Bubur merah putih

Bubur merah putih


Dah lama aku tak makan bubur ni. Seingatan akulah, agaknya lah atau pada pandangan akulah, rasanya macam dekat 10 tahun tak makan bubur ni.

Al kisahnya, semalam, ada jiran aku bagi bubur ni. Aku pun agak terkejut juga. Sebab bubur ni dah kira rare untuk zaman sekarang ni.

bubur merah putih

Ini adalah adat orang jawa ataupun wong jowo [Selamatlah aku ni kacukan].Kalau nak ikutkan, setiap kali ada orang bagi bubur ni, mesti ada sesuatu keraian. Contoh, lepas sunat ke, khatam quran ke. Tapi yang ni tak pasti plak. Biasanya kalau ada orang lepas kahwin, tuan rumah akan bagi bubur sum sum. Sebab dah lama sangat tak makan bubur ni, tak tahulah apa keraian yang dia buat tu.



p/s: aku dah tokakkan dulu bubur ni. Hahahaha..... Tak sabar nak rasa.

Share this:

Disqus Comments