Halaman

    Social Items


Senarai barangan yang dikenakan GST

Senarai lengkap barangan yang dikenakan dan tidak dikenakan GST

Goods and Services Tax (GST) akan di laksanakan kurang dari 24 jam.

Memahami GST

GST dilevi dikenakan dicaj ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat dalam menjalankan atau meneruskan perniagaan di Malaysia oleh orang kena cukai. GST juga dikenakan ke atas pengimportan barang dan perkhidmatan.

Pembekalan bercukai adalah pembekalan yang berkadar standard atau berkadar sifar. Manakala pembekalan dikecualikan dan di luar skop bukan pembekalan bercukai. GST akan dilevi dan dikenakan ke atas nilai pembekalan.

GST hanya boleh dilevi dan dikenakan jika perniagaan itu berdaftar. Sesuatu perniagaan tidak bertanggungjawab untuk didaftarkan jika nilai pusingan tahunan pembekalan bercukai tidak mencapai nilai ambang yang ditetapkan. Oleh itu, perniagaan itu tidak boleh mengenakan dan memungut GST atas pembekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat kepada pelanggan mereka. Bagaimanapun, perniagaan boleh memohon untuk berdaftar secara sukarela.

Senarai barangan yang dikenakan GST

Berikut adalah senarai barangan yang dikenakan dan tidak di kenakan GST 6%.



Senarai lengkap barangan yang dikenakan dan tidak dikenakan GST


Wahhh..ofis mate abe we order tart shell lagi dari abe we & family sdn bhd. Huhuuu.... Haritu 300 pieces pun mata dah nak hampir roboh gamaknya. Inikan pula 500 pieces.

Nampaknya abe we kena minum orang kampung long jack macam yang +Nazlee Ismail PCL  cerita dalam entri dia.

long jack orang kampung
Nak minum macam saranan PCL

Abe we rasa, kalau minum ni, mau 3 hari mata terbeliak je. Super duper power ni. Hehee...Apa-apa pun, tak malam ni, esok malam la abe we buat.

Ya Allah, kau berilah kekuatan kepada hambamu ini.....


Doakan Abe We & Family Sdn Bhd berjaya menghabiskan 500 pieces tart shell ye.....


Order 500 pieces Tart Shell?

Khasiat habbatussauda
Habbatussauda dan Vitamic C1000mg

Inilah antara juadah abe we lepas breakfast. Habbatussauda dan juga Vitamin C1000mg.

Kelebihan Habbatussauda


Antara beberapa kelebihan habbatussauda:-
  1. Meningkatkan sistem imunisasi
  2. Anti-histamine
  3. Anti-tumor
  4. Anti-bakteria
  5. Anti-radang (anti-inflammation)
  6. Menggalakkan pengeluaran susu (bukan utk abe we)
Orang cakap dan berdasarkan pembacaan abe we, ubat paling murah sekali di antara ubat ialah habbatussauda. Mana taknya, dengan pelbagai khasiat, dengan harga sebotol RM10, tak tahu lah bila nak habisnya. Makan tahun ni. heheee.....

~Happy Monday~

Kaedah makan Habbatussauda

Antara petua amalan pemakanan habbatussauda

  1. Makan 7 biji Jintan Hitam sebelum tidur dan 7 biji selepas bangun tidur. Kebaikan: menjaga kesihatan menyeluruh, memberi tenaga pada tubuh, mengurangkan kolesterol, membanyakkan susu ibu.
  2. Goreng 1 sudu kecil Jintan Hitam dan kisar menjadi serbuk. Campur dalam air suam dan tambah 1 sudu besar madu. Kebaikan: masalah kencing tidak lawas, melancarkan keluar haid bagi wanita.
  3. Rebus susu segar atas air mendidih. Campur 1 sudu teh Jintan Hitam. Campur 1 sudu besar madu. Kemudian minum suam sebelum melakukan hubungan suami isterii. Kebaikan: kesihatan tenaga batin.
  4. Campur serbuk Jintan Hitam dengan air suam dan berkumur. Kebaikkan: mengurangkan sakit gigi.
  5. Campur 1 sudu besar cuka dan 1 sudu kecil Jintan Hitam. Kebaikkan: membunuh cacing dalam perut.
  6. Campur 1 sudu kecil Jintan Hitam, 1 sudu kecil perahan limau dan 1 sudu besar madu. Makan 2-3 kali sehari. Kebaikkan: menghilangkan demam selsema dan sakit tekak.

Mulakan pagi dengan habbatussauda dan vit C1000mg

Teori kapal terbang Germanwings terhempas


Pembantu juruterbang alami masalah peribadi

pembantu juruterbang Germanwings
Andreas Lubitz
Pasukan penyiasat nahas kapal terbang milik Germanwings telah membuat analisa awal dengan menyatakan pembantu juruterbang, Andreas Lubitz mempunyai masalah peribadi semasa bertugas.

Selepas meneliti rekod kotak hitam, penyiasat mendengar bunyi ketukan yang kuat di dalam kapal terbang yang mana penyiasat menyimpulkan bahawa juruterbang terkunci dari luar  dan telah mengetuk pintu kokpit supaya pembantu juruterbang dapat membuka pintu kokpit. 

Namun setelah menyedari kapal terbang mula menjunam, juruterbang mengetuk pintu kokpit dengan lebih kuat. Namun tiada tindakbalas dari pembantu juruterbang.

Kotak hitam pesawat Germanwings
Kotak hitam pesawat Germanwings

Kotak hitam MH17
Kotak hitam MH17

Teori kapal terbang terhempas

Penyiasat juga telah membuat teori awal kemungkinan terjadinya nahas ini.

Teori kapal terbang Germanwings terhempas
Teori kapal terbang Germanwings terhempas
Pembantu juruterbang sepatutnya boleh membuka pintu kokpit kerana terdapatnya CCTV di bahagian kokpit yang membolehkan pembantu juruterbang melihat keadaan luar kokpit dari dalam kokpit. Juruterbang juga telah mengakses pintu kokpit dengan kata laluan namun di nafikan oleh pembantu juruterbang dengan menekan suis di panel kapal terbang yang mengakibatkan kata kunci dinyahaktifkan.

Penyiasat juga mendengar suara teriakan dari penumpang pesawat sebelum kapal terbang itu terhempas semasa menganalisa kotak hitam pesawat.

Dalam pada itu juga, pihak berkuasa telah menggeladah rumah Andreas Lubitz bagi mencari bukti-bukti kukuh.


Teori kapal terbang Germanwings terhempas.

Mee bandung Muar
Mee bandung Muar dengan air teh halia

Kesinambungan dari Bila Danish Balik Kampung, malam tu abe we meneruskan misi mencari mee bandung terhebat di Muar.

Mee Bandung Muar yang Best

Misi mencari mee bandung Muar yang best tidak kesampaian malam itu. Kedai yang di cari di hadapan Sekolah Menengah Sains Muar tutup pula.

So, pusing bandar Muar, nampaklah kedai yang bernama Kopicat.

Di sebabkan misi malam tu ialah mee bandung Muar, so abe we, wife dengan mak mertua pun orderlah mee bandung Muar di sini.

Bila 3 3 makan mee bandung, kalau tak sedap, memang haru lah jadinya. Lepas beberapa minit tunggu, akhirnya mee bandung pun sampai. Macam dekat gambar atas tu. Mangkuk dia besar. Rasa dia pedas. Memang cayaq hinguih. Abe we makan tak habis pun. Sebab tak tahan. Kuah dia pekat. Wife abe we pun tak tahan. Dan disebabkan tak tahan pedasnya, kami pun order beef steek.

beef steek muar
Beef Steek
Sebab apa kami order beef steek? Sebab rata-rata yang datang kedai ni order western food. So pada pandangan kami, western food di sini mesti lah ok. Bila beef steek sampai je, Danish minta french fries (dia memang suka sangat). 

Beef steek di sini, rupa parasnya bulat dan dagingnya agak tebal. Bila di potong agak liat sikit. Dan bila di gigit pun agak liat sedikit (jenuh gak nak kunyah). Last-last beef steek ni pun tak habis. Huhu..... So kesimpulannya, biasa-biasa aja kedai ni.

Mee bandung Muar

Klik banner untuk join


Hari ni abe we datang untuk support pasukan gerak khas #efg (exchange feed group) dalam satu contest "Teka berat baby Amal Insyirah" kelolaan +irra yyan .

Bukan nak menang sangat pun. Tapi nak menunjukkan kehebatan tekaan abe we (hohohohoh. gelak sambil letak tangan di pinggang). Entah tepat entah tidak. Agak-agak je lah ye

Ok buk +irra yyan , Abe we yang kacak ingin teka. Berat baby Amal ialah:-

3.25kg
Kalau awak yang baca ni nak join juga, boleh. Kita lihat hadiah dan peraturan dia di bawah ini:-

...................................................................................................................................................................

Hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100

Pemenang adalah peneka paling tepat. Jika tiada jawapan paling tepat, jawapan paling hampir di kira sebagai pemenang.

Tarikh tamat penyertaan adalah pada bila-bila masa sahaja bergantung kepada penganjur.

Penyertaan nya mudah aja:

1. Follow blog www.irrayyan.com dan
           instagr.am/rayyankata

2. 
 Follow blog sponsor

3. Masukkan blog di bawah ke dalam bloglist
  1. ana www.anajingga.blogspot.com
  2. kc www.memburucintamu.blogspot.com
  3. sha www.awansayatasana.blogspot.com
  4. pcl www.nazlee.com
  5. anis www.adnan-daughter.blogspot.com

4. Follow instagram

Peraduan teka berat Amal Insyirah oleh mummy Irra


Nak cerita pasal tips blogging, memang bukan kepakaran abe we. Tahulah sikit-sikit berdasarkan pembacaan bersama En Google. Selain itu sifu Hasrul Hassan banyak membantu.

Atas permintaan pasukan gerak khas #Exchangefeeblog yang berkekuatan 24 anggota, maka abe we luahkan lah sedikit ilmu di sudut kamar hatimu nyanyian Jamal Abdillah sanubari ini.

Apa yang abe we tahu, kita perlu submit sitemap ke google webmaster dan juga bing webmaster untuk entri kita terindeks ke 2 ejen pencarian ini. Selain itu, boleh juga submit sitemap ke DMOZ.

Tapi kita submit ke google webmaster dulu lah.

Cara submit sitemap ke Google Webmaster

Apa yang perlu kita buat? Inilah resipi2nya:-

1. Pergi ke http://www.google.com.my/webmasters/ dan sign in. (pastikan anda telah sign in ke account google anda)


2. Klik Add A Site.


3. Masukkan url blog/website anda dan klik continue


4. Setelah berjaya akan terpapar di skrin seperti ini. Kemudian klik pada bahagian yang ke-3 di dalam gambar di bawah ini pada perkataan No Sitemaps.


5. Setelah berjaya, akan terpapar di skrin seperti ini dan kita perlu klik Add/Test Sitemap


6. Akan terpapar seperti ini.


7. Kita perlu masukkan url sitemap ini satu persatu. Urlnya ialah

    /atom.xml?redirect=false&start-index=%C2%AD1&max-results=500
    /atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500
    /atom.xml?redirect=false&start-index=1001&max-results=500
    /atom.xml?redirect=false&start-index=1501&max-results=500
    /atom.xml?redirect=false&start-index=501&max-results=500

    masukkan url di atas satu per satu dan klik submit sitemap. Masukkan url yang pertama, dan submit.


8. Setelah url yang pertama tadi berjaya di submit, maka akan terpapar seperti ini. Klik Refresh the page atau Close. Di syorkan klik Refresh the page. Setelah refresh ulang langkah 6 & 7 tadi.


9. Setelah kesemua url sitemap tadi berjaya di submit, maka ini akan terhasil.


Sekian sahaja kelas kita. Biarkan sahaja webmaster buat kerja dia lepas tu.

+irra yyan +Akif Imtiyaz +Nazlee Ismail PCL +Ana Jingga +Anizz Annisa +aRz MoHa +Inani Hazwani +Zaidalifah Hussin +aswa leyla +adk dayah +sayidah napisah +Nurul Shahira +Cik Candy +Nik Ainaa +Siti Aisya Ibrahim +Cikgu Norazimah +shamiera osment +mimin adam +syira yaya +Eny Abdullah +DRAMATIC UNIQ +Fendi Rocka +Haffizul Iskandar

Cara submit sitemap ke webmaster


Kedai mamak. Mustahil sebahagian dari kita tak suka kedai mamak. Tak gittew? Kalau datang kedai mamak, paling koman kita makan roti canai. Paling teruk lagi, minta teh tarikh tarik lepas tu hadap wifi free.

Setiap kali pergi kedai mamak, mesti kita akan jumpa bahasa-bahasa alien ni. Teh Tarikh, Kopi Tarikh. Musykil gak kadang-kadang. Malu pun ada.

Bila agaknya ada kesedaran tentang bahasa kebangsaan kita ni. Sedangkan yang berpuluh tahun duduk Malaysia pun masih belum fasih. Inikan pula orang asing.

Bila warga asing berniaga


Abe we sebenarnya cukup risau kalau bawa budak tecit ni balik kampung. Lagi-lagi rumah papan. Dengan cuaca panas sekarang ni. Kalau panas, makanya, naiklah ruam dekat leher dia. Macam mat saleh betul budak tecik ni.

Alkisahnya weekend hari tu abe we pun baliklah kampung sebelah wife dekat Kesang Tasek. Ada kenduri kahwin dua pupu wife. Ayah pengantin tu cousin wife dan pemilik homestay ni (yang rumah batu tu). Yang rumah kayu tu, parent dia punyalah a.k.a makcik wife abe we.

So, da setel tengok pengantin, kita orang pun pergilah ke rumah makcik abe we. Almaklumlah, dengan cuaca panas, mana tahan nak duduk lama-lama dekat kenduri kahwin. Sampai je rumah makcik abe we, kita orang pun cepat-cepat mandikan Danish. Kebetulan atuk dengan nenek Danish nak g Muo (Muar) petang tu. Tinggalah kita orang bertiga. Makcik wife abe we masih dekat kenduri lagi.

2, 3 makan nenas, petang ini memang panas

Buka 2 kipas full speed pun tak rasa. Memang panas betul. Macam orang tua cakap "rumah kayu panas siang, malam sejuk". Abe we dah lama tak duduk rumah kayu.

cover tab dah usang. hehehee

Untuk tidak membosankan Danish, abe we pun pasang kan lah Upin Ipin. Tengoklah gaya dia tengok tab tu. Bantal busuk dengan puting tak boleh tinggal sebelum dia tidur.

Dari pukul 3.30 petang sampai lah pukul 5.00 petang, baru dia tidur. Punya lama nak ambil mood tidur. Pukul 5.00 petang tidur, pukul 6.00 petang bangun. Ok lah tu. Dapat lah dia take-a-nap sekejap. Jadilah.

Malamnya pula kita orang makan dekat bandar Muar. Mee bandunglah apalagi. Tapi kedai feveret dekat Sekolah Sains Muar tutup malam tu. Sebab tak tahu kedai mana nak makan, kita pun ambush je lah kedai dekat tepi jalan tu. Next entri nanti abe we cerita ye.

Sambung balik cerita.

Keesokan harinya, sebelum balik putrajaya, Danish tolong atuk dengan nenek dekat belakang rumah.


Cuba teka pokok apakah ini? Jenis ulam-ulaman.


Muka gembira dapat main batu. Kemain lagi dia ni. Duduk rumah tinggi, mana nak dapat main macam ni. Sekali dapat main, tak hengat donia....hehee


Bila Danish balik kampung


Bila musim panas menjelma

Dah 4 hari tekak ni sakit. Sejak balik dari Muar hari tu. Makan lozenge yang ada dekat rumah pun tak jalan gak. Agaknya sebab tak de antibiotik kot.

So pagi ni, terpaksa la jumpa cik doktor. Selamat 3 ubat je dia bagi. Nak MC tapi badan masih gagah.

Nak makan cekodok pagi ni pun susah nak telan. Makan roti pun sikit susah nak telan. Tapi, kalau lapar, telan je la kan?

Air masak jangan lupa minum. 

Argkhhh...mengantuk pula.....

Bila musim panas menjelma

Nahas pesawat di Perancis

Sebuah pesawat syarikat penerbangan tambang murah Jerman dilaporkan terhempas berhampiran sebuah pusat peranginan ski di Banjaran Alps, selatan Perancis hari ini dengan kesemua 150 orang penumpang dan anak kapal dikhuatiri terkorban.

Pesawat berkenaan dalam pe­nerbangan dari Barcelona ke Duesseldorf, Jerman sebelum terhempas di sekitar Barcelonnette, tenggara negara ini.

Nahas pesawat di Perancis

Sumber berkata, pesawat itu mengeluarkan isyarat kecemasan pada pukul 9.47 pagi waktu tempatan (5.47 petang waktu Malaysia).

Nahas pesawat di PerancisUsaha mencari dan menyelamat dijangka mengalami kesukaran dan memakan masa yang lama kerana kawasan pesawat terhempas terletak pada kedudukan tinggi 2,000 meter dari aras laut.

Nahas pesawat di Perancis

Pesawat berkenaan merupakan milik Germanwings, anak syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa.

Nahas pesawat di Perancis

Presiden Perancis, Francois Hollande berkata, kesemua 144 penumpang dan enam anak kapal pesawat Airbus A320 itu dikhua­tiri terkorban dalam kemalangan tersebut, dengan 45 daripada mereka merupakan rakyat Sepanyol.

Nahas pesawat di Perancis

“Tiada sebarang tanda menunjukkan ada mangsa yang terselamat,” jelas Hollande dalam satu sidang media, di sini.

Dalam perkembangan sama, Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve berkata, serpihan pesawat sudah ditemukan dan pasukan mencari dan menyelamat kini dalam perjalanan ke tempat kejadian.

“Punca sebenar kemalangan sehingga kini masih tidak diketahui,” kata Perdana Menteri, Manuel Valls. – AFP/REUTERS


Nahas pesawat di Perancis

Nahas pesawat di Perancis

Nahas pesawat di Perancis

Nahas pesawat di Perancis

Nahas pesawat di Perancis

Nahas pesawat di Perancis

Nahas pesawat di Perancis

Nahas pesawat di Perancis

Gold Coast Morib

Sempena birthday maam beberapa minggu lepas, abe we pun datanglah untuk yang kali ke-2 ke Gold Coast Morib ni.

Sebab apa abe we datang untuk kali yang ke-2? Sebab GCM ni ada pakej Birthday. Kalau sebelum ini abe we book guna Agoda, tapi kali ni, abe we book dari website dia http://goldcoastresort.com.my/

Antara sebab yang abe we nak try Birthday Package ialah:-

  • breakfast for 2
  • dinner for 2
  • birthday cake and gift worth RM114
  • tiket masuk water theme park
Cuma beza dekat dinner dengan birthday cake je kalau ambil pakej biasa. Sebab abe we tak tahu sangat nak makan malam dekat mana. Last year abe we pergi, abe we makan dekat Kanchong Darat. Boleh tahan juga makan dekat situ. Kali ni, nak try la dinner kat sini. Kot lagi sedap.

Not User Friendly

Kenapa abe we katakan Not User Friendly? 

Gold Coast Morib

Website dia tak ada opsyen pilihan bahasa Inggeris. Nak isi date check in, check out, adult, children dan night kena agak-agak.

Tak semua orang faham lain-lain bahasa.

Birthday Package

Gold Coast Morib

Kalau ikutkan apa yang tertera dekat atas dan dalam websitenya, memang berbaloi untuk ambil pakej ni. Sememangnya, bilik dia abe we memang puas hati sangat lah. Selesa. Ada jakuzi dalam bilik. Katil confirm-confirm dapat king size.

Tapi jangan lupa datang bawa IC orang yang nak kita sambut birthday tu.

Apa yang menarik dekat sini, apabila dia mentioned 
Birthday Cake & Gift (worth RM114)

Kena Tipu

Kalau tengok apa yang dia mentioned dalam website dia bukan main lagi. Birthday Cake & Gift (worth RM114). Pasti teruja kan? Sebenarnya anda salah.

Gold Coast Morib

Cake yang diorang bagi tu kecik je. Saiz 5 inci x 5 inci. Kek sponge je plak tu. Cuma di balut dengan krim. Tak adalah macam yang kita bayangkan. Kek yang betul-betul harga mahal. Gift nya pula, patung kambing. Abe we rasa memang tak sampai sangat-sangat RM114.00. Kalau betul nak mention ada cake and gift, tak payahlah mention harganya. Ni buat sakit hati je.

Bukan tu je, nak breakfast pagi tu pun tak cukup tempat. Dia buka 2 khemah besar. So, kita orang pun terpaksalah makan dalam khemah tu sebab dah tak cukup tempat katanya.

Apa yang lebih menyedihkan, makanan dekat khemah tu kurang dari dining hall dia. Yang paling-paling teruk, bila diorang kemas makanan tu pukul 9.30. Walhal, breakfast habis pukul 10.00 pagi. Masa kita orang lalu sebelah dining hall, sedap je orang yang kat dalam tu tengah makan lagi.

Orang yang paling happy

danish makan ice cream

Inilah muka orang yang paling happy. Sebab dapat makan ice cream. Kemahin dia. Tak ingat dunia makan.



tips: Jangan datang weekend. Memang mengecewakan. Datanglah weekdays.

Gold Coast Morib

Bunga Citra Lestari - Wanita Terbahagia


Mesti ramai dah dengar lagu dari BCL ni kan. Abe we pun suka. Lagu simple. Ya emang cocok di dengar telinga ini. Emangnya guwe suka bangat sama lagu ini. Maningan pula, bila di dengarin di dalam mobil, guwe sama istri lagi joget-joget.

Guwe minat bener tang korus nya:-

Bersama kamu
Ku jadi tahu
Artinya waktu
Lebih berharga dari harta di dunia
Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta
Mari dengarin ya video ini. Tapi bukan video official lah

Wanita Terbahagia


Abe we memang suka tengok film P. Ramlee. Lagi-lagi Sargeant Hassan. Selalu terfikir, macam mana kehidupan masa zaman jepun dulu.


Tentera Laut Di Raja Malaysia

Lepas je SPM tahun 2002, oleh sebab abe we pun tak tahu mana nak tuju, abe we ada nampak iklan dalam surat khabar. Pengambilan pegawai tentera. Tapi nama sebenar jawatan tu idok le abe we ingat.

Oleh sebab saja nak try, abe we pun potong keratan iklan tu, lepas tu abe we pun pos.

Selang beberapa bulan lepas tu, surat dari TLDM pun sampai. Dia suruh abe we lapor diri dalam masa 7 hari.

Abe we pun tengok betul-betul surat tu. "Aduhai...TLDM la. Dekat lumut pulak tu. Dah la tak reti berenang. Kot dia campak dalam laut, mati keras pulak kang."

UiTM Seri Iskandar


Lebih kurang dekat tarikh lapor diri TLDM, abe we pun dapatlah tawaran masuk UiTM Seri Iskandar. Pun dekat Perak juga.

Dengan adanya surat UiTM tu, tak payahlah abe we pergi TLDM.

Selamat abe we....

Akhirnya, jadilah abe we graduan UiTM.

p/s: masa study dekat perak selalu pergi sini:-


Abang Hassan pengecut tak macam abang Ajis


carian di sini



Subscribe Our Newsletter