Aeon Big Members Day

Aeon Big Members Day

Aeon Big Members Day

Abe We nak cerita pengalaman Abe We yang kerap berkunjung ke Aeon Big Alamanda.


Setiap 28 haribulan setiap bulan, Aeon Big akan mengadakan Aeon Big Members Day untuk pemegang kad keahlian Aeon Big. Dan akan di berikan potongan harga 5% untuk setiap barangan yang kita beli.

Aeon Big Penipu

Ini adalah berdasarkan pematauan Abe We beberapa ketika. Sebagai contoh, Abe We selalunya akan beli Drypers dan juga Anmum. 

Dan semalam Abe We pergi Aeon Big Alamanda lagi. Drypers di jual pada harga RM30.90. Tetapi pada 28/3/2015, apa yang Abe We nampak, harga Drypers naik kepada RM33.90.  Dan bila di tolak 5% diskaun, harganya menjadi RM32.21. Anda nampak di situ?

Ini adalah atas pemerhatian Abe We. Bukan semua produk Abe We buat analisa. Tetapi bila ada anak kecil, pamperslah penyumbang kepada aliran wang di dalam rumah.

Seeloknya, sebelum kita membeli, kita pastikan harga sebelum dan selepas tawaran di buat. Kuasa membeli pada kita.

Jika ada kekhilafan dari pemantauan dan pemerhatian Abe We, maafkan ye :)

Share this:

Disqus Comments