Bila Danish balik kampung

Bila Danish balik kampung


Abe we sebenarnya cukup risau kalau bawa budak tecit ni balik kampung. Lagi-lagi rumah papan. Dengan cuaca panas sekarang ni. Kalau panas, makanya, naiklah ruam dekat leher dia. Macam mat saleh betul budak tecik ni.

Alkisahnya weekend hari tu abe we pun baliklah kampung sebelah wife dekat Kesang Tasek. Ada kenduri kahwin dua pupu wife. Ayah pengantin tu cousin wife dan pemilik homestay ni (yang rumah batu tu). Yang rumah kayu tu, parent dia punyalah a.k.a makcik wife abe we.

So, da setel tengok pengantin, kita orang pun pergilah ke rumah makcik abe we. Almaklumlah, dengan cuaca panas, mana tahan nak duduk lama-lama dekat kenduri kahwin. Sampai je rumah makcik abe we, kita orang pun cepat-cepat mandikan Danish. Kebetulan atuk dengan nenek Danish nak g Muo (Muar) petang tu. Tinggalah kita orang bertiga. Makcik wife abe we masih dekat kenduri lagi.

2, 3 makan nenas, petang ini memang panas

Buka 2 kipas full speed pun tak rasa. Memang panas betul. Macam orang tua cakap "rumah kayu panas siang, malam sejuk". Abe we dah lama tak duduk rumah kayu.

cover tab dah usang. hehehee

Untuk tidak membosankan Danish, abe we pun pasang kan lah Upin Ipin. Tengoklah gaya dia tengok tab tu. Bantal busuk dengan puting tak boleh tinggal sebelum dia tidur.

Dari pukul 3.30 petang sampai lah pukul 5.00 petang, baru dia tidur. Punya lama nak ambil mood tidur. Pukul 5.00 petang tidur, pukul 6.00 petang bangun. Ok lah tu. Dapat lah dia take-a-nap sekejap. Jadilah.

Malamnya pula kita orang makan dekat bandar Muar. Mee bandunglah apalagi. Tapi kedai feveret dekat Sekolah Sains Muar tutup malam tu. Sebab tak tahu kedai mana nak makan, kita pun ambush je lah kedai dekat tepi jalan tu. Next entri nanti abe we cerita ye.

Sambung balik cerita.

Keesokan harinya, sebelum balik putrajaya, Danish tolong atuk dengan nenek dekat belakang rumah.


Cuba teka pokok apakah ini? Jenis ulam-ulaman.


Muka gembira dapat main batu. Kemain lagi dia ni. Duduk rumah tinggi, mana nak dapat main macam ni. Sekali dapat main, tak hengat donia....hehee


Share this:

Disqus Comments