Kebaikan Apple Cider Vinegar

Kebaikan Apple Cider Vinegar

Cerita bermula 2 hari lepas di mana Abe We entah bagaimana boleh tersearch berkenaan Kebaikan Apple Cider Vinegar.


Abe We tak tahu pun selama ini bahawa banyak kebaikan dengan mengamalkan minum Apple Cider Vinegar ini. Dari sudut pembacaan Abe We, ramai yang mengesyorkan jenama Bragg ni. Dan yang paling di syorkan agar membeli Apple Cider Vinegar jenis Raw-unfiltered dengan emaknya (with the mother).

Menurut sumber yang Abe We baca, jenis Raw ni, mengekalkan khasiat buah epal tu kerana masih terdapat serdak/serbuk/hampas epal tu di dalamnya.

Maka pencarian membeli Apple Cider Vinegar bermula pada tengahari semalam dengan menjejaki Tesco Kajang. Dari sudut pembacaan Abe We, Tesco dan juga Cosway ada jual Apple Cider Vinegar. Tapi malangnya, Abe We hanya terjumpa Apple Cider Vinegar yang telah difilter di Tesco dan tidak menjumpai di Cosway (sebab kedainya kecil)

Maka, selepas menjemput Mama Harraz di KTM Serdang, kami berganding tangan, kaki, dan juga badan mencari di Alamanda kerana terdapatnya Cosway (besar sedikit dari Tesco Kajang) dan juga Aeon Big.

Pencarian di mulakan di Aeon Big dan hasilnya hampeh juga. Kemudian misi ke Cosway pula. Turut menghampakan. 

Lalu Mama Harraz menggunakan teknik mengingat dalam masa di bawah 1 minit dan mencadangkan untuk mencari di Cold Storage yang mempunyai harga barangan yang membuatkan poket kita ingin bertukar menjadi sudu.

Jalan punya jalan, sampai lah di Cold Storage. Dengan tidak semena-mena, mata Abe We menumpukan untuk mencari Apple Cider Vinegar jenama Bragg dengan emaknya. Hasilnya?

Tiada........

Tapi Abe We jumpa Apple Cider Vinegar dengan emaknya yang berjenama


Abe We cakap dengan Mama Harraz, "Bolehlah kot, Ni ada emaknya juga. Sama kot." Harga dia RM19.++. Ok lah agaknya tu. Belasah je lah. Nak beli tempat lain malas dah.

So, malam tadi sebelum makan, Abe We baca label pada botol ni. Makan 2 - 3 sudu. Elok di campur dengan madu. Jap, kalau Abe We bawa balik madu mesti Mama Harraz tak setuju kan? So, makan campur air sejuk je la. Cara makan dia memang kena campur air sejuk. Tapi rasa dia...puihhhhhhh...masam hingga terkemut. Memang puihhh la. Sebab Abe We letak 3 sudu. Tapi pagi tadi boh 2 sudu. Kurang puihhh sikit. Tapi memang masam.

Dan pagi tadi juga Abe We dapat rasa perubahan dia seperti ini...


Amacam? Tipu kan? hahahaah....

Kebaikan Apple Cider Vinegar

1. Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.

2. Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.

1. Meningkatkan kadar metabolisma badan menyebabkan kadar pembakaran lemak lebih tinggi dari biasa. Ini akan memberikan anda lebih tenaga dan menurunkan berat badan.

2. Menurunkan kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan. Ini membantu menurunkan berat badan disebab oleh lemak.

3. Jika diambil sebelum makan, anda akan lebih cepat berasa kenyang. Epal cider juga akan melambatkan rasa lapar.

Kebaikan Apple Cider Vinegar bersama madu


1. Merangsang pemecahan lemak

2. Melancarkan perjalanan darah

3. Menguatkan tenaga dalaman

4. Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak

5. Melawaskan usus besar dan kecil

6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer

7. Masalah kulit seperti jerawat

8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak

9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu

10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)

11. Melembapkan dan mengencangkan kulit

12. Mencegah dan mengawal selulit

13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha

14. Meredakan sakit dan sengal sendi

15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah

16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah

17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru

18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang

19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah

20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal

21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.


Previous
Next Post »
36 Komentar untuk "Kebaikan Apple Cider Vinegar"

Mmg dah lama amalkan...cuba campur sedikit dlm campuran salad atau kerabu mangga dan sedikit madu gaulkan....sedap!!! Kuranglah sikit puihh dia hehe

Bonde pon minum juga... tapi brand lain...
good luck nnt jadi badan ketul2 hi hi hi

Sha pernah jumpa jenama Bragg ni. Kat kedai mart dalam Petron. Hehe

kat tesco ada jual tak brand ni?

KG ada beli ni..ada try sekali..dua botol lagi..tp nak hidu bau dia...ermmmm..toksah ckp la..last2 KG buat cuci air kencing kucing hihihiih..sebab kucing tak suka bau cuka ni

tesco ada jual jenis yang jernih je. Jenama Heinz. yg jenis jernis ramai xsuggest utk minum

ekat rumah dayah ada hat atas tu..masam memang teramat masam..hoho

pengidap eczema mmg sgt digalakkan makan,tp rara sampai skrg x beli2.hehe

xpernh tahu pasal ni. hahaha

poket kita ingin bertukar menjadi sudu...macam2 la ewan nie..kalau betul boleh dapat badan ketak macam tue..nak jugakk cari untuk c.abg..hehehehe

Baru CikTi tahu... nak kena amalkan juga.

tengok gambar pun da membantu proses memulas,. hikhik

nk lagi bagus amalkan makan dgn madu...

Sy takut klu mkn dgn madu. Marah wife sy.....

Rasa mcm da ada 6 packs...huhuuu

Masam nok mapuh. Tp campur madu rasa dia best

dulu abah nani suruh ibe beli tau cuka ni. dah beli taknak pulak dia. hahaha

hahahahahahaaa.... ewan...!! :p

hahahahaaa... bab 6 pack tu tetiba terkedu... opssss...
biar benar ni ewan...!! haaahaaahaaaa... :p

suruh makan bersama madu, bukan bersama sama madu hahahaahaha

hahaha... kemain lagi eh... mengamuk mama harraz kang..hahah

betul ke 6 pack? ke six negative pack..hahah.. ape2 kena konsisten kan..chaiyok2!! :D

hahaha....perkataan yang sensitif tu....

It's hard to find Bragg in Kuantan.

Baru beli acv td..nak try..sbb tgk kwn mmg kurus..dia dah amalkan lama..harap2 leh kurus..

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF