Aku, wife dan Tart Shell

Aku, wife dan Tart Shell


Tart Shell

Aku dapat order dari office mate aku untuk buat tart shell. Biasanya, paling banyak order pun 200 biji. Tapi kali ni, dia up lagi jadi 300 biji. Mak aih....rabak la mata aku nak buat ni.

Sebelum ini, yang order 200 tu, kita orang akan buat siang hari. Biasanya dari pukul 12.00 tengah hari dan habis pukul 7.00 malam.

Lantas, aku pun bagitahu wife aku, ada order 300 biji tart shell. Wife aku kata "OK. Tapi kali ni kita buat malamlah. Nanti senang seikit. Danish pun dah tidur waktu tu."

Aku pun tak dapat nak bayangkan, buat malam tuh... Mata aku ni pukul 10.00 malam pun dah kelat-kelat je. Agak mencabar ni.

So, hari jumaat petang, lepas office hour kita orang pun cari lah bahan-bahan.

Malam kejadian, bersamaan Sabtu malam Ahad, aku tanya wife aku lagi. "Betul ke nak buat malam ni?" Dia pun cakap "Ikutlah, kalau buat malam ni, esok boleh rehat"

Dengan penuh tawakal kita orang pun start pukul 11.00 malam. Memang rabak mata aku malam tu. Buat punya buat, pukul 5.00 pagi siap. Itu pun masih kurang 50 biji lagi. Aku cakaplah dengan wife aku, aku dah tak tahan. Tilam tu dah rindu aku sangat. Huhuuu


Dan hasilnya....



Saiz tart shell ni agak besar. Besar duit 5 posen kot. Sesuai untuk fruit tart. Sekali ngap, kenyang 2 hari. Hahahaaa....



baca pun dah. Order bila lagi? Kalau nak order, boleh je pm. Kami terima dengan redha :)



Share this:

Disqus Comments