">

Mulakan pagi dengan habbatussauda dan vit C1000mg

/
2 Comments
Khasiat habbatussauda
Habbatussauda dan Vitamic C1000mg

Inilah antara juadah abe we lepas breakfast. Habbatussauda dan juga Vitamin C1000mg.

Kelebihan Habbatussauda


Antara beberapa kelebihan habbatussauda:-
  1. Meningkatkan sistem imunisasi
  2. Anti-histamine
  3. Anti-tumor
  4. Anti-bakteria
  5. Anti-radang (anti-inflammation)
  6. Menggalakkan pengeluaran susu (bukan utk abe we)
Orang cakap dan berdasarkan pembacaan abe we, ubat paling murah sekali di antara ubat ialah habbatussauda. Mana taknya, dengan pelbagai khasiat, dengan harga sebotol RM10, tak tahu lah bila nak habisnya. Makan tahun ni. heheee.....

~Happy Monday~

Kaedah makan Habbatussauda

Antara petua amalan pemakanan habbatussauda

  1. Makan 7 biji Jintan Hitam sebelum tidur dan 7 biji selepas bangun tidur. Kebaikan: menjaga kesihatan menyeluruh, memberi tenaga pada tubuh, mengurangkan kolesterol, membanyakkan susu ibu.
  2. Goreng 1 sudu kecil Jintan Hitam dan kisar menjadi serbuk. Campur dalam air suam dan tambah 1 sudu besar madu. Kebaikan: masalah kencing tidak lawas, melancarkan keluar haid bagi wanita.
  3. Rebus susu segar atas air mendidih. Campur 1 sudu teh Jintan Hitam. Campur 1 sudu besar madu. Kemudian minum suam sebelum melakukan hubungan suami isterii. Kebaikan: kesihatan tenaga batin.
  4. Campur serbuk Jintan Hitam dengan air suam dan berkumur. Kebaikkan: mengurangkan sakit gigi.
  5. Campur 1 sudu besar cuka dan 1 sudu kecil Jintan Hitam. Kebaikkan: membunuh cacing dalam perut.
  6. Campur 1 sudu kecil Jintan Hitam, 1 sudu kecil perahan limau dan 1 sudu besar madu. Makan 2-3 kali sehari. Kebaikkan: menghilangkan demam selsema dan sakit tekak.


You may also like

2 comments:

  1. inshaAllah akan cuba mengamalkannya.. thanx info... :D

    ReplyDelete
  2. Kanda pon ade beli vit C1000mg....
    ohhh bagus yea kalau makan dengan habbatulsauda

    ReplyDelete