Nahas pesawat di Perancis

Nahas pesawat di Perancis

Sebuah pesawat syarikat penerbangan tambang murah Jerman dilaporkan terhempas berhampiran sebuah pusat peranginan ski di Banjaran Alps, selatan Perancis hari ini dengan kesemua 150 orang penumpang dan anak kapal dikhuatiri terkorban.

Pesawat berkenaan dalam pe­nerbangan dari Barcelona ke Duesseldorf, Jerman sebelum terhempas di sekitar Barcelonnette, tenggara negara ini.

Nahas pesawat di Perancis

Sumber berkata, pesawat itu mengeluarkan isyarat kecemasan pada pukul 9.47 pagi waktu tempatan (5.47 petang waktu Malaysia).

Nahas pesawat di PerancisUsaha mencari dan menyelamat dijangka mengalami kesukaran dan memakan masa yang lama kerana kawasan pesawat terhempas terletak pada kedudukan tinggi 2,000 meter dari aras laut.

Nahas pesawat di Perancis

Pesawat berkenaan merupakan milik Germanwings, anak syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa.

Nahas pesawat di Perancis

Presiden Perancis, Francois Hollande berkata, kesemua 144 penumpang dan enam anak kapal pesawat Airbus A320 itu dikhua­tiri terkorban dalam kemalangan tersebut, dengan 45 daripada mereka merupakan rakyat Sepanyol.

Nahas pesawat di Perancis

“Tiada sebarang tanda menunjukkan ada mangsa yang terselamat,” jelas Hollande dalam satu sidang media, di sini.

Dalam perkembangan sama, Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve berkata, serpihan pesawat sudah ditemukan dan pasukan mencari dan menyelamat kini dalam perjalanan ke tempat kejadian.

“Punca sebenar kemalangan sehingga kini masih tidak diketahui,” kata Perdana Menteri, Manuel Valls. – AFP/REUTERS


Nahas pesawat di Perancis

Nahas pesawat di Perancis

Nahas pesawat di Perancis

Nahas pesawat di Perancis

Nahas pesawat di Perancis

Nahas pesawat di Perancis

Nahas pesawat di Perancis

Previous
Next Post »
5 Komentar untuk "Nahas pesawat di Perancis"

takutnya sekarang nak naik flight kan ewan..

btul tu. nak naik dlm malaysia pun takut. lg lah nk g jauh

Allahu Akhbar....!! Allah s.w.t. jua lah yang memiliki segala yang di langit dan di bumi.... semoga kita semua dilindungiNya... Aamiin..

*alaaaa... Sabtu ni nak terbang ke Kota Bharu... huhuhuhuuu...*

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF