How to fix invalid RSS feed





How to fix invalid RSS feed

Intro

Terkadang di dalam dunia blog ini, kita sering bertukar-tukar feed sesama rakan bloggers yang lain tak kira yang berada di zuhal mahupun planet krypton.


Tetapi, mungkin kita terlepas pandang akan hal RSS Feed ini. Terkadang secara tiba-tiba dan tak sengaja mahupun terlepas pandang, blog kita invalid RSS Feed. Perkara sebegini berlaku tanpa disedari. Ia akan mengakibatkan rakan kita yang hendak feed url kita, tak boleh nak feed. Bila tanya owner blog, "Saya pun tak tahu"

Oleh itu dalam pasukan gerak khas berhaluan sederhana yang menggelarkan diri mereka #exchange feed group ini, kami yang mempunyai amalan tolong menolong yang tinggi telah berkongsi rahsia dan resipi bagaimana hendak memperbetulkan keadaan ni.

How to fix invalid RSS feed

Bila anda akan terperasan invalid RSS feed ini?

Semasa anda mengisi widget Blog List, anda di minta untuk memasukkan url blog rakan anda. Dan setelah mengisinya, dan selepas tekan butang Continue, terpapar tulisan berwarna merah menyatakan Invalid URL Address.

Bagaimana cara mengatasi Invalid RSS Feed ini?

Pertamanya, kita perlu menyemak Site Feed yang berada di Setting>Other. Sesetengah blog berkemungkinan meletakkan Post Feed Redirect URL seperti contoh di bawah. Kita perlu mengosongkan ruangan Post Feed Redirect URL.


Setelah mengosongkan ruangan Post Feed Redirect URL, anda perlu menguji url anda. Jika tiada masalah, anda tidak perlu membuat apa-apa. Jika masih terus bermasalah, boleh tukar Allow Blog Feed seperti di bawah.


Bagaimana mahu menguji url feed?

Mudah sahaja untuk mengujinya. Ikuti langkah ini.

1. Pergi ke blog, right click mouse dan klik View Page Source


2. Tekal CTRL+F dan taip Feeds. Kebiasaannya, url feed ini terletak di bahagian atas blog.

    Contoh 1.


    Contoh 2.

3. Setelah kita jumpa url feed tadi, klik url itu dan ia akan membawa kita ke satu page baru seperti ini. 


Jika keluar page baru yang penuh dengan code ini, maka, feed anda tiada masalah. Jika tidak keluar page ini, bermakna page anda bermasalah.

Kadang kala, page ini keluar, tapi rakan anda masih tidak boleh feed lagi. Url feed anda perlukan masa untuk di aktifkan. Kadang kala mungkin esoknya baru feed anda ok dan tiada masalah.

Bagaimana jika tidak boleh feed url?

1. Pergi ke https://feedburner.google.com dan log in menggunakan akaun gmail anda

2. Masukkan alamat blog, tick kotak kecil sebelah I am a podcaster dan klik Next



3. Ambil sahaja pilihan pertama dan klik Next



4. Feedburner akan mengeluarkan Feed Title dan Feed Address secara automatik. Anda boleh ubah. Jika Feed Title itu sudah di miliki oleh orang lain gunakan sahaja yang di berikan itu. Klik Next



5. Klik Skip

6. Siap. Tunggu seketika sebelum Feedburner memperbetulkan feed url anda. Mungkin mengambil masa 1 hari.



Previous
Next Post »

16 comments

Write comments
10 April 2015 at 13:37 delete

baru tau, tqvm info ini...

Reply
avatar
DRAMATIC UNIQ
AUTHOR
10 April 2015 at 14:53 delete

ermm.. kena simpan ni..
mana la tahu blog kak ain pulak terkena nanti... :)

Reply
avatar
Mirabeads azi
AUTHOR
10 April 2015 at 16:12 delete

Info yg bagus. Nak kena feed dlm simpanan ni...tq

Reply
avatar
anajingga
AUTHOR
10 April 2015 at 17:30 delete

oh no codding... :(

Reply
avatar
Anizz Annisa
AUTHOR
10 April 2015 at 20:08 delete

ohhh ni yg kate view page source tu...hahha.. ari tu blur2 lagi... iye kan je ape abe we kate..hahha... oke2...faham cikgu :D

Reply
avatar
Nik Ainaa
AUTHOR
11 April 2015 at 23:31 delete

nice sharing abg wan. tenkiuw. tapi nak tanya.... abg wan ada kawan dri planet zuhal ke? hahahahaha >___<

Reply
avatar
12 April 2015 at 23:24 delete

CN pun nak tanya soklan yang sama gak, ada ke kawan dari planet zuhal? dasyat tu ;)

Reply
avatar
syira yaya
AUTHOR
13 April 2015 at 13:36 delete

good info abg ewan..thanksss :) sapa tu kwan dri planet zuhal mahupun krypton??..hahah!

Reply
avatar
14 April 2015 at 11:37 delete

kakaka...kot lepas ni dapat kwn dr planet zuhal

Reply
avatar
14 April 2015 at 11:37 delete

hahaha...tgh cr kawan dari sana

Reply
avatar
14 April 2015 at 11:38 delete

coding ni kita tengok2, jeling2 je

Reply
avatar
Nurul Shahira
AUTHOR
16 April 2015 at 14:15 delete

Sha dah cek. Coding yg banyak2 tu ade je keluar. Tapi, still ade problem orang nak feed blog Sha. Uhuhu. kena guna feedburner agaknya

Reply
avatar
26 April 2015 at 17:46 delete

Pening tengok coding yang banyak2 tue.. tapi alhamdulillah, berjaya menggunakan tuto nie. tqvm

Reply
avatar
aRz MoHa
AUTHOR
4 July 2015 at 01:37 delete

bagaimana jika keluar code tapi masih tidak ok di bloglist

Reply
avatar
4 July 2015 at 21:33 delete

Nanti kita arrange meeting dgn Google

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.