Mee bandung Muar

Mee bandung Muar

Mee bandung Muar
Mee bandung Muar dengan air teh halia

Kesinambungan dari Bila Danish Balik Kampung, malam tu abe we meneruskan misi mencari mee bandung terhebat di Muar.

Mee Bandung Muar yang Best

Misi mencari mee bandung Muar yang best tidak kesampaian malam itu. Kedai yang di cari di hadapan Sekolah Menengah Sains Muar tutup pula.

So, pusing bandar Muar, nampaklah kedai yang bernama Kopicat.

Di sebabkan misi malam tu ialah mee bandung Muar, so abe we, wife dengan mak mertua pun orderlah mee bandung Muar di sini.

Bila 3 3 makan mee bandung, kalau tak sedap, memang haru lah jadinya. Lepas beberapa minit tunggu, akhirnya mee bandung pun sampai. Macam dekat gambar atas tu. Mangkuk dia besar. Rasa dia pedas. Memang cayaq hinguih. Abe we makan tak habis pun. Sebab tak tahan. Kuah dia pekat. Wife abe we pun tak tahan. Dan disebabkan tak tahan pedasnya, kami pun order beef steek.

beef steek muar
Beef Steek
Sebab apa kami order beef steek? Sebab rata-rata yang datang kedai ni order western food. So pada pandangan kami, western food di sini mesti lah ok. Bila beef steek sampai je, Danish minta french fries (dia memang suka sangat). 

Beef steek di sini, rupa parasnya bulat dan dagingnya agak tebal. Bila di potong agak liat sikit. Dan bila di gigit pun agak liat sedikit (jenuh gak nak kunyah). Last-last beef steek ni pun tak habis. Huhu..... So kesimpulannya, biasa-biasa aja kedai ni.

Share this:

Disqus Comments