Kisah sebenar video remaja pukul orang tua





remaja pukul orang tua


video

Apalah mo jadi sama budak sekarang. Sik ada otak. Di pukulnya orang tua.

di petik dari Harian Metro

Remaja pukul orang tua


Sudahlah mabuk, pukul orang pula. Itu kisah sebenar video dua lelaki memukul seorang lelaki dalam kejadian dikatakan berlaku di Jalan Bako, di sini, yang ‘viral’ di laman sosial sejak petang tadi.

Kejadian 3.30 petang itu sebenarnya berlaku di Jalan Demak, di sini, membabitkan mangsa berusia 46 tahun yang sudah membuat laporan polis selepas kejadian.

Berdasarkan laporan dibuat, pada mulanya mangsa bersama rakannya yang memandu Toyota Unser melalui kawasan berkenaan sebelum mendapati ada sebuah motosikal tanpa nombor pendaftaran ditunggang dalam keadaan bahaya.

Rakan mangsa membunyikan hon untuk menegur penunggang motosikal itu tetapi menerima ‘hadiah’ isyarat lucah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Entusa Imam berkata, penunggang motosikal itu memberhentikan kenderaannya, diikuti mangsa dan rakannya.

"Mangsa dan rakannya memberhentikan kenderaan, turun daripada kereta dan berlaku pertengkaran dengan penunggang motosikal yang dipercayai dalam keadaan mabuk.

"Tiba-tiba penunggang motosikal itu dengan rakannya memukul mangsa dengan topi keledar, manakala rakan mangsa dihalang daripada membantu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

“Akibat kejadian itu mangsa lebam di kepala dan dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya

Menurut Entusa, siasatan masih dijalankan dan setakat ini belum ada tangkapan dibuat.

"Saksi yang menyaksikan kejadian diminta tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.
Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
anajingga
AUTHOR
17 March 2015 at 21:20 delete

dah kena tangkap kan, tadi kak ana tengok kat news :)

Reply
avatar
18 March 2015 at 08:36 delete

tinggal lagi sorang masih bebas

Reply
avatar
Anizz Annisa
AUTHOR
18 March 2015 at 14:20 delete

Xde akal la budak2 nie.. Adoyaii

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.