015 at 17:22 delete

kak ain pun.....!! berjiran-sempadan-berdekatan lah kita nanti ye... hehehehehe... :)

Reply
avatar
DRAMATIC UNIQ
AUTHOR
9 April 2015 at 17:28 delete

jangan percaya lah Bangla yang kata nak bagi harga murah tu.... :(

Reply
avatar
Cik Iput
AUTHOR
9 April 2015 at 18:47 delete

bestnya nak masuk rumah baru....

Reply
avatar
Cik Candy
AUTHOR
9 April 2015 at 21:15 delete

semua sempadan-sempadan ke.. hahaa sempadan juga dengan cc rasanya....
Rumah baru, semua baru, baru ada mood baru gamaknya.. kuikuikuiii

Reply
avatar
Eny Abdullah
AUTHOR
9 April 2015 at 22:35 delete

dah siap nanti share gambar ye ewan

Reply
avatar
Anizz Annisa
AUTHOR
10 April 2015 at 09:37 delete

nanti nak tengok rumah baruuu..hihi... ucukkk la bantal danish tu.,..hahah... gambar last tu mcm danish nak isytihar puasa plak..hahah

Reply
avatar
10 April 2015 at 09:49 delete

lampu, kipas, cat, kitchen cabinet, es bok, mesin dobi, furniture, tv, internet...............

Reply
avatar
10 April 2015 at 09:50 delete

semua dekat2 je ni..kn?

Reply
avatar
10 April 2015 at 09:50 delete

tu la. xsbr nk msuk umah baru

Reply
avatar
10 April 2015 at 09:50 delete

insya allah klu ingat...hehee

Reply
avatar
10 April 2015 at 09:51 delete

pengumum penyimpan mohor besar Papa Harraz...hahahaha

Reply
avatar
10 April 2015 at 09:51 delete

aah. da pnh terkena......memang putar 398.52 darjah

Reply
avatar
10 April 2015 at 09:55 delete

aah...ramai duduk sempadan ni..heheee

Reply
avatar
12 April 2015 at 23:28 delete

tak sabar tunggu warganegara baru masuk ! hehe

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.