Halaman

    Social Items


Telegram di PC

Yeahh..Pagi-pagi lagi topik perbualan #EFG berkaitan dengan masalah Whatsapp yang berat dan telefon semua orang menjadi tergendala. Dan pagi ini #EFG telah menukar siaran dari Whatsapp kepada Telegram

Telegram di PC

Telegram bukan sahaja boleh di gunakan di telefon, malah ia boleh juga di gunakan di komputer. Terdapat 2 cara untuk memasang telegram di komputer:-

  1. Memasang Telegram secara kekal
  2. Memasang Telegram secara mudah alih (portable)
Abe We telah memilih cara ke-2 kerana menggunakan komputer pejabat, kita tidak boleh memasang aplikasi tanpa kebenaran. Oleh itu, kita perlu memasang secara mudah alih yang mana ianya tidak memerlukan kebenaran.

Untuk memasang Telegram secara kekal sila ke https://desktop.telegram.org/

Bagi yang ingin memasang Telegram secara mudah alih boleh muat turun di sini https://drive.google.com/file/d/0B1kOOLJTfqw0cC1VMWY1VC1DWlU/view?usp=sharing


Selamat berTelegram.

Telegram di PC

Pakej Murah percutian di pulau

Hari ni, Abe We nak kongsikan satu Pakej Murah Percutian ke Pulau. Kepada yang berminat, boleh baca seterusnya.

Pakej Murah percutian di pulau


Abe We nak kongsikan Pakej Murah Percutian ke Pulau. Percutian ke pulau ni, kita tak perlukan modal yang besar. Menarik bukan? Lagi pula, sempena cuti panjang bermula 1 Mei ni.

Pakej serendah RM10.00

Dengan hanya bermodal serendah RM10.00, Abe We nak kongsikan sebuah percutian bertaraf lagenda dengan kos yang murah.

Ya, tiada GST di kenakan.

Lokasi pulau tercantik

Dengan hanya RM10.00, mari kita lihat lokasi percutian bajet kita.

Pakej Murah percutian di pulau

Itu dia, kampung Pulau Meranti. Memang bajet. Dekat Puchong. Sekali lagi, memang bajet untuk Abe We. Hahahaha... Dekat dengan Cyberjaya, Putrajaya dan Puchong.





............................kikiki..................................Abe We tengah tension.....................................

Pakej Murah percutian di pulau

How to fix invalid rss feed

Berkenaan dengan tajuk How to fix invalid rss feed, ada rakan yang memberitahu mereka gagal memperbetulkan feed mereka.


Untuk masalah ini, kita perlu memasukkan coding ke dalam blog kita. Untuk itu, ikuti langkah ini.

1. Pergi ke Dashboard>Template>Edit HTML. Search </b:skin>. Sebelum </b:skin> anda akan jumpa </b:if>


Bagi sesetengah blog, ada coding seperti di bawah ini. Jika ada coding ini, sila delete.


2. Setelah itu, jarakkan dalam 3 baris.


3. Copy code di bawah gambar ini dan paste seperti di dalam gambar ini.



<b:if cond='data:blog.isMobile'>
      <meta content='width=device-width,initial-scale=1.0,minimum-scale=1.0,maximum-scale=1.0' name='viewport'/>
    <b:else/>
      <meta content='width=1100' name='viewport'/>
    </b:if>
    <b:include data='blog' name='all-head-content'/>
    <title><data:blog.pageTitle/></title>


Sekian......


Part 2: How to fix invalid rss feed

Aeon Big Members Day

Abe We nak cerita pengalaman Abe We yang kerap berkunjung ke Aeon Big Alamanda.


Setiap 28 haribulan setiap bulan, Aeon Big akan mengadakan Aeon Big Members Day untuk pemegang kad keahlian Aeon Big. Dan akan di berikan potongan harga 5% untuk setiap barangan yang kita beli.

Aeon Big Penipu

Ini adalah berdasarkan pematauan Abe We beberapa ketika. Sebagai contoh, Abe We selalunya akan beli Drypers dan juga Anmum. 

Dan semalam Abe We pergi Aeon Big Alamanda lagi. Drypers di jual pada harga RM30.90. Tetapi pada 28/3/2015, apa yang Abe We nampak, harga Drypers naik kepada RM33.90.  Dan bila di tolak 5% diskaun, harganya menjadi RM32.21. Anda nampak di situ?

Ini adalah atas pemerhatian Abe We. Bukan semua produk Abe We buat analisa. Tetapi bila ada anak kecil, pamperslah penyumbang kepada aliran wang di dalam rumah.

Seeloknya, sebelum kita membeli, kita pastikan harga sebelum dan selepas tawaran di buat. Kuasa membeli pada kita.

Jika ada kekhilafan dari pemantauan dan pemerhatian Abe We, maafkan ye :)

Aeon Big Members Day

Rawatan akupuntur

Hari sabtu lepas, Abe We bawalah Danish pergi rawatan akupuntur di Pelangi Damansara. Nama tempatnya Low Acupuncture & Traditional Medicine.


Klinik akupuntur


Bagi sesiapa yang kurang pasti tempat ini di mana, ia nya terletak di belakang IKEA lebih kurang dalam 1.5 - 2 kilometer di belakang IKEA. Klinik ni berada di sebelah kanan. Paling jelas trademark dekat kawasan tu ialah restoran Global Ikhwan Sdn Bhd (geng al-arqam) dan juga di sebelahnya ada 99 speedmart.


Doktor Low ini memang pakar dalam akupuntur. Abe We, Mama Harraz, Atuk Harraz, Nenek Harraz dan Aunty Harraz semua pernah pergi sini.

Cara rawatan Doktor Low ini, dia mengesan penyakit dengan membetulkan tulang belakang. Sebenarnya, tanpa kita sedar, tulang belakang kita berkemungkinan bengkok yang mana ini akan menyebabkan kita di serang pelbagai penyakit. Dari itu, Doktor Low akan membetulkan kedudukan tulang belakang kita dahulu, di ikuti dengan rawatan akupuntur.



Tujuan Abe We bawa Danish pergi sini kerana Aunty Harraz telah mengesan berkemungkinan tulang belakang Danish bengkok dan dadanya sedikit ternaik. Masa Danish umur 6 bulan, Danish pernah terjatuh katil. Mungkin Danish tengah berangan-angan nak jadi penerjun negara agaknya. Heheee..,

Tapi, bila Abe We talifon Doktor Low, dia kata kalau budak tu aktif dan tak ada tanda-tanda negatif, tak perlu dapatkan rawatan. Sebabnya, budak-budak akan membesar, dan mereka akan kerap jatuh. So, kalau betulkan sekarang, kemudian hari akan berlaku lagi dan ongkos rawatannya pun ehem-ehem....... Tapi tak apalah, Abe We bawa untuk pergi check sajalah.


Buat apa datang sini ek?
Lari-lari kita happy....

Gambar masa rawatan Abe We tak dapat nak ambil. Sebab Abe We pegang Danish. Bayangkanlah doktor tu tekan tulang belakang Danish. Memang menangis lah. Lepas sudah tekan, doktor cucuk 3 batang jarum akupuntur dekat tengkuk (2), dekat bawah dagu (1) untuk adjust Danish cepat cakap. 

Harga akupuntur

Harga rawatan akupuntur ini ialah:-

Pendaftaran = RM70
Tulang Belakang = RM250
Jarum = RM10/batang

Kalau harga rawatan orang dewasa biasanya serendah RM300++. Biasanya Abe We buat 2 kali rawatan. Mahal kau. Hahaha.....

Lepas rawatan akupuntur ni, setengah jam selepas rawatan kita tak boleh minum, 4 jam selepas rawatan kita tak boleh kena air dan angin. Tahan je lah dalam masa 4 jam tu ye.

Lepas tu puas menangis, kami jalan-jalan di IKEA dan Danish pun................................

Capek sekali badan gue.

Danish pergi akupuntur

Kedai Ukulele di Alamanda

Sebenarnya setiap kali pergi Alamanda, Abe We selalu juga lalu dekat stall ni. Tapi malam tadi, singgah sekejap. Geram pula tengok ukulele yang sebelah warna pink tu. Actually, dua-dua pun cantik juga.


Harga Ukulele

Abe We memang dah da satu ukulele dekat rumah. Murah je beli. Dalam RM75. Tapi, bukanlah jenama yang terkenal. Janji ada je. Nak try main. Tapi tak berjaya gak. Hahaha... Yang colourful depan tu harga dia RM95.00. Jenama Mahalo dengan jenama yang tak berapa pasti. Kalau jenama Mahalo, harga gitar yang colourful tu memang standard lah.


Tapi ukulele yang corak wooden tu, memang harga dia mahallah. Pergi mana-mana pun sama je. Harga boleh dapat sebiji gitar akustik atau pun gitar elektrik. Range harga dari RM200 ke atas. Tapi memang cantik. Siapalah yang sudi hadiahkan Abe We agaknya ye? Tunggu juga ni...


Selain ukulele, ada juga sebiji guitarlele. Barisan bawah, nombor 3 dari belakang. Yang ada 6 tali tu. Harganya kalau tak silap dalam RM400++. Ukulele, guitarlele dan pecel lele tidak sama ya. Nanti ada pula yang nak beli pecel lele dekat kedai ni. hehehe....

Cantiknya ukulele dengan guitarlele tu........

Siapa sudi hadiahkan birthday Abe We? huhuuuu............

Kalau ada ukulele cantik pun, tapi fail je main tak guna gak kan? Tapi tak kira, nak gak....

Kedai Ukulele di Alamanda

Hantu Bungkus Ikat Tepi

Malam tadi Abe We berkesempatanlah tonton cerita Hantu Bungkus Ikat Tepi di Astro First. Kalau nak tontong dekat wayang memang tak dapatlah. Al-maklumlah, ada si kecil tu.

Hantu Bungkus Ikat Tepi

Memang teruja lah bila keluar filem baru then terus tonton. Lagi-lagi bila ada Nora Danish. Huhuuu... Rasanya kumpulan jambu ni pun baru 1st time diorang berlakon filem.

Tapi bila dah tonton, rasa macam tak perlu kot nak pergi wayang. Bukan nak jatuhkan filem ni, tapi bila tengok ending filem ni, amatlah menyakitkan hati.

Intro filem

Intro filem ni bermula semasa Tauke, Yus dan Abam pergi jalan-jalan naik kereta. Semasa tengah memandu tu, mereka terserempak dengan sekujur tubuh di tengah jalan yang kaku dan berdarah. Kemudian mereka bertiga pun keluar kereta untuk melihat mayat tu. 


Lepas tu, Abam mencabut pisau yang terlekat pada mayat tu dan Yus menuduh Abam sebagai pembunuh. Kemudian Abam pass pisau tu kepada Tauke dan Yus dan berlaku tudun-menuduh. Start dari situ, mereka rasa bersalah dan nak kuburkan mayat tu.

Pertengahan filem


Mereka bawa mayat tu ke suatu tempat yang gelap dan kapankan mayat tu. Tauke bertindak sebagai penggali kubur. Kemudian Yus bertanya kepada Tauke "Kenapa kau ikat tepi mayat ni?". Tauke pun jawab "Kalau polis jumpa mayat ikat tepi ni, senanglah kita nak tahu mayat ni kita yang tanam". Kemudian mereka berempat bersepakat mencari pembunuh mayat itu dan bermulalah sebuah pencarian.


Dalam pencarian mereka itu, mereka berjumpa pelbagai klu atau kata penunjuk. Berhenti di kedai motorsikal, pekerja kedai tu suruh beli helmet. Di helmet tu ada kata kunci yang membawa ke suatu tempat. Dan di setiap tempat ada kata kuncinya sendiri.

Penghujung filem

Setelah jumpa kata kunci yang terakhir, mereka masuk ke satu rumah pangsa terbengkalai dan naik ke tingkat atas. Bila tiba sahaja di tingkat atas, mereka buka pintu dan tiba-tiba.......

Tiba-tiba.... Ada Faizal Ismail dan ramai orang dalam bilik tu. Rupa-rupanya, pencarian mereka sebenarnya di dalam sebuah game show untuk mencari pembunuh hantu bungkus ikat tepi tu. Dan mereka adalah kumpulan terakhir yang sampai. Dan Faizal juga berkata, Nora Danishlah yang membawa mereka menyertai game show tersebut tanpa pengetahuan Tauke, Yus dan Abam.

Ending yang agak menghampakan sebenarnya....

Nak tonton ke tidak, terpulanglah..............



kredit : broframestone

Review Wayang : Hantu Bungkus Ikat Tepi

Bila Danish demam

Al-kisah, minggu lepas si budak kecik ni pun jatuh demam lah. Bukanlah demam teruk sangat, tapi selsema dengan batuk yang boleh merunsingkan.

Danish
Muka sebelum pergi klinik
Danish ni jenis jarang demam. Al-maklumlah atuk, nenek and aunty dia jaga tip top. Biasanya paling teruk pun hanyalah selsema.
Pagi hari Rabu minggu lepas, Abe We sudah dapat kesan Danish nak selsema. Apa yang Abe We perasan, masa tidur tu dia tak boleh nak habiskan sebotol susu. Kemudian, sebelum pergi kerja, Abe We letak dia dalam buaian. Dari situ terdengar ada hingus dekat hidung dia.

Masa aunty dia jaga siang petang tu, langsung Danish tak boleh nak tidur. Hidung tersumbat.

Malam tu masa Danish tidur, dalam pukul 2 - 3 pagi, tiba-tiba dia batuk. Batuk punya batuk, lepas tu termuntah. Ala...kasihan si budak kecik ni. Tapi tak lah muntah banyak. Cuma sekali je lah dia muntah malam tu.

Esoknya, Abe We bawa lah pergi klinik. Dalam perjalanan ke klinik, tengoklah gambar bawah ni. Terpaksalah Abe We berehat sebentar sebab memang lena betul Danish tidur. Sebab malamnya dia tak selesa nak tidur.

Bila Danish demam
Dapat susu terus lena

Bila Danish demam
Bukan main feel lagi dia tidur
Mama Harraz pula ada tender nak keluar esoknya. Jadi, dia tak dapat lah nak cuti pagi. Di sebabkan Danish pun sedap tidur, Mama Harraz suruh lah Abe We ambil dekat pejabat dia. Sebab Mama Harraz ambil cuti petang. Lega sikit Abe We. Kalau tak, kelam kabut lah dengan Danish.

Dalam setengah jam dia tidur, tiba-tiba dia muntah lagi dalam kereta. Sudah lah masa tu dalam perjalanan ke pejabat Mama Harraz. Patah balik ke klinik terus.

Lepas tu, terus Abe We bawa dia pergi jumpa doktor. Lepas jumpa doktor, ambil ubat semua, Abe We terus ambil Mama Harraz.

Scott Emulsion


Balik tu, Abe We bagi Danish ubat batuk je. Selsema dia, Abe We just bagi Scott Emulsion. Sebenarnya, Danish memang selalu dan suka minum Scott Emulsion ni. Tapi sebab dalam minggu tu aunty and nenek Danish tak sihat, agaknya Danish pun di jangkiti.


Kalau masa Danish bawah 1 tahun dulu, Abe We selalu bagi dia Infant Drops.

Infant Drops

2 produk ni memang membantu Danish dari demam lah. Tapi kalau duduk taska nanti, tak sure lah macam mana....huhu...

Bila Danish demam

How to register with Alexa

Ranking dari Alexa amat berkait rapat dengan blog/laman web. Alexa memberikan gambaran tepat kedudukan ranking blog/laman web di seluruh dunia. Malah Alexa juga boleh menunjukkan kedudukan ranking blog anda di negara anda sahaja.

Bagaimana cara mendaftar akaun Alexa?

Cara daftar akaun Alexa


1. Pergi ke www.alexa.com dan klik Crean an Account bagi yang belum ada akaun alexa.


2. Masukkan alamat email anda dan klik Create


3. Alexa akan memaklumkan mereka telah menghantar notifikasi ke email anda


3. Pergi ke email anda dan periksa email dari Alexa.


4. Klik link yang di beri oleh Alexa untuk mengaktifkan akaun alexa anda.


5. Masukkan password dan klik Submit Password.


6. Klik +Add My Site


7. Masukkan alamat blog/laman web anda dan klik View Plans & Pricing.


8. Setelah itu akan tertera plan dan harga. Anda perlu skrol ke bawah sedikit.


9. Pastikan skrol perlahan-lahan dan pastikan anda terjumpa gambar seperti di bawah dan klik Claim a site.


10. Masukkan alamat blog/laman web anda dan klik Continue.


11. Akan tertera 3 kaedah untuk mengklaim laman web anda. Tekan pada Method 2.


12. Sila copy <meta name="alexaVerifyID" content="xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx"/>


13. Buka dashboard blog anda dan pergi ke Template>Edit HTML dan paste kod alexa tadi di bawah <head> seperti di bawah ini.


14. Setelah itu pergi semula ke page Alexa tadi dan klik Verify my ID.


Cara daftar blog di Alexa

Jam tangan outdoor terbaik dari Zalora

Bagi penggemar sukan atau kaki outdoor, pemilihan jam tangan outdoor yang sesuai merupakan salah satu faktor yang penting. 

zalora

Ini kerana, jam tangan yang mempunyai ciri-ciri khas dapat membantu merekod prestasi anda ketika bersukan serta berguna ketika keadaan-keadaan tertentu. 

Aktiviti outdoor dan lasak seperti ber’camping’, wall climbing, berbasikal, marathon dan sukan outdoor lain memerlukan jam tangan outdoor yang tahan lasak sesuai dengan aktiviti yang di lakukan pemakainya.

Ciri-ciri pemilihan jam tangan outdoor

Penggemar sukan outdoor amat menitikberatkan ciri-ciri pemilihan jam tangan outdoor. Bukan hanya sekadar jam biasa, jam tangan outdoor mestilah mempunyai ciri-ciri khas dan mempunyai kelebihan dari jam tangan biasa.

zalora

1. Ketahanan

Jam tangan outdoor mestilah mempunyai ketahanan yang tinggi dan perlu mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dari jam tangan biasa.

2. Kelasakan

Tahan hentakan, tahan calar, tahan panas dan juga tahan berada dalam air antara ciri-ciri kelasakan yang perlu ada pada sesebuah jam tangan outdoor.

3. Mudah di lihat

Jam tangan digital adalah pemilihan yang tepat bagi aktiviti outdoor kerana mudah di lihat samada pada waktu siang atau malam.

4. Keselesaan

Pemilihan jam tangan outdoor yang bertali sintetik mampu memberikan keselesaan kepada pemakainya dan mampu memberikan "grip" atau cengkaman yang kuat pada tangan pemakainya dan tidak mudah tercabut atau longgar.

5. Ciri-ciri khas

Jam tangan yang mempunyai lampu, tahan kedalaman air yang tinggi, boleh merekod masa, di lengkapi dengan kompas, di lengkapi sel solar dan bateri caj semula adalah antara ciri-ciri khas yang perlu ada.

6. Nilai estetik

Apabila ciri-ciri di atas lengkap maka nilai estetik bagi mata si pemakai perlu ada bagi menonjolkan keterampilan si pemakai.

Bagaimana pula dengan harganya?

Dengan berbelanja di Zalora, anda jangan risau. Ini kerana Zalora memberikan anda jam tangan outdoor yang terbaik dan yang paling penting Zalora menawarkan pada harga yang berpatutan.

zalora

Antara jenama jam tangan outdoor yang terdapat di Zalora ialah Jaxon, Eyki, Casio, Q&Q by Citizen, Adidas, Weide, Sector, Chronosport dan Fossil

Dan seperti yang disebut sebentar tadi, pastikan ciri-ciri yang anda ingini ada pada jam tangan tersebut seperti stop watch, alarm, light dan banyak lagi!

Jam tangan outdoor terbaik dari Zalora

How to register Google Analytics

Apa itu Google Analytics


Google Analytics ialah satu aplikasi percuma dari google bagi pemilik laman web dan juga blog yang mana Google Analytics boleh memberikan report berkenaan laman web atau blog merangkumi data pengunjung, data paparan halaman atau page views, data dari mana pengunjung datang dan pelbagai data lagi.

Google Analytics adalah sangat penting kerana pemilik laman web atau blog boleh melihat Unique Visits atau UV yang mana ia dapat memberikan data tepat jumlah pengunjung dan UV ini amat di perlukan oleh pengiklan di luar bagi melihat prestasi sesebuah laman web atau blog. 

Cara mendaftar Google Analytics


2. Sign in (jika sudah memiliki akaun google) atau Create new account (jika tidak miliki akaun google)


3. Sign in


3. Tekan butang Sign up


4. Isikan maklumat seperti di bawah dan tekan butang biru (Get tracking ID)


5.  Tekan butang I Accept


6. Copy tracking id seperti di bawah


7. Buka dashboard blog. Pergi ke Templates>Edit Html. Paste tracking id tadi di bawah <head> dan save template.


8. Buka semula Google Analytics dan pergi ke Reporting untuk mencari pelbagai data di sebelah kiri.
Untuk mencari data Unique Visits, pergi ke Audience>Overiew. Di sebelahnya terdapat satu line biru seperti di bawah dan terdapat kotak kecil di bawah Overview. Anda boleh tukar kepada Users untuk melihat UV atau Session untuk melihat Page View atau apa sahaja di situ


Google Analytics di peranti telefon

Google Analytics juga telah melancarkan aplikasi nya di telefon https://play.google.com/store/apps/details?id=com.google.android.apps.giant&hl=en. Anda boleh pergi ke Google Play dan taipkan Google Analytics.

How to register Google Analytics


carian di sini



Subscribe Our Newsletter