Bila Danish demam





Bila Danish demam

Al-kisah, minggu lepas si budak kecik ni pun jatuh demam lah. Bukanlah demam teruk sangat, tapi selsema dengan batuk yang boleh merunsingkan.

Danish
Muka sebelum pergi klinik
Danish ni jenis jarang demam. Al-maklumlah atuk, nenek and aunty dia jaga tip top. Biasanya paling teruk pun hanyalah selsema.
Pagi hari Rabu minggu lepas, Abe We sudah dapat kesan Danish nak selsema. Apa yang Abe We perasan, masa tidur tu dia tak boleh nak habiskan sebotol susu. Kemudian, sebelum pergi kerja, Abe We letak dia dalam buaian. Dari situ terdengar ada hingus dekat hidung dia.

Masa aunty dia jaga siang petang tu, langsung Danish tak boleh nak tidur. Hidung tersumbat.

Malam tu masa Danish tidur, dalam pukul 2 - 3 pagi, tiba-tiba dia batuk. Batuk punya batuk, lepas tu termuntah. Ala...kasihan si budak kecik ni. Tapi tak lah muntah banyak. Cuma sekali je lah dia muntah malam tu.

Esoknya, Abe We bawa lah pergi klinik. Dalam perjalanan ke klinik, tengoklah gambar bawah ni. Terpaksalah Abe We berehat sebentar sebab memang lena betul Danish tidur. Sebab malamnya dia tak selesa nak tidur.

Bila Danish demam
Dapat susu terus lena

Bila Danish demam
Bukan main feel lagi dia tidur
Mama Harraz pula ada tender nak keluar esoknya. Jadi, dia tak dapat lah nak cuti pagi. Di sebabkan Danish pun sedap tidur, Mama Harraz suruh lah Abe We ambil dekat pejabat dia. Sebab Mama Harraz ambil cuti petang. Lega sikit Abe We. Kalau tak, kelam kabut lah dengan Danish.

Dalam setengah jam dia tidur, tiba-tiba dia muntah lagi dalam kereta. Sudah lah masa tu dalam perjalanan ke pejabat Mama Harraz. Patah balik ke klinik terus.

Lepas tu, terus Abe We bawa dia pergi jumpa doktor. Lepas jumpa doktor, ambil ubat semua, Abe We terus ambil Mama Harraz.

Scott Emulsion


Balik tu, Abe We bagi Danish ubat batuk je. Selsema dia, Abe We just bagi Scott Emulsion. Sebenarnya, Danish memang selalu dan suka minum Scott Emulsion ni. Tapi sebab dalam minggu tu aunty and nenek Danish tak sihat, agaknya Danish pun di jangkiti.


Kalau masa Danish bawah 1 tahun dulu, Abe We selalu bagi dia Infant Drops.

Infant Drops

2 produk ni memang membantu Danish dari demam lah. Tapi kalau duduk taska nanti, tak sure lah macam mana....huhu...
Previous
Next Post »

8 comments

Write comments
aswa leyla
AUTHOR
23 April 2015 at 17:22 delete

oloooo sian nye danish

Reply
avatar
23 April 2015 at 17:37 delete

xpe danish kuat. 2 hari je dia demam. lps tu ok dah

Reply
avatar
DRAMATIC UNIQ
AUTHOR
23 April 2015 at 17:42 delete

errr...kenapa gambar first tu muka Papa Danish macam excited je....??!! hahahahhaaa...

harap2 lepas ni Danish sihat2 selalu and membesar bagai juaraaaa....!! :p

Reply
avatar
Cik Iput
AUTHOR
24 April 2015 at 00:08 delete

semoga Danish cepat sembuh

Reply
avatar
24 April 2015 at 09:11 delete

nk lawan lesung pipit akif....xdpt celen lg la

Reply
avatar
24 April 2015 at 09:12 delete

da baik pun dia. 2 hr je demam

Reply
avatar
Eny Abdullah
AUTHOR
25 April 2015 at 10:17 delete

tu selfie bapak dia sibuk nak selit sekali hahahaha..
semoga cepat sembuh ye Danish....

Reply
avatar
Anizz Annisa
AUTHOR
25 April 2015 at 22:28 delete

kesian danish demam ye.. danish nak kuat ni..boleh main wrestling dengan papa dia..hahah

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.